Skip to content

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Kongsikan artikel ini

TUDOR Royal Blue adalah lambang keseimbangan, keanggunan, dan versatiliti sebenar. Dengan gelang logam bersepadu yang mengalir sempurna tanpa putus dari case, TUDOR Royal memancarkan kelancaran reka bentuk dan gaya yang tidak dapat disangkal.

Dial Biru & Berlian: TUDOR Royal Blue Terbaharu yang Menggoda Pandangan

Kini, rangkaian TUDOR Royal menerima kemasukan model eksklusif baharu dengan dial dalam rona biru yang memukau dan penuh karakter. Rona ini bukan sekadar warna ia menjadi simbol keyakinan, kemewahan, dan daya tarikan yang timeless. Dial biru ini direka khusus untuk model 28mm Royal dengan bezel bertatahkan berlian, menjadikan setiap pantulan cahaya bagaikan kilauan mahkota, memperkukuh lagi aura mewah yang sudah sinonim dengan koleksi ini.

tudor royal blue

Menariknya, edisi ini hadir dalam dua konfigurasi: stainless steel sepenuhnya atau gabungan Steel & Gold (S&G) yang memberikan sentuhan keanggunan klasik. Dengan gabungan reka bentuk bersepadu, kemasan halus, dan perincian bertaraf diraja, model baharu ini bukan sekadar jam tangan, tetapi sebuah pernyataan gaya yang memancarkan status.

Tiada yang subtil tentang gabungan dial biru dan bertatahkan berlian. Sememangnya Tudor Royal tidak dicipta untuk berselindung, sebaliknya untuk tampil penuh pesona dan memukau. Menggabungkan prestasi teknikal kelas pertama dengan estetika yang halus dan eksklusif, koleksi ini berada di persimpangan antara jam tangan klasik dan sporty.

Nama Royal mula digunakan oleh TUDOR pada era 1950-an sebagai simbol kualiti unggul.  Reka bentuk Tudor Royal Blue yang memikat, sebuah legasi yang kekal utuh hingga hari ini. Kini, model ini tampil lebih agung dan mempesona berbanding sebelumnya. Sebuah mahakarya horologi yang meraikan keanggunan, kemewahan, dan warisan tanpa kompromi.

Artikel Berkaitan: RICHARD MILLE RM 43-01 FERRARI 2025: JAM TANGAN PALING MEWAH KOLABORASI SUPERCAR & TEKNOLOGI SWISS

By Shakif Md Noor
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut

KLFW 25 ‘RECAPS’: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25

Bacaan Lanjut
7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI

7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI

Bacaan Lanjut

50 TAHUN BERSAMA ATLET DAN BAKAT IKONIK MALAYSIA.

Bacaan Lanjut
RAJA IRFAN

RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI

Bacaan Lanjut
koleksi terbaik

KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.

Bacaan Lanjut