Skip to content

5 LANGKAH PENTING LELAKI PERLU TAHU SEBELUM BERCUKUR

5 LANGKAH PENTING LELAKI PERLU TAHU SEBELUM BERCUKUR

Kongsikan artikel ini

Sebagai lelaki, bercukur tentunya merupakan salah satu rutin wajib dalam penjagaan diri.

Bagi mereka yang sentiasa ingin tampil kemas, mencukur wajah adalah satu kemestian. Ini kerana membiarkan wajah berserabut dengan misai dan janggut yang tumbuh meliar bukanlah satu pilihan baik.

Bagaimanapun bukan semua lelaki tahu cara bercukur yang betul sehingga menyebabkan wajah terluka. Malah cukuran tidak rapi juga boleh memberi memberi impak pada penampilan anda.

Jadi apakah langkah tepat untuk bercukur?

 

1. CUCI MUKA TERLEBIH DAHULU

Jangan sapu gel atau krim pada wajah dan terus bercukur! Mulakan dengan mencuci wajah menggunakan pembersih atau air suam. Ini akan menyediakan kulit wajah dan menjadikan proses pencukuran lebih lancar.

 

2. GUNA KRIM ATAU GEL YANG SESUAI

Foto: Freepik

Sapukan krim atau gel pada bahagian wajah yang ingin dicukur seperti pipi dan dagu. Memakai pelembap akan melembutkan kulit, justeru kurang risiko kulit terluka.

Ingat, selepas meratakan krim di muka, berikan masa kepada kulit untuk bernafas dalam seminit dua kemudian barulah mula mencukur.

 

3. PILIH PENCUKUR IKUT KESELESAAN

Dengan pilihan yang pelbagai di pasaran, anda bebas menggunakan apa saja pisau pencukur mengikut keselesaan. Sama ada satu, dua atau tiga mata cukur, semuanya terpulang pada pilihan masing-masing.

Bagaimanapun pastikan anda menukar mata pencukur selepas lima hingga tujuh cukuran. Ini kerana mata pisau yang tumpul boleh mencederakan kulit dan membuatkan cukuran tidak rapi.

 

4. GUNAKAN TEKNIK YANG BETUL

Foto: Freepik

Teknik kebiasaan yang dilakukan adalah setelah diratakan krim pada wajah, tarik pencukur ke bawah dari paras sideburn. Kemudian, dari kanan ke kiri dan akhirnya atas ke bawah.

Pastikan tiada bulu-bulu yang tertinggal dengan memeriksa menggunakan jari di kawasan cukuran. Jika masih ada, ulang sekali lagi.

 

5. PENGGUNAAN AFTERSHAVE

Masih ramai lelaki yang kurang peduli dengan rutin perapian selepas bercukur. Anda digalakkan untuk menggunakan aftershave yang tidak mempunyai alkohol. Bergantung kepada jenis kulit, alkohol ada kalanya boleh membuatkan kulit sedikit pedih.

Terdapat dua jenis aftershave iaitu balm dan splashes. Balm lebih berat dan terasa melekat di kulit dengan kesan pelembab. Ia mampu mengurangkan kerengsaan selepas bercukur. Splashes pula bersifat cecair dan lebih ringan, biasanya mengandungi alkohol.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 PETUA LELAKI BOLEH CUBA UNTUK MENGHINDAR BAU BADAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MANDI MALAM MEMBAHAYAKAN TUBUH: MITOS ATAU FAKTA?

MANDI MALAM MEMBAHAYAKAN TUBUH: MITOS ATAU FAKTA?

Bacaan Lanjut

LELAKI BERKUMIS DI WORLD CUP 2022, 6 PILIHAN GL

Bacaan Lanjut

TIP GROOMING TAMPIL SEGAK BUAT JEJAKA

Bacaan Lanjut

INI PUNCA WAJAH KELIHATAN TUA DARI USIA SEBENAR

Bacaan Lanjut

SELAMAT TINGGAL KULIT KUSAM, HELLO NEW SKIN!

Bacaan Lanjut
INVICTUS VICTORY, AROMA BUAT JUARA

INVICTUS VICTORY, AROMA BUAT JUARA

Bacaan Lanjut