SYAFIQ KYLE BALAS DENDAM DEMI KEADILAN
Kejayaan One Cent Thief Musim 1 yang mendapat sambutan mengalakkan daripada penonton telah membuka ruang lebih besar buat Syafiq Kyle.
Aktor kacak yang juga kekasih aktres Mimi Lana ini, kini sedang giat mempromosikan siri yang mendebarkan di laman sosial Instagramya.
Siri premium Astro Originals, ‘One Cent Thief’ kini kembali dengan musim kedua mengupas isu yang lebih berat dan relevan. Ia membongkar sisi gelap manusia yang sering didorong oleh nafsu untuk memiliki kuasa dan kedudukan. Pelbagai isu disajikan seperti konflik dalaman keluarga, integriti dalam pekerjaan, manipulasi politik, dan penyalahgunaan undang-undang demi kepentingan peribadi. Siri ini adalah hasil sentuhan kreatif dua nama besar dalam industri, Ariff Zulkarnain dan Alfie Palermo. One Cent Thief Musim 2 akan mula bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

Sinopsis One Cent Thief 2
Iman Shah, (Shafiq Kyle) si pencuri bergelar One Cent Thief, meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang ketua kartel dadah yang kini semakin kebal setelah berjaya menyusup ke dunia politik. Dengan bantuan Chen, pemimpin kumpulan penggodam elit Digital Karma, mereka merancang misi berani untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada rakyat. Namun, cabaran semakin getir apabila Ibu Zara menggunakan pengaruh politiknya untuk memutarbelitkan undang-undang dan menyukarkan usaha pihak berkuasa seperti Intan dalam mendakwa kesalahan jenayahnya.
Pautan Berkaitan: SYAFIQ KYLE & MIMI LANA SELANGKAH KE JENJANG PELAMIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYAFIQ KYLE BAWA WATAK ‘MAT MOTOR’ DALAM MALAIKAT MALAM
Tahun ini, Syafiq Kyle memulakan langkah menerusi filem Malaikat Malam. Bergandingan dengan pelakon sedang meningkat naik, Tracie Sinidol.
6 FILEM LOKAL YANG WAJIB TONTON TAHUN INI
Tahun 2026, penonton disajikan dengan deretan filem menarik merangkumi pelbagai genre. Daripada aksi hingga seram yang pasti menghiburkan.
BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026
Barisan duta jenama Bulan Bintang 2026 tampil hebat sempena pertunjukan fesyen Raya Next Chapter, mewakili generasi moden dan tradisi Melayu.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.











