Skip to content

10 LAGU MELAYU DALAM CARTA TERTINGGI SPOTIFY

10 LAGU MELAYU DALAM CARTA TERTINGGI SPOTIFY

Kongsikan artikel ini

Lagu melayu yang berada di dalam carta tertinggi Spotify membuktikan kuasa hebat artis Malaysia di dalam industri muzik negara ini. 

Setiap minggu, carta muzik di Spotify akan berubah mengikut majoriti pendengar. Platform penstriman muzik seperti Spotify menjadi nadi penting yang merapatkan jurang antara artis dan pendengar, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Lebih menarik, senarai carta Spotify kini menjadi penanda aras utama untuk mengukur populariti sesebuah lagu. Ia akan sejajar dengan selera semasa, trend budaya pop, dan kekuatan pengaruh di media sosial. Gabungan penyanyi-penyanyi yang cukup berbakat di Malaysia dengan sokong hangat dari peminat mereka semestinya membawa lagu-lagu ini ke satu tahap yang baharu.

Dalam kalangan pelbagai genre muzik yang mendominasi carta, lagu-lagu Melayu terus menunjukkan kehebatan dalam dunia muzik. Daripada balada yang menyentuh emosi, ke rentak R&B dan pop moden yang segar, senarai ini membuktikan bahawa muzik Melayu cukup relevan. Lagu-lagu ini sering kali mendapat tempat di hati pendengar kerana lirik yang dekat dengan kehidupan seharian, melodi yang mudah diingati, dan persembahan vokal yang bertenaga serta tulus. GLAM Lelaki akan berkongsi 10 lagu Melayu yang kini berada dalam carta tertinggi Spotify di Malaysia pada minggu ini.

#1 Naim Daniel, Adnin Roslan – Seni Berdamai Dengan Takdir

#2 Nadeera – Bukan Lagi Kita

#3 Ara Johari – Menjaga Jodoh Orang Lain

#4 Insomniacks – Reminisensi

#5 Insomniacks – Sempurna

#6 Imran Ajmain – Seribu Tahun Lagi

#7 Hyper Act – Hanya Aku

#8 lucidrari, Heil Nuan – lowkey

#9 Noh Salleh – Rahsia Tuhan

#10 Zaki Yamani, putri dahlia – Aku Ada

Sama ada anda peminat muzik tempatan sejati atau sekadar ingin tahu apa yang sedang hangat dimainkan di telinga ramai, senarai ini adalah sorotan penting yang tidak patut dilepaskan. Bersedia untuk menyelami irama dan lirik yang menjadi nadi kepada generasi kini dalam bentuk muzik.

Pautan Berkaitan: NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY

10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
J-HOPE, ANGGOTA BTS TERKINI LAKAR SEJARAH DI SPOTIFY

J-HOPE, ANGGOTA BTS TERKINI LAKAR SEJARAH DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD

JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD

Bacaan Lanjut
WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

Bacaan Lanjut
THE WEEKND SUMBANG LEBIH RM 9.5 JUTA BUAT GAZA

THE WEEKND DINOBAT ARTIS TERSOHOR DI DUNIA DENGAN DUA REKOD GUINNESS BAHARU

Bacaan Lanjut