Skip to content

"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Kongsikan artikel ini

Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita. 

Dibesarkan di dalam keluarga yang kreatif, Nina Hasnul juga berjaya menembusi bidang kreativiti di dalam kehidupannya. Anak gadis yang berasal dari Pulau Pinang ini cukup hebat dengan bakat artistiknya. Mempunyai bakat dalam penulisan, selain daripada menulis lagu, Nina juga aktif dalam bidang penulisan kreatif. GLAM Lelaki sempat menemubual girl crush kami, Nina Hasnul mengenai kehidupan terkini dan lelaki idamannya.

1. Nina Hasnul dalam 3 patah perkataan?

Witty, passionate, dan berpendirian teguh.

2. Apakah perkembangan terkini Nina?

Soalan yang sangat fun dan exciting buat saya! Buat masa sekarang, saya sedang dalam pembikinan lagu solo. Muzik adalah passion saya yang sangat mendalam, jadi saya mengambil masa secukupnya dalam penulisan sebelum memulakan proses rakaman. Harap doakan! Dalam masa yang sama, saya masih aktif dalam content creation di media sosial.

3. Ramai mengenali Nina sebagai seorang penyanyi. Apa lagi yang dilakukan oleh Nina, yang orang ramai perlu tahu?

I sure hope so! Dari kecil, saya selalu dianggap terlalu proaktif. Minat saya memang luas, terutamanya dalam seni. Seperti yang ramai tahu, saya juga suka menulis—sama ada dalam bentuk penulisan kreatif, copywriting, artikel, atau lirik lagu.

4. Siapakah girl crush dan boy crush pilihan Nina?

Girl crush saya terlalu ramai! Tetapi jika perlu pilih, ianya Peggy Gou, bukan sahaja kerana muziknya tetapi juga dari segi fesyen dan citarasanya dalam kehidupan—interior rumah, lokasi percutian, juga dandanan. All in the little details, she is truly an it girl. Latar belakangnya juga menarik—sebelum serius dalam dunia DJ, beliau pernah menjadi editor untuk Harper’s Bazaar Korea. I aspire to travel the world like she does. My boy crush would be Steve Lacy. Sudah tentu kerana muziknya—beliau memulakan karier dengan menghasilkan muzik menggunakan GarageBand di iPhone sebelum mengeluarkan EP pertamanya. Saya juga suka his wittiness and humour. Talented, AND funny?

nina

5. Siapakah inspirasi Nina dalam hidup?

Kedua ibu bapa saya. Lahir dalam keluarga artistik, mereka berdua adalah pelukis dan ahli seni. Saya membesar di galeri sejak kecil, yang menanamkan rasa cinta saya terhadap bidang ini. Kedua-duanya mencapai kejayaan pada usia muda dan kini melakukan apa yang mereka cintai. Harapan saya untuk membawa diri dengan kecekalan dan kekuatan ibu saya, serta walk with passion dan purpose seperti ayah saya.

6. Red flags ketika temu janji pertama?

Bila mereka merendahkan bekas kekasih dan project their own issues on me berdasarkan tanggapan mereka tentang saya di media sosial.

nina

7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?

Hampir enam tahun sebagai figura awam, jujurnya saya kurang gemar membincangkan cabaran dalam kerjaya ini. Pada saya, ini adalah dream job. Setiap pekerjaan ada cabarannya, tetapi masih satu keistimewaan untuk bekerja dalam bidang yang saya minati dan mengikut masa sendiri. Jika ada cabaran yang perlu saya nyatakan, mungkin dari segi ekspektasi. Sebagai seseorang yang mempunyai persona awam di media sosial, saya tidak memiliki the privilege of ‘first impression’ dalam kehidupan sebenar kerana orang sudah mempunyai persepsi mereka terhadap saya sebelum bertemu. Sama ada baik atau buruk, ia boleh mengurangkan potensi sebenar saya, atau terlalu melebih-lebihkannya. Kadangkala menghalang peluang for a genuine connection.

8. Gambarkan lelaki idaman Nina?

Seorang yang penuh passion seperti saya. Bekerja dengan tujuan, pintar tetapi tetap merendah diri. I love masculine, street-smart guys. Sebagai seorang wanita yang sangat independent, saya suka melihat lelaki yang tahu menyelesaikan masalah dengan tenang. Saya cukup gemar lelaki yang boleh membawa saya ke arah kebaikan dan memberi saya inspirasi untuk menjadi lebih besar. Tetapi tetap fun dan menghargai minat saya. Saving the best for last—seorang yang kelakar! Humour is so important for me, and I love funny men!

nina

9. Antara muzik dan fesyen, mana lebih dekat dengan Nina dan mengapa?

Soalan yang susah! Kedua-duanya adalah bentuk ekspresi bagi saya—refleksi diri. Tapi muzik? Nothing compares. Ia bukan sahaja boleh mengubah emosi, tetapi juga membentuk pemikiran, menyatukan manusia, provide a space. Hubungan saya dengan muzik sangat unik dan intimate, sesuatu yang saya tak pernah rasa dengan bidang lain. Ia peneman saya ketika sedih, keliru, gembira, marah. Bersendirian atau berteman. There’s a song for every moment.

10. Kamu rasa lelaki itu seksi bila…

Berilmu dan berpengalaman. Juga pandai menceriakan suasana, tetap boleh bergurau, walaupun dalam saat-saat sukar.

nina

Pautan Berkaitan: JAY ISKANDAR, ANAK MUDA PENUH BAKAT DIGILAI RAMAI

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut

ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut