Skip to content

LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025

Kongsikan artikel ini

Road to FAM yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lepas berlangsung meriah! Kami berpeluang mendekati koleksi asas Levi’s® musim bunga/panas 2025, sambil menonton persembahan memukau rapper ZAMAERA. 

Levi’s® dan 88rising, sebuah kolektif muzik global, telah melancarkan Road to FAM, iaitu satu siri muzik yang akan menjelajah Singapura, Jakarta, Manila dan Kuala Lumpur sepanjang Mei 2025. Bersempena dengan sambutan ulang tahun jeans ikonik 501® Levi’s®, inisiatif ini turut meraikan legasi jenama dalam mencetus inovasi budaya sambil mengangkat Future Asian Music (FAM) yang dibawakan oleh 88rising; sebuah platform pengedaran muzik serta kandungan berteraskan komuniti yang membina bakat generasi baharu artis muzik Asia.

Bagi musim ini, Levi’s® membawakan muzik dan fesyen seiring dalam satu harmoni sempurna untuk meraikan ‘individuality’ dan ekspresi diri yang sebenar.

Menonjolkan empat artis baharu Asia yang sedang meningkat naik, siri ini dimulakan dengan persembahan eksklusif di laman masing-masing, misalnya, FARIZ JABBA dari Singapura, RAMENGVRL dari Jakarta dan ZAMAERA dari Kuala Lumpur.

“Road To FAM” Kuala Lumpur telah menghangatkan ibu kota pada 21 Mei 2025, di Over and Above Club. Jemputan dapat menyaksikan kelincahan Zamaera kala mempersembahkan kuasa kreatifnya menggabungkan elemen hip hop, rap serta pengaruh elektronik dalam satu bunyi ritma yang berani dan tersendiri, menandakan permulaan bab baharu dalam kebebasan artistiknya.

Turut menemaninya dalam perjalanan muzik ini ialah DJ Damien dan DJ Roshan dengan set bertenaga penuh jiwa yang telah menghidupkan lantai tarian.

Antara muzik dan ekspresi diri

Road to FAM mencerminkan hubungan 150 tahun Levi’s® dengan muzik dan ekspresi diri, bermula daripada peranan jeans 501® dalam revolusi jazz dan hip-hop sehinggalah kepada simbolik ketahanan serta ketabahan para artis. Selama 150 tahun, Levi’s® dan 501® telah menjadi sebahagian daripada pergerakan muzik dan budaya di seluruh dunia. Road to FAM meneruskan legasi ini dengan menyerlahkan generasi baharu perintis kreatif dari Asia.

Acara muzik yang hangat tersebut, turut menyaksikan kehadiran ramai personaliti dan pempengaruh dari latar belakang yang berbeza. Dan hampir kesemuanya menyarung koleksi Levi’s® dengan paduan gaya yang tersendiri. Christinna Kuan, Jestinna Kuan, Nia Atasha, Arif Kamaruddin, Sonaone, Airliftz dan Lucidrari antara yang dilihat memakai koleksi  Levi’s®.

Artikel berkaitan: GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

meerqeen glam lelaki

SEMPENA HARI JADI KE-24 MEERQEEN HARI INI, KETAHUI 10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MEERQEEN

Bacaan Lanjut
killa driz

KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU

Bacaan Lanjut
bazli nazim

BAZLI NAZIM, MENCEBURI AKTIF BIDANG ‘CONTENT CREATION’ & PERNIAGAAN FESYEN

Bacaan Lanjut
glam lelaki hun haqeem

PELAKON HUN HAQEEM, DUTA WANGIAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG PERTAMA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
glam lelaki lee jeans

SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE

Bacaan Lanjut