5 LAGU RAYA TERBAIK HAEL HUSAINI PILIHAN GLAM LELAKI
Setiap kali menjelang Aidilfitri, lagu raya menjadi elemen penting dalam membangkitkan suasana meriah. Hael Husaini telah mencipta magisnya sendiri dengan beberapa lagu raya yang bukan sahaja syahdu tetapi juga segar dan penuh emosi. Berikut adalah 5 lagu raya terbaik nyanyian Hael Husaini yang wajib ada dalam playlist anda tahun ini!

Bersyukur Seadanya Hael Husaini & Faizal Tahir
Lagu yang memberi mesej syukur dan kesederhanaan dalam menyambut Syawal. Gandingan suara Hael dan Faizal Tahir menjadikan lagu ini penuh semangat dan bermakna.
Hari Raya
Lagu terbaru ini membawa suasana ceria dan penuh semangat raya. Dengan melodi yang catchy dan lirik yang mudah dihafal, ia pasti menjadi salah satu lagu wajib dimainkan pada musim perayaan ini.
Raya Kita Raya
Lagu ini mendapat sambutan luar biasa kerana susunan muzik yang lebih moden tetapi masih mengekalkan kemeriahan suasana pulang ke kampung
Suasana Lebaran Raya– Hael Husaini & DOLLA
Lagu yang penuh keceriaan ini merupakan kolaborasi menarik bersama kumpulan pop sensasi, DOLLA. Dengan elemen moden dan rentak yang segar, lagu ini membangkitkan suasana raya yang lebih bertenaga dan trendy. Gabungan suara merdu Hael dan harmoni vokal DOLLA memberikan nafas baru kepada lagu raya yang pasti menjadi kegemaran ramai tahun ini!
Senyuman Ramadan
Lirik yang penuh kegembiraan digabungkan dengan melodi yang segar menjadikan lagu ini cepat menangkap perhatian pendengar.
Tidak dapat disangkal, Hael Husaini berjaya menghidupkan suasana Aidilfitri dengan gaya dan suara uniknya. Lagu-lagu raya nyanyiannya bukan sekadar hiburan, tetapi juga menyemarakkan nostalgia dan kehangatan lebaran setiap tahun.
Pautan Berkaitan: 15 IKLAN RAYA 2025 MENGUSIK JIWA PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.











