SEBAB THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE WAJIB DITONTON
Sejak mula ditayangkan di Astro One dan SOOKA, drama Thariq Ridzuwan: His Treasure terus mencuri perhatian ramai. Dengan gabungan jalan cerita yang segar, barisan pelakon berbakat dan sentuhan produksi yang kemas, ia bukan sekadar tontonan biasa tetapi fenomena baharu dalam dunia drama tempatan. Berikut lima sebab mengapa anda patut masukkan drama ini dalam senarai wajib tonton.
Jalan Cerita Penuh Intrig & Emosi
Bukan sekadar kisah cinta cliche, Thariq Ridzuwan: His Treasure mengangkat naratif yang sarat dengan konflik, rahsia keluarga, dan persoalan harga diri. Plotnya yang berlapis membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya apa yang bakal berlaku di episod seterusnya.

Chemistry Pelakon Utama yang Menghidupkan Skrin
Meerqeen selaku Thariq Ridzuwan digandingkan dengan Qasrina Karim sebagai Husniya Radwa, dan gandingan ini terbukti menjadi tarikan utama drama. Dari segi lakonan, Meerqeen berjaya membawa sisi karismatik seorang lelaki yang tegas tetapi tetap berjiwa lembut, manakala Qasrina menyerlah dengan kelembutan serta kekuatan emosi yang seimbang. Apabila kedua-duanya berada dalam satu babak, penonton dapat merasai chemistry yang asli. Daripada pertelingkahan sarat emosi, momen penuh ketegangan, sehinggalah detik romantik yang mencairkan hati. Keserasian ini bukan sahaja menjadikan jalan cerita lebih hidup, tetapi juga memperkukuh reputasi mereka sebagai pasangan pelakon yang mampu mencuri perhatian khalayak.
Barisan Pelakon Sampingan Berkualiti
Selain hero dan heroin, pelakon sampingan turut memberi impak yang besar. Karakter mereka bukan sekadar pengisi ruang tetapi benar-benar menyumbang kepada perkembangan jalan cerita, sekaligus menambah dimensi dalam setiap episode. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Thariq Ridzuwan ini seperti Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon, Darien Aeldra, Edaman Othman, Thompson Goh, Nasuha Sulaiman, Mia Sara Shauki, Alicia Amin, Reen Rahim, Manan Sulaiman dan ramai lagi.
Sinematografi & Visual Memukau
Dari sudut kamera hingga ke pencahayaan, setiap shot kelihatan sinematik dan berkelas tinggi. Lokasi penggambaran yang dipilih turut menambah aura eksklusif, menjadikan drama ini seolah-olah sebuah filem bersiri.
Fenomena Pop Culture Baharu
Dialog-dialog ikonik, gaya fesyen watak Thariq, hingga ke teori peminat yang tular di media sosial. Semuanya menjadikan drama ini lebih daripada sekadar tontonan. Ia sudah pun menjejak status ‘drama fenomena’ yang sering dibicarakan di TikTok dan Twitter.
Artikel Berkaitan: 6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.
LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem pernah bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama lakonananya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Di tengah keindahan kota Bangkok yang penuh warna dan dinamik, GLAM Lelaki ‘terbangkan’ Hun Haqeem untuk sesi penggambaran muka depan eksklusif ini.
STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Gaya Hun Haqeem sering tampil penuh stail bukan sahaja di acara penting, malah ketika percutian menjadikan gayanya boleh diikuti.











