GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-AWAL ASHAARI
Teks: SHAKIF MD NOOR, Temu bual, BATRISYIA FAISAL
“STAIL TERBAIK” ATAU “BEST DRESSED”- GL THE MAN AWARDS 2025, AWAL ASHAARI. SEORANG IKON GAYA LELAKI YANG BUKAN SAHAJA SENTIASA STYLISH, TETAPI JUGA BERANI BEREVOLUSI DALAM FESYEN. DARI GAYA KLASIK KE MODEN KONTEMPORARI, AWAL ASHAARI MEMBUKTIKAN BAHAWA STAIL BUKAN SEKADAR PAKAIAN. IA ADALAH CERMINAN KEYAKINAN, KEPERIBADIAN, DAN VISI. TERUS MENJADI INSPIRASI BUAT GENERASI LELAKI YANG INGIN TAMPIL SEGAK DENGAN KELAS TERSENDIRI.
Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?
Lima tahun lalu, saya melihat diri saya sebagai individu yang meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan, segalanya tentang impian, cita-cita, dan apa yang saya mahukan. Namun hari ini, perspektif itu telah berubah. Hidup saya kini bukan lagi tentang “me”, tetapi tentang “we”. Tentang bagaimana saya boleh membahagiakan keluarga, membesarkan anak-anak, dan memastikan isteri serta insan tersayang hidup dalam kebahagiaan. Saya percaya perubahan ini hadir apabila seseorang benar-benar memahami erti tanggungjawab dan kasih sayang sebenar.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Keputusan paling besar dan berisiko yang pernah saya ambil adalah memperlahankan langkah dalam dunia hiburan untuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan. Dunia hiburan merupakan cinta pertama saya. Saya membesar dan dikenali di dalamnya. Namun, saya juga sedar industri ini tidak menjanjikan kesinambungan buat semua.
Saya mula bertanya pada diri, “Sampai bila Awal Ashaari akan kekal relevan?” Lalu saya memilih untuk membina hala tuju baharu demi masa depan yang lebih stabil untuk keluarga. Keputusan itu bukan mudah, tetapi hari ini saya bersyukur kerana ia membawa keseimbangan antara minat dan tanggungjawab.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Selain dunia hiburan, saya amat meminati interior decoration dan rekaan dalaman. Ia seperti terapi buat saya. Interior decoration dan rekaan dalaman memberi ketenangan selepas hari yang panjang. Reka bentuk dalaman rumah saya sendiri, misalnya, saya hasilkan dengan tangan saya sendiri. Baru-baru ini, saya juga terlibat dalam projek rekaan dalaman untuk sebuah butik. Selain itu, saya turut menubuhkan event crew saya sendiri, SOCIETY, kerana saya suka melihat bagaimana sesuatu acara boleh dihidupkan dengan sentuhan peribadi. Jika cinta pertama saya adalah hiburan, maka design dan event hosting adalah cinta kedua yang memberikan kepuasan sama tetapi dalam bentuk yang berbeza.
Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Bagi saya, good style tidak bermaksud perlu berlebihan atau terlalu mencuba. Ia tentang keseimbangan antara keselesaan, keyakinan, dan originality. Bila seseorang terlalu berusaha untuk menarik perhatian, gaya itu hilang sentuhannya. Good style datang apabila kita berpakaian dengan rasa selesa, tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri, dan tampil dengan yakin tanpa perlu menjelaskan apa-apa. “Effortless but presentable”. itu kunci sebenar gaya yang baik bagi saya.
Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri yang diceburi?
Menjadi seorang ‘boss’ bukan bermaksud segalanya berpusat pada diri sendiri. Ia tentang kepimpinan; dan kepimpinan yang baik datang dengan empati, kepercayaan, serta hubungan yang kukuh dengan orang di sekeliling kita. Tanpa sokongan mereka, tiada siapa boleh digelar ‘boss’ sebenar. Dalam industri ini, saya belajar bahawa untuk terus relevan, kita perlu menghargai orang di sekeliling, memahami peranan masing-masing, dan sentiasa berkembang bersama. Being a boss means knowing your people, and growing with them.
Artikel berkaitan: AWAL ASHAARI IS BACK ON THE COVER OF GLAM LELAKI!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.











