HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men’s SS26 tahun ini.
Dua wajah tanah air telah melangkahkan kaki ke pentas fesyen yang lebih tinggi, iaitu Milan Fashion Week Men’s SS26. Hael Husaini dan ALVN menjadi tetamu jemputan buat jenama fesyen antarabangsa ini, mewakili Malaysia. Milan Fashion Week Men’s SS26 telah bermula pada 20 Jun 2025 yang lalu dan bakal berlangsung hingga 24 Jun 2025. Jenama-jenama ternama seperti Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Prada dan banyak lagi telah memaparkan rekaan-rekaan yang cukup sempurna untuk musim panas dan musim bunga buat lelaki. Penantian untuk melihat koleksi Dior dari Jonathan Anderson juga bakal berakhir!


Kehadiran Hael Husaini di acara Milan Fashion Week bukanlah satu perkara mengejutkan. Hael juga pernah dijemput dalam beberapa pertunjukkan fesyen Milan Fashion Week tahun-tahun sebelum ini. Untuk musim fesyen kali ini, Hael menjadi jemputan buat dua jenama fesyen antarabangsa iaitu Dolce & Gabbana dan Emporio Armani. Kehadirannya di acara Dolce & Gabbana menjadi kehangatan lebih-lebih lagi buat peminat pelakon Korea Selatan, Jung Hae-in apabila mereka kelihatan berinteraksi bersama ketika acara itu. Dua wajah yang cukup ikonik dalam Asia. Lengkap bersut hitam dari jenama itu sendiri, Hael kelihatan amat segak.

Di acara Emporio Armani, Hael kelihatan bergaya dengan pola harimau bintang yang cukup sinonim dengan tema koleksi Men’s SS26 mereka, A DESERT DREAM. Hael telah dijemput oleh Emporio Armani untuk acara fesyen mereka buat beberapa kali.

ALVN Kembali Ke Milan Fashion Week
Satu lagi bintang tempatan yang menghadiri Milan Fashion Week Men’s SS26 merupakan ALVN. ALVN menjadi tetamu buat tiga jenama iaitu Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Prada serta Tods. Di acara Dolce & Gabbana, ALVN juga kelihatan berinteraksi bersama Jung Hae-in, juga menjadi bualan ramai. Wajahnya yang persis selebriti Korea Selatan juga menjadi bualan ramai di perinkat antarabangsa.

Tahun ini merupakan kemunculan sulung ALVN di acara Emporio Armani, jenama fesyen antarabangsa itu. Pada tahun ini, ALVN menghadiri lebih banyak acara-acara besar di Milan. Kemunculan ALVN membuktikan impaknya yang cukup besar dalam dunia fesyen antarabangsa.

Pautan Berkaitan: ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26
Milan dan Paris Fashion Week SS26 kali ini membuka tirainya dengan penuh glamor, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah tempatan.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.











