DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Walaupun Aidaho dipenuhi dengan nightlife yang cukup meriah, gadis muda ini sebenarnya inginkan kehidupan yang tenang bersama kucingnya.
Sempena isu girl crush GLAM Lelaki kali ini, kami bawakkan seorang pempengaruh dan dj yang cukup hot dan berbakat, Aidaho. Selain daripada menjadi seorang dj yang penuh aura, Aidaho juga memilik perniagaan sendiri, iaitu Good Night KL. Selain dari wajahnya yang unik dan menawan, bakat Aidaho dalam bidang muzik dan dj sangat unmatched! Dikenali dengan tenaganya yang tiada tandingan dan gaya muzik yang eklektik, dia menghidupkan setiap pentas, kelab, dan festival yang disertainya. Untuk mengenali Aidaho dengan lebih dekat, GLAM Lelaki telah menemubual hot girl ini.
1. Aidaho dalam 3 patah perkataan?
Ceria, berani dan penyayang.
2. Apakah perkembangan terkini Aidaho?
Saya kini sedang belajar cara menghasilkan muzik dan akhirnya bakal mencipta lagu saya sendiri dengan bantuan penerbit-penerbit berbakat dari seluruh dunia.
3. Ramai mengenali Aidaho sebagai seorang DJ dan content creator. Apa lagi yang dilakukan oleh Aidaho, yang orang ramai perlu tahu?
Kehidupan saya kadangkala boleh jadi sangat sibuk dan huru-hara. Jadi saya cuba menjalani kehidupan yang lebih senyap sebagai seorang pencinta Pilates dan ibu kucing yang menghargai detik-detik tenang dan damai di celah-celah kesibukan itu. Saya kini lebih gemar duduk di rumah, menikmati masa membaca di atas katil dan bersantai di sofa bersama rakan-rakan.
4. Siapakah girl crush and boy crush Aidaho?
Girl crush saya ialah Peggy Gou. Boy crush saya ialah Ryan Matjeraie.
5. Siapakah inspirasi Aidaho dalam hidup?
Wanita-wanita hebat dan berjaya yang berada di dalam keluarga saya
6. Red flags ketika temu janji pertama?
Apabila dia hanya bercakap tentang diri sendiri, bercakap buruk tentang orang lain, dan melayan pekerja servis tanpa rasa hormat.
7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?
Semestinya kesukaran untuk menjadi ‘normal’ seperti orang lain yang sedang belajar melalui kesilapan dalam hidup. Apabila anda merupakan seorang figura awam, orang ramai selalunya tidak memberi ruang untuk anda melakukan kesilapan dan menjadi manusia biasa.
8. Gambarkan lelaki idaman Aidaho?
Lucu, self-aware, dan sentiasa bersedia untuk pengembaraan baharu.
9. Apa yang membuatkan Aidaho menceburi bidang muzik/dj?
Saya memang meminati muzik sejak dahulu lagi.Tetapi, apabila saya menemui muzik elektronik, saya mula mendengarnya dengan lebih teliti dan menghargai cara ia dihasilkan. Itu membuatkan saya teruja untuk berkongsi lagu-lagu ini dengan orang lain dan melihat reaksi mereka kerana ia memberikan saya peluang untuk menghidupkan semula rasa ajaib mendengar lagu buat pertama kali.
10. Siapakah pemuzik kegemaran Aidaho, dan karya kesukaan dari pemuzik itu?
Buat masa ini, saya gemarkan 1tbsp dan saya ulang dengar albumnya megacity1000 tanpa henti!
11. Kamu rasa lelaki itu seksi bila…
Dia boleh menggelakkan dan bergurau tentang diri sendiri.
Pautan berkaitan: DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI
KATSEYE ialah kumpulan global terhangat masa kini. Nama mereka seringkali didengari di mana-mana dalam industri muzik.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN
Selain daripada muzik barat, lagu k-pop juga kini mampu mencapai populariti yang sama dan lebih tinggi dalam industri muzik. Dalam dunia K-pop yang terus berkembang, setiap minggu kita akan menyaksikan pelbagai lagu baru mencipta gelombang di kalangan peminat. YouTube Music menjadi platform penting yang memaparkan lagu-lagu paling popular, dan carta teratas mereka sering menjadi petunjuk…
IKON LEGENDA POP BAND MALAYSIA KRU KEMBALI MENGGEGARKAN INDUSTRI MUZIK
Sebuah revolusi muzik bakal kembali, KRU is back! Ikon legenda Pop Band Malaysia ini kini kembali menggegarkan industri muzik Malaysia.
TOP 10 LAGU HITS AFGAN YANG WAJIB ADA DALAM PLAYLIST
Temui top playlist Afgan, dari balada romantis hingga R&B yang penuh jiwa, meraikan karier muziknya yang ikonik!
KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME
Kendrick Lamar akan menjanjikan persembahan ikonik dan bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik dan budaya.