G-DRAGON KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT JELAJAH DUNIA
Selepas hampir sedekad, G-Dragon sekali lagi menghangatkan pentas dunia menerusi konsert solo yang dinantikan peminat.
Menurut laporan Yonhap, konsert yang diberi nama Ubermensch itu akan dimulakan dengan dua persembahan di Goyang yang terletak di barat laut Seoul, Korea Selatan.
Ia akan berlangsung di Stadium Goyang pada 29-30 Mac 2025. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai konsert jelajah dunia itu masih belum diumumkan secara rasmi.

Ini menandakan konsert solo pertama penyanyi itu dalam tempoh lapan tahun. Konsert terakhirnya adalah pada 2017 yang berjaya memukau 650,000 peminat menerusi 36 persembahan hebat.
Diberi nama Act III: M.O.T.T.E Worlf Tour, ia berlangsung selama empat bulan dan mencipta rekod sebagai konsert solo K-Pop terbesar dalam sejarah ketika itu.
G-Dragon Bakal Hiburkan Peminat Dengan Karya Terbaru
Dalam konsert solonya yang akan datang ini, ketua kumpulan BigBang itu dijangka akan menyanyikan barisan lagu terbarunya. Ini termasuk Power, Home Sweet Home, Too Bad dan Drama.
Selain pengumuman konsert ini, peminat turut teruja dengan pelancaran album ketiganya, Ubermensch yang akan berada di pasaran pada 25 Februari nanti.

Ia merupakan album penuh pertamanya dalam tempoh 12 tahun sejak album terakhirnya, Coup d’Etat yang dilancarkan pada September 2013. Ubermensch juga menandakan album pertamanya di bawah Galaxy Corporation selepas meninggalkan YG Entertainment dua tahun lalu.
Foto: YouTube
Pautan berkaitan: RAIN BAKAL GEGARKAN GENTING HIGHLANDS MENERUSI KONSERT STILL RAINING
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON
Koleksi jam tangan mewah milik G-Dragon merupakan salah satu koleksi yang membuatkan peminat fesyen cukup rasa ingin tahu.
G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL
Buat peminat di Malaysia, G-Dragon akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert Übermensch World Tour!
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP
Gaya rambut memainkan peranan besar buat lelaki. Setiap gaya rambut atau warna mampu mengubah aura yang ingin ditonjolkan.










