DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS
Dunia mula-mula digegarkan dengan Jeremy Allen White untuk kempen Calvin Klein, disusuli oleh Taylor Zakhar Perez buat Lacoste. Kini, David Beckham telah menyertai kelab pin-up boys dengan menggayakan kempen pakaian dalam BOSS.

Bekas bintang bola sepak yang kini menjadi duta jenama BOSS itu dirakam dalam pelbagai gaya penuh daya tarikan: duduk dengan gaya man-spreading di atas kerusi kulit dalam gudang konkrit yang suram; bersandar di lantai dengan satu kaki terangkat sambil mengenakan seluar dalam hitam; dan sudah tentu, basah kuyup di bawah pancuran air.
“Saya pernah mengatakan bahawa hari-hari saya sebagai model pakaian dalam telah berakhir, tetapi apabila BOSS berkongsi visi mereka untuk koleksi ini dan membawa rakan baik saya, Mert dan Marcus, untuk menghasilkan kempen ini dengan idea kreatif mereka yang luar biasa, saya tidak dapat menolaknya,” kata Beckham dalam satu kenyataan.
Kempen ini pastinya akan membuat ramai berdebar — apatah lagi dengan tubuh sasa dan abs Beckham yang masih kekal menawan pada usia hampir 50 tahun. Melihat Beckham dalam pakaian dalam bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakan orang, kerana sebelum ini dia pernah menjadi wajah untuk kempen besar seperti H&M dan Armani.

Pada Januari ini, Beckham kembali ke dunia peragaan pakaian dalam untuk melancarkan koleksi BOSS ONE Bodywear. Menurut Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif Hugo Boss, “Koleksi ini menandakan satu lagi pencapaian penting dan babak baharu dalam kerjasama strategik jangka panjang kami dengan David Beckham. Ia juga merupakan bukti kepada dedikasi bersama kami terhadap gaya dan keunggulan. Pakaian dalam adalah kategori produk ikonik, dan melalui kempen ini, kami ingin memberi inspirasi kepada pelanggan serta peminat jenama ini di seluruh dunia lebih dari sebelumnya.”
Koleksi baharu ini merangkumi pakaian dalam klasik seperti trunks, seluar dalam briefs, tank top, dan T-shirt dalam rona minimalis hitam dan putih, semuanya diperbuat daripada campuran kapas dan elastane untuk keselesaan maksimum.
Pautan Berkaitan: LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
Selami fakta menarik dan sisi jarang didedahkan tentang tiga putera anak kepada pasangan sensasi, David & Victoria Beckham.
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY
BOSS membawakan kempen baharu dengan menampilkan tiga figura terkenal dunia: Loris Karius, Matteo Berrettini, dan Miles Chamley-Watson.
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.











