Skip to content

DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE

DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE

Kongsikan artikel ini

Dengan YSL LIBRE Vanille Couture, Yves Saint Laurent Beauty menghasilkan sebotol haruman dan menangkap inti sebenar kebebasan seorang wanita.

Bagaikan laungan suara global, setiap satunya membawa kisah unik tentang erti kebebasan. Daripada detik kecil yang mencetuskan kegembiraan dalam rutin harian hinggalah rasa bebas yang paling mengujakan. Kebebasan hari ini hadir dalam pelbagai sisi. lebih luas, lebih berani, lebih tanpa batasan.

Kempen Free At Heart

Dua Lipa menjadi wajah utama dalam kempen filem baharu yang memukau, diangkat sebagai wanita LIBRE yang merangkul sepenuhnya identiti dirinya, satu roh bebas tanpa had. “Bertindak secara radikal untuk kebebasan boleh hadir dalam bentuk inspirasi yang ditemui di penjuru jalan, mengikut gerak hati, atau mencorakkan hidup atas aturan sendiri – demi keseronokan, dan kerana ia memberi kekuatan.”
— Diana Kunst, pengarah kempen LIBRE.

YSL LIBRE Vanille Couture

Lebih dekat, lebih berani, lebih mewah. Kempen LIBRE kali ini tampil bertenaga, penuh couture namun tetap terasa dekat dengan jiwa. Hasil karya luar biasa arahan Diana Kunst bersama Global Ambassador, Dua Lipa, membawa sinergi dua figura seni wanita yang mencipta momen penuh spontan. Penggambaran turut dilakukan di landskap menakjubkan Gurun Atacama, Chile – gurun terbesar di dunia.

Selain itu, kempen ini turut menyatukan dua suara wanita berapi – dengan nyanyian semula Dua Lipa untuk lagu ikonik “Think” oleh Aretha Franklin, “Queen of Soul” yang menjadi simbol kuasa wanita sepanjang zaman.

Memperkenalkan Libre Vanille Couture

Tahun 2025 menyaksikan pelancaran edisi istimewa LIBRE COUTURE drops. Ia ialah koleksi terhad yang diraikan secara bermusim. Edisi pertama hadir dengan pancaran emas, lambang kebebasan paling berharga. Botol keemasan ini menyimpan haruman “emas cair” – gabungan Vanilla Caviar Accord dengan rum emas, dipadu bersama bunga oren dan lavendar, tanda tangan klasik LIBRE. Vanilla kali ini hadir lebih istimewa – dalam bentuk Vanilla Caviar Accord, ekstrak pekat Bourbon vanilla dari Madagascar. Hasil olahan halus yang mengekalkan aroma semula jadi pod vanila, diekstrak melalui proses unik menggunakan supercritical CO2.

YSL LIBRE Vanille Couture

Gabungan biji hitam halus dari pod berkilau menghasilkan aroma krim yang mewah, diperkuat dengan nota rum berempah kayu manis. Ia memberi sentuhan golden ambery floral, menyatukan tegang feminin-maskulin antara lavendar Provence dan bunga oren Ourika dari Morocco. Hasilnya, terbitlah versi LIBRE yang lebih hangat, sensual, dan berbalut emas.

Rekaan: Ikon Couture Dalam Emas

“I love gold, it’s a magical color; it’s the color of the sun.” kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Yves Saint Laurent. Botol edisi terhad ini direka oleh Suzanne Dalton dengan sentuhan couture. Tubuh botol dilapisi emas berkilau, kaca jernih memperlihatkan haruman keemasan di dalamnya. Logo YSL Cassandre emas dipaku ke sisi kaca dengan penuh presisi.

YSL LIBRE Vanille Couture

Bahagian bawah botol diukir dengan bentuk huruf V, mengingatkan pada garis tajam tuxedo Saint Laurent. Sementara penutup hitam condong serta rantai emas yang melilit leher botol melengkapkan gaya mewah penuh karakter.

Pautan berkaitan: DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PELAKON GEN Z WAJAH BARU PENUH AURA TERSENDIRI.

ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI

Bacaan Lanjut
meerqeen glam lelaki

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN

Bacaan Lanjut
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

Bacaan Lanjut
DUA LIPA & CALLUM TURNER BERTUNANG SELEPAS SETAHUN MENYULAM CINTA

DUA LIPA & CALLUM TURNER BERTUNANG SELEPAS SETAHUN MENYULAM CINTA

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
KONSERT DUA LIPA DI KUALA LUMPUR DIPANJANGKAN

KONSERT DUA LIPA DI KUALA LUMPUR DIPANJANGKAN

Bacaan Lanjut