GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SAHIR SABRI Dandanan: CKAY LIOW Gambar: EDMUND LEE, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL,Teks/temubual: VEE MUKHTARAM
Syafiq Kyle tampil untuk cover GLAM Lelaki untuk kali yang ke lima! This is Syafiq’s fifth cover with GLAM Lelaki. Pelakon, penerbit, bakalan pengarah dan kini bergelar suami, Syafiq Kyle, yang menghiasi muka depan GLAM Lelaki, berkongsi kisah perjalanan kerjayanya yang penuh cabaran dan kejayaan. Sejak mula menceburi industri hiburan, GLAM Lelaki sentiasa menjadi sebahagian daripada hidupnya.
“GLAM Lelaki has always been a part of my career, di setiap babak dan peringkat hidup saya, GLAM Lelaki sentiasa ada bersama-sama. Kalau mahu tapi even sebelum Syafiq aktif dalam dunia hiburan, naskhah GLAM Lelaki menjadi rujukan untuk fesyen, stail dan tentunya impian untuk featured on the pages of the magazine dan teringin untuk bekerja dengan team editorial yang cukup berbakat dan dedikasi. Malah bila disunting menjadi sampul hadapan, teruja amat hati Syafiq bila menjadi wajah wakilan isu pertama edisi cetak comeback ini. We’ve missed you and welcome back GLAM Lelaki, menghilangkan dahaga industri seni fesyen tanahair dan antarabangsa,” bilang pelakon lelaki yang telah menerima dua pencalonan di anugerah berprestij Festival Filem Malaysia untuk film Pusaka bersama Mimi Lana dan Sheriff – Narko Integriti Bersama Zul Ariffin dan Azira Shafinaz.

Tank top & seluar, DOLCE & GABBANA, tali pinggang, MIU MIU, gelang, JUSTE UN CLOU, cincin, JUSTE UN CLOU & cincin, CLASH DE CARTIER
Beberapa hari selepas wawancara eksklusif GLAM Lelaki bersama Syafiq, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan foto pra-perkahwinan Syafiq Kyle bersama Mimi Lana. Lantas selang beberapa jam, kedua Syafiq dan Mimi memuat naik foto di majlis pernikahan dan sanding mereka yang cukup intim dan indah ditemani keluarga dan sahabat yang paling rapat. Syafiq memasuki satu lagi lembaran baharu hidupnya.
BEKERJA DALAM DUA WATAK BERBEZA: ONE CENT THIEF 2 DAN GADIS MASA
Syafiq baru-baru ini kembali aktif ke layar kaca dengan dua drama berbeza iaitu One Cent Thief 2 dan Gadis Masa. Kedua-dua drama ini menerima sambutan hangat dari penonton dan Syafiq tidak menafikan bahawa membawa dua watak yang berbeza memberikan pengalaman yang unik.
“One Cent Thief 2 adalah kesinambungan daripada musim pertama dan saya tidak menghadapi banyak masalah untuk membawa watak Iman Syah. Saya berpeluang bekerja sama dengan nama-nama hebat ulung seperti Faizal Hussein, Sofia Jane, Fabian Loo, dan Azira. Ia memberi hasil yang memuaskan,” ujar Syafiq.
Bagi Gadis Masa, Syafiq kembali ke genre romantik komedi selepas beberapa lama membawa watak-watak yang lebih berat. Dalam drama ini, dia bergandingan dengan Mira Filzah dan Tracie Sinidol.
“Gadis Masa bukan sekadar sebuah RomCom ringan yang kosong, tetapi ia juga ada unsur futuristik, SciFi, dan intelektual. Saya sangat teruja kerana ia membawa vibe yang berbeza, terutamanya untuk generasi Z yang menyukai cerita chick-flick yang trendy,” kata Syafiq mengenai drama tersebut.

Kemeja Polo T, DOLCE & GABBANA, rantai, TRINITY, cincin, CLASH DE CARTIER & cincin, PANTHERE DE CARTIER
KHABAR KEMBALINYA NUR-BENARKAH?
Berita mengenai kembalinya drama Nur sering menjadi perbualan peminat. Namun, Syafiq menjelaskan bahawa diabelum pasti sama ada Nur akan kembali dalam masa terdekat. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana drama ini telah memberiimpak besar kepada kerjayanya.
“Nur telah membawa nama saya ke peringkat antarabangsa, dan saya sangat bangga kerana ia menjadi antara drama yang paling banyak distrim di platform Netflix. Pengalaman bekerja dalam Nur sangat bermakna bagi saya,” jelasnya.
Mengenai pilihan genre yang lebih dekat dengan dirinya, Syafiq mengakui bahawa genre romantik komedi lebih sesuai dengan personalitinya. Namun, dia juga tidak menolak peluang untuk mencabar diri dalam filem aksi yang telah banyak ditawarkan buatnya.
“Secara peribadi, saya lebih cenderung ke arah filem romantik komedi dan feel-good movies. Tetapi saya juga banyak menerima tawaran dalam filem aksi seperti Sheriff: Narko Integriti, The Experts, dan Takluk: Lahad Datu. Semua ini membantu saya mengasah kemahiran lakonan dan menambah variasi dalam portfolio saya,” katanya.

Blazer, top & seluar, DIOR
Bercakap tentang pelakon wanita yang diimpikan untuk bergandingan dalam filem romantik komedi, Syafiq tidak menafikan bahawa dia teringin untuk bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Siti Saleha dan juga Mimi Lana.
Syafiq juga sempat berkongsi pengalaman bekerjasama dengan pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Tracie Sinidol untuk dua projek yang berbeza. Menurutnya, Tracie adalah seorang bakat muda yang memiliki semangat berkobar-kobar dan percaya dia akan terus berkembang dalam industri lakonan.
“Dia berbakat dan bersemangat untuk membuktikan kebolehannya dalam industri hiburan. Dengan peluang yang ada dan naskhah yang baik, saya percaya dia akan pergi jauh.
Saya juga melihat Amir Ahnaf dan Hun Haqeem sebagai bakat muda segar yang berpotensi tinggi untuk membawa kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.
*Dapatkan GLAM Lelaki isu Mac 2025 Volume 1 untuk membaca artikel penuh
Artikel berkaitan: GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF
Memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. "Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang."
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE
Mempunyai misi artistik dan matlamat yang jelas, demikian sifat yang boleh menggambarkan tentang pengasas jenama SVG Worldwide, Ashraf Anuar.
AKMAL HIZZAT, KETAHUI STAIL PILIHAN & IMPIAN ‘CONTENT CREATOR’ INI
Akmal Hizzat selalu mereka ‘content’ bersama isterinya, Fatin Noraishah. GLAM Lelaki cuba mengenali Akmal Hizzat dengan lebih dekat.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
SYAFIQ KYLE & MIMI LANA KINI SUAMI ISTERI
Kisah cinta yang penuh liku akhirnya menemui pengakhiran yang indah apabila pelakon terkenal, Syafiq Kyle dan Mimi Lana