Skip to content

ARNOLD JIJIK DENGAN TUBUH BADAN SENDIRI

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak kenal dengan bintang aksi terkenal Hollywood Arnold Schwarzengger. Sebelem beliau dikenali di layar melalui filem-filem seperti Predator, Terminator dan lain-lain, Arnold merupakan model kecergasan yang cukup terkenal malah digeruni ramai, malah turut dijadikan idola. Pemenang Mr Olimpia dan jaguh bina badan beberapa kali baru-baru ini membuat satu kenyataan yang cukup mengejutkan! Berdasarkan temuramah bersama Cigar Aficinado, Arnold mengakui “Saya jijik dengan tubuh badan saya apabila melihatnya di cermin!”

la-1464803995-snap-photo

Pelik bukan? Bagaimana seorang artis ternama yang terkenal dengan wajah kacak dan tubuh badan digilai Hollywood merasai sedemikian rupa. Jelasnya lagi, “Sewaktu saya muda dahulu, saya sering kali terlampau kritikal terhadap diri sendiri, walaupun saya mempunyai tubuh yang boleh dikatakan sempurna. Saya melihat kembali diri saya di dalam cermin selepas memenangi Mr Olympia dan saya bertanyakan pada diri sendiri, ‘Bagaimana tubuh badan sebegini boleh menang!’, jelas Arnold lagi.

Arnold-Schwarzenegger-Champion-BodyBuilder

Jelasnya lagi, Arnold tidak pernah merasai dirinya tua kerana dia tetap melakukan rutin harian senaman yang dilakukan olehnya sejak dirinya muda. Arnold juga mengakui dia sendiri tidak pernah merasaikan tubuh badannya sempurna, jadi ia boleh dianggap motivasi untuk dirinya untuk kekal aktif walaupun umurnya sudah hampir mencecah 70 tahun.

Ya, bayangkan manusia bertubuh ‘sempurna’ seperti Arnold pun turut meragui dirinya sendiri. Anda pula bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan tubuh badan anda? Apa lagi yang anda tunggu?

guns-Arnold-Schwarzenegger-Terminator-2-Judgement-Day-greyscale-_21472-32

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Januari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut