Skip to content

MENGENANG ASHRAF SINCLAIR: HENING RINDU NOAH AIDAN SINCLAIR

Kongsikan artikel ini

Tahun ini genap 5 tahun perginya aktor terkenal Allahyarham pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair. Kepergiannya yang berpunca daripada serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Memori indah Allahyarham Ashraf bersama Noah

 Allahyarham yang berusia 41 tahun pada ketika itu meninggalkan dalam keadaan yang mengejutkan dan penuh rasa kehilangan. Ashraf yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), telah meninggalkan satu ruang besar dalam industri seni yang pernah dia warnai dengan penuh dedikasi. Berita ini bukan sahaja meruntun hati keluarga dan sahabat terdekat, tetapi juga peminatnya di Malaysia, Indonesia, dan Brunei, yang telah memberikan ucapan takziah menerusi Instagram peribadi mereka.

Noah melawat makam, dalam persalinan Allahyarham

Ashraf yang dilahirkan di London pada 18 September 1979, mula dikenali ramai di Malaysia dan Indonesia selepas membintangi filem Gol dan Gincu pada tahun 2005. Sejak itu, beliau membina nama sebagai pelakon yang penuh berbakat, sekaligus mencipta kerjaya yang berjaya di Indonesia. Walaupun lebih dikenali di seberang laut, Ashraf tetap menjadi kegemaran ramai di Malaysia dengan kemampuannya membawakan pelbagai watak dalam filem dan drama.

Noah sentiasa menemani ibunya, Bunga Citra Lestari

Tentang Ashraf dan BCL : Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Kehidupan mereka bersama Noah menjadi tumpuan ramai, dengan keluarga kecil ini sering dikongsikan kepada peminat. Pemergian Ashraff pasti meninggalkan kesan yang mendalam bagi BCL dan anaknya, tetapi kenangan manis bersama Allahyarham akan terus hidup dalam hati mereka. Kepada keluarga, teman-teman rapat, dan peminat Ashraf Sinclair, salam takziah dari kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Pautan Berkaitan: BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut