NEYMAR TERMAHAL DI DUNIA
Ini berita yang baru kami terima. Menurut kajian CIES Observatory Football baru baru ini, bintang bola sepak Barcelona Neymar diiktiraf pemain yang paling mahal di Eropah mendahului rakan sepasukan Lionel Messi, yang diletakkan nilai £149 juta. Menurut kajian baharu ini yang membuat penilaian terhadap 10 pemain bola sepak dunia dengan harga melebihi €100 juta, Neymar yang baru sahaja berumur 24 bernilai anggaran kira-kira £216 juta! Wow!
Hasil pengiraan nilai ini mengikut beberapa kriteria yang telah ditetapkan yang merangkumi karakteristik dan prestasi pemain, seperti usia dan tempoh kontrak setiap pemain.
Manakala, Antoine Griezmann dari Atletico Madrid berada di kedudukan ketiga (£132 juta) dan Luis Suarez dari Barcelona kedudukan kelima (£127 juta). Turut berada di dalam carta adalah Cristiano Ronaldo di tangga ketujuh, dan Eden Hazard di tangga ke sepuluh. Di bawah ada carta senarai tersebut seperti mana yang dipaparkan di laman web Dailymail.uk.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.













