ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
Bakat Baharu, Gaya Tersendiri & Potensi Besar.
Generasi baharu pelakon Gen Z tempatan seperti Zarif Ghazzi, Meerqeen dan Mierul Aiman semakin mencuri perhatian. Dengan ketampanan yang segar, daya sebar ekstensif di media sosial, dan bakat lakonan yang matang. Mereka bukan sekadar bintang baru tetapi calon ikon hiburan masa depan Malaysia.
Zarif Ghazzi
Antara wajah baharu yang semakin mencuri perhatian di layar dan lensa, Zarif Ghazzi hadir dengan persona tenang, ekspresi tajam dan pembawaan watak yang matang. Namanya mula disebut-sebut selepas muncul dalam beberapa projek drama remaja yang membuktikan versatilitinya sebagai pelakon. Dengan gaya peribadi yang effortless dan aura ‘boy-next-door’ yang moden, Zhariff dilihat sebagai calon muka hadapan kempen fesyen atau filem arus perdana seterusnya. Dalam dunia hiburan yang semakin kompetitif, dia membawa elemen baru dan segar. Sesuatu yang Gen Z mahukan daripada ikon mereka hari ini.
Meerqeen
Dengan lebih 1.4 juta pengikut di Instagram, Meerqeen mencipta fenomena menerusi drama hit Melur Untuk Firdaus dan Angkara Cinta. Namanya terus melonjak apabila dilantik sebagai wajah rasmi YSL Beauty, menjadikan dirinya antara pelakon Gen Z tempatan pertama yang mencipta aura antarabangsa. Gaya fesyen maskulin yang sleek dan personaliti misteri menjadikan dia tumpuan lensa kamera dan peminat industri.
Amir Ahnaf
Mula dikenali sebagai “Kahar” dalam Projek: High Council, Amir Ahnaf membawa wajah baharu kepada dunia lakonan lelaki muda. Berasal dari Dungun dan bekas finalis Hero Remaja, Amir juga mencuri perhatian apabila tampil dalam kempen jenama mewah seperti BVLGARI. Karismanya seimbang dengan gaya urban dan kematangan dalam pembawaan watak.
Mierul Aiman
Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman melonjak naik sebagai Fakhri dalam Projek: High Council. Kini mewakili jenama lokal ternama Bulan Bintang, Mierul tampil sebagai wajah yang mewakili keseimbangan antara profesionalisme dan trend Gen Z.
Nadhir Nasar
Salah satu nama paling eksperimental dari generasi baharu, Nadhir Nasar bukan sekadar pelakon, dia juga aktif sebagai pengarah dan juga model. Paling dikenali menerusi Projek: High Council, gaya berpakaiannya sering mencabar norma dan mengangkat identiti kreatif remaja masa kini. Dengan aura edgy dan berani, Nadhir menyatukan dunia lakonan, seni visual dan fesyen.
Hun Haqeem
Hun merupakan seorang artis berbakat besar, dalam bidang lakonan, menyanyi dan juga modeling. Aktif dalam pelbagai kempen termasuk YSL Beauty Malaysia, Hun membawa personaliti versatil dan semangat eksperimental dalam gaya dan lakonan. Dia kini sedang membina jenama sendiri melalui pendekatan kreatif dan kontemporari yang seiring dengan generasi baharu.
Aniq Suhair
Naik secara konsisten melalui drama-drama seperti Chomel, Liar dan Banglo seksyen 12, Aniq Suhair dikenali dengan gaya clean-cut yang tetap bergaya. Personalitinya yang tenang dan estetik minimalis menjadikannya ikon viral yang sesuai untuk kempen jenama-jenama moden. Antara wajah paling menjanjikan untuk watak romantik dan fesyen editorial.
Dengan momentum KL Fashion Week yang sedang berlangsung, barisan pelakon Gen Z ini bukan sekadar wajah di kaca tv, mereka juga cerminan cita rasa dan gaya generasi masa kini. Sama ada di karpet merah, kempen fesyen, atau layar perak, mereka membawa harapan baharu industri hiburan dan menjadi bukti bahawa bakat dan gaya kini berjalan seiring.
Artikel Berkaitan: MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.
KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI
Fenomena KUDRAT 1968 bakal mencapai kemuncak menerusi filem KUDRAT 1968: High Council pada 29 Oktober 2026.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR
Bagi meraikan Chelot, lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.











