FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025
September ini menjanjikan pelbagai tayangan baharu yang bakal memikat hati penonton dari pelbagai lapisan umur. Daripada penggemar drama beremosi mendalam hingga pencinta aksi sci-fi futuristik, malah tidak ketinggalan peminat animasi epik. Filem-Filem Tontonan Wajib Bulan September 2025 mempersembahkan deretan judul yang bukan sekadar menghibur, tetapi juga menggugah minda dan emosi. Dari naskhah bersejarah penuh nilai nostalgia hingga filem aksi antarabangsa dengan sinematografi bertaraf dunia, September 2025 seakan menandakan musim terbaik untuk keluar beramai-ramai ke pawagam atau sekadar bersantai di rumah menikmati tayangan eksklusif.
The Conjuring: Last Rites
Sambungan terbaharu siri horror klasik ini kembali membawa penyiasat paranormal Ed & Lorraine Warren dalam misi menentang kegelapan. Tarikh tayangan: 4 September.
Magik Rompak
Antara filem tempatan yang paling dinanti bulan ini ialah Magik Rompak, dibintangi gandingan mantap Zul Ariffin dan Sharnaaz Ahmad. Menggabungkan elemen magis dengan dunia perompak moden, filem ini menjanjikan aksi penuh mendebarkan, disulami jalan cerita unik yang segar untuk industri perfileman Malaysia. Karisma Zul Ariffin digandingkan dengan intensiti Sharnaaz Ahmad pastinya menjadi tarikan utama, sekali gus menjadikan Magik Rompaksebuah judul wajib tonton pada 11 September ini.
Chainsaw Man The Movie: Reze Arc
Dengan reputasi Chainsaw Man sebagai antara francais paling berpengaruh dalam dekad ini. Filem ini bukan sekadar memenuhi dahaga peminat setia, malah berpotensi menarik penonton baharu yang ingin memahami fenomena budaya pop Jepun moden. Ditayangkan di Jepun pada 19 September dan Asia pada 24 September, ia pasti menjadi antara tontonan paling hangat bulan ini.
One Battle After Another
Dibintangi oleh Paul Thomas Anderson, filem ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Leonardo DiCaprio, Sean Penn, dan Benicio del Toro dalam sebuah thriller aksi bergaya. Sarat dengan konflik kuasa, permainan minda, dan babak penuh intensiti. Filem ini menjanjikan naskhah sinematik yang padat emosi serta mendebarkan dari awal hingga akhir.
Jujutsu Kaisen: Hidden Inventory / Premature Death
Bagi peminat anime, bulan September dibuka dengan sebuah naskhah penuh aksi dan emosi daripada francais popular Jujutsu Kaisen. Filem ini mengangkat kisah silam Satoru Gojo dan Suguru Geto. Memperlihatkan bagaimana ikatan persahabatan mereka diuji dengan konflik dalaman, pengkhianatan, dan pertempuran sengit yang menjadi titik tolak kepada naratif utama siri ini. Dengan animasi berkualiti tinggi serta adegan pertarungan yang memukau, tayangan ini pasti menjadi tarikan utama di pawagam awal bulan September.
Artikel Berkaitan: NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.
ARIF ASHRAF, INSPIRASI GAYA GENERASI KINI
"Sebelum masuk 35 tahun, saya berazam untuk melancarkan produk jenama saya sendiri dan membina jenama yang mencerminkan identiti saya"-Ashraf
PERSEPSI HIDUP PERFORMATIVE MALES
Fenomena 'Performative Male' di era media sosial: bagaimana persepsi, gaya hidup dan maskuliniti dibentuk antara realiti dan paparan luaran.
LEBIH KUASA, LEBIH GAYA: PELANCARAN FORD RANGER WILDTRAK 3.0L V6 TURBO DIESEL BAHARU
Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu telah bersedia untuk menggegarkan pasaran Malaysia.
SEBAB THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE WAJIB DITONTON
Thariq Ridzuan bawa gabungan aksi, emosi & bintang popular Malaysia. Jangan lepaskan drama eksklusif ini di Astro One dan SOOKA.
5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE
Sukan menjadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan hidup buat lelaki moden yang hidup dalam tekanan zaman kini.