Skip to content

5 CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT

5 CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT

Kongsikan artikel ini

Tidak dinafikan perut buncit boleh menjejaskan penampilan anda, namun efeknya terhadap kesihatan lebih besar.

Lemak berlebihan terutama di bahagian perut berpunca daripada amalan gaya hidup tidak sihat dan peningkatan usia. Apa yang membimbangkan, ia boleh meningkat risiko pelbagai penyakit temasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

Jadi penting untuk anda memahami punca lemak degil di perut dan mengambil langkah tepat untuk meningkatkan kesihatan tubuh.

GL kongsikan beberapa cara untuk anda atasi masalah perut buncit

 

1. Amalkan Pemakanan Sihat

Foto: Freepik

Langkah paling penting adalah mengurangkan pengambilan makanan berlemak, bergula dan bergoreng. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, protein tanpa lemak serta makanan berserat tinggi seperti oat dan kekacang. Minum air secukupnya juga penting untuk melancarkan sistem pencernaan.

 

2. Bersenam Secara Konsisten

Senaman kardiovaskular seperti berlari, berbasikal atau lompat tali dapat membakar lemak dengan lebih cepat. Anda juga boleh lakukan senaman kekuatan seperti plank dan sit-up untuk menguatkan otot perut serta mengurangkan lemak di bahagian tersebut.

 

3. Tangani Tekanan Dengan Baik

Ramai tidak tahu stres berlebihan boleh meningkatkan hormon kortisol yang menyebabkan penyimpanan lemak di bahagian perut. Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, tidur yang mencukupi dan kawal tekanan di tempat kerja.

 

4. Elak Tabiat Tidak Sihat

Foto: Drobotdean/Freepik

Ingat! Tabiat buruk seperti merokok dan mengambil alkohol (buat orang bukan Islam) boleh memperlahankan metabolisme dan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

 

5. Ambil Makanan Tinggi Probiotik

Meningkatkan kesihatan usus antara strategi terbaik untuk mengurangkan lemak perut. Probiotik iaitu bakteria baik yang ada dalam makanan yang ditapai seperti yogurt, kefir dan sauerkraut boleh membantu mengimbangi mikrobiom usus, menurut pakar.

Mikrobiom usus yang sihat dikaitkan dengan pengurangan radang dan metabolisme tubuh yang baik, yang membantu menurunkan berat badan. Menurut kajian, probiotik boleh membantu mengurangkan perut buncit dengan mengawal selera makan dan penyimpanan lemak dalam tubuh.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: 5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BERJALAN DUA KILOMETER SETIAP HARI MEMBANTU ANDA RAIH 7 MANFAAT INI!

BERJALAN DUA KILOMETER SETIAP HARI MEMBANTU ANDA RAIH 7 MANFAAT INI!

Bacaan Lanjut
5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU

5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU

Bacaan Lanjut
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?

Bacaan Lanjut
3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Bacaan Lanjut
2 RAHSIA KECERGASAN ICE-T YANG MENJADI AMALAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN

2 RAHSIA KECERGASAN ICE-T YANG MENJADI AMALAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN

Bacaan Lanjut