Skip to content

6 LAKONAN BERSAMA SYAFIQ KYLE DAN MIMI LANA

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Syafiq Kyle dan Mimi Lana cukup dikenali dengan bakat lakonan yang hebat. Gandingan mereka berdua telah mencetus keserasian yang menarik. GLAM Lelaki senarai enam lakonan bersama aktor dan aktres ini.

 Seindah Kasih

Menceritakan kisah enam pekerja Media Prima dari pelbagai bahagian pekerjaan. Krisis hubungan antara enam watak yang dipaparkan jelas kelihatan apabila kesibukan bulan Ramadan melanda. Kisah di unit TV, Sharifah (Siti Saleha) yang bertanggungjawab sebagai penerbit tetapi terlalu bergantung pada pembantunya, Nina (Shasha Abedul). Sementara di bahagian radio, Jamal (Anas Ridzuan) yang merupakan DJ radio dan telah membuat nama bersama rakannya, Khairul (Luqman Hafidz), tetapi berlaku perselisihan antara mereka ketika sedang siaran langsung. Satu lagi kisah adalah antara Nazmi (Syafiq Kyle) yang memegang peranan sebagai wartawan akhbar dan sering berasa tidak puas hati dengan Alia (Mimi Lana) yang bekerja di bahagian digital. Mampukah setiap watak menyelesaikan masalah hubungan mereka masing-masing?

1 of 6