10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025
Coachella, festival muzik terbesar menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dari Asia untuk membuat persembahan yang cukup hangat.
Festival muzik terbesar di dunia telah kembali tahun ini. Dengan line-up yang semakin lama semakin hebat, festival yang dinanti-nantikan ini akan sentiasa mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia. Impak muzik Asia juga tidak mampu ditandingi. Kumpulan-kumpulan K-Pop seperti BIG BANG, EXO, 2NE1, BTS dan banyak lagi semestinya membuka jalan buat muzik Korea Selatan dan seluruh Asia semakin berkembang. Kemunculan penyanyi-penyanyi ini dipentas besar seperti Coachella membuktikan impak mereka yang sangat besar dalam dunia muzik. Sebagai persediaan untuk menikmati festival Coachella tahun ini, GLAM Lelaki senaraikan 10 selebriti Asia di Coachella.
#1 keshi
Coachella tahun ini bakal ditaburkan dengan campuran vokal bak mimpi dan lirik penuh emosi dari keshi. Sejak kemunculan sulungnya pada tahun 2010, tahun ini merupakan tahun pertama keshi di Coachella. Bermula dari berkongsi trek buatannya di SoundCloud, penyanyi itu kini menjadi sensasi sebagai salah satu wajah utama di Coachella. Album keluarannya pada tahun 2024, Reqieum dipenuhi dengan lagu-lagu romantik seperti Say, Soft Spot dan Bodies. Pada bulan Februari yang lalu, keshi sempat singgah ke Malaysia untuk jelajah dunianya.
#2 ENHYPEN
Sebagai kumpulan lelaki K-Pop kedua yang bakal membuat kemunculan di Coachella, ENHYPEN membuktikan kehebatan mereka dalam dunia muzik. Ditubuhkan pada tahun 2020 dengan rancangan survival I-LAND, Jungwon, Heeseung, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo dan Ni-ki mempunyai impak secara global. Berkonsepkan vampire, album-album mereka yang berjudul Dark Blood dan Manifesto mempunyai konsep yang misteri. EP terbaru mereka, Romance: Untold mempunyai 9 lagu dengan berbagai genre yang menarik. Walaupun baru 5 tahun sejak kemunculan sulung mereka, bakat persembahan ENHYPEN tidak boleh dinafikan sangat hebat.
#3 Charlie XCX
Ikon fesyen dan muzik Gen Z, Charlie XCX juga salah seorang pernyanyi Asia yang bakal menghangatkan pentas Coachella. Dengan album hangat yang menjadi pilihan ramai pada tahun 2024, BRAT menjadi ikon musim panas. Kemenangannya di GRAMMY serta konsert jelajah dunianya yang habis dijual membuktikan lagi impak gadis dengan darah India itu. Selepas kemunculan sulungnya di Coachella pada tahun 2023, dia kini kembali dengan lebih hangat dan bratty untuk tahun 2025.
#4 BEABADOOBEE
Pada tahun 2017, penyanyi beasal dari Filipina ini tular dengan trek berjudul Coffee. Ia merupakan permulaan bagi Beabadoobee sebagai seorang penyanyi. Gadis muda ini kemudian mengeluarkan album sulungnya berjudul Fake It Flowers pada tahun 2020 dan mendapat kritik dari orang ramai. Tetapi, kejayaannya semakin meningkat apabila mengeluarkan album Beatopia pada tahun 2022.
#5 LISA
Pernah mencipta sejarah dalam dunia K-Pop bersama ahli kumpulan BLACKPINK sebagai kumpulan wanita pertama ke Coachella, kini LISA kembali sebagai artis solo. Penyanyi dan rapper berasal dari Thailand itu baru sahaja mengeluarkan LP sulungnya berjudul Alter Ego. Selain daripada kehidupannya sebagai penari utama BLACKPINK, LISA juga mula menceburi bidang lakonan, mengikut jejak Jennie dan Jisoo. LISA baru-baru ini membuat kemunculan di siri terkenal HBO, The White Lotus.
#6 Jennie
Selepas selesai jelajah dunia buat The Ruby Experience, Jennie menambah kesibukkannya di Coachella. Bersama LISA, Jennie pernah menjadi sejarah sebagai kumpulan wanita K-Pop pertama membuat kemunculan di Coachella. Kini, Jennie muncul sebagai solo. Album solo sulungnya, Ruby dilancarkan dengan penuh ikonik. Selain daripada lagu solo yang menarik perhatian ramai, kolaborasi dari bintang-bintang besar muzik juga tidak dilupakan. Bintang seperti Doechii, Dua Lipa, Dominic Fike dan Childish Gambino menambah lagi perasa di dalam album itu. Bukan sahaja bakal sebagai seorang penghibur, Jennie juga sudah ke Festival Filem Cannes untuk lakonannya di dalam siri The Idol.
#7 Tyla
Terkenal dengan lagu-lagunya seperti Water dan Push 2 Start, ikon muda muzik ini juga membuat kemunculan sulungnya di Coachella pada tahun ini. Gadis berdarah Afrika ini cukup terkenal dengan genre Afrobeats dan R&B. Tyla juga memenangi anugerah Best African Music Perfomance di Grammy Awards awal tahun 2024. Tidak bermakna musim panas tanpa Tyla! Selain dari muziknya yang mampu membuat semua menari, gaya fesyennya juga cukup unik digabungkan dengan tubuh ciliknya.
#8 XG
Selain daripada ENHYPEN, XG juga salah satu kumpulan K-Pop yang bakal membuat kemunculan di pentas Coachella. Baru sahaja debut selama dua tahun, XG dengan pantasnya mendominasi dunia muzik secara global. Kumpulan wanita Jepun yang berasas di Korea Selatan ini menggabungkan hiphop, R&B serta elemen masa hadapan dalam muzik mereka. Lagu-lagu hit seperti Shooting Star, LEFT RIGHT dan Is This Love membuatkan mereka cukup digemari ramai. Selain itu, keunikan dalam gaya mereka juga menarik perhatian ramai.
#9 Eyedress
Artis kelahiran Manila ini bakal kembali ke pentas Coachella untuk tahun ini. Idris Vicuña, atau lebih dikenali sebagai Eyedress akan membawa genre lo-fi, pink, shoegaze dan hiphopnya keatas pentas bersama gaya fesyennya yang cukup versatil. Eyedress berjaya menarik perhatian ramai dengan beberapa trek yang tular seperti Jealous, Romantic Lover dan Something About You. Barisan lagu remixnya juga dinanti-nantikan oleh peminat muziknya.
#10 Hanumankind
Diterbangkan dari India, suara baru buat hiphop ini membuat kemunculan sulung Coachella pada tahun ini. Mula muncul sebagai seorang rapper pada tahun 2019 dengan EP Kalari, Hanumankind membuka nama buat rap scene di India. Dilahirkan di Sooraj Cherukat, Hanumankind mendapat inspirasi dari budaya India untuk hasil kerjanya. pada tahun 2024, singlenya berjudul Big Dawgs mendapat perhatian ramai. Impak besar ini kemudian menerima remix dari ikon hiphop, A$AP Rocky sendiri.
Pautan Berkaitan: 8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS
Siapa sangka, di sebalik panorama mewah dan drama panas The White Lotus, muncul satu nama yang kini hangat diperkatakan Tayme Thapthimthong!
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE
Selepas kehangatan APT oleh Rosè, Jennie dari BLACKPINK pula akan menggegar dunia muzik dengan studio album pertamanya, RUBY. Tahun lepas, gadis berusia 29 tahun itu mengejutkan peminat dengan singlenya, Mantra apabila lagu tersebut berjaya debut di Billboard 100 menjadikannya penyanyi K-pop wanita pertama memperoleh sijil platinum dari Recording Industry Association of America (RIAA). RUBY akan…
BLACKPINK KEMBALI RANCAK: AKTIVITI SOLO JENNIE, LISA, ROSE, & JISOO
Ketahui info terkini tentang karya solo Jennie, Lisa, Rose & Jisoo menyambut ulang tahun kelapan BLACKPINK dalam industry hiburan ini.
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Milan Fashion Week 2024 dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dari serata dunia, termasuklah Korea Selatan.
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.