GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Teks & temu bual, BATRISYIA FAISAL
IQIE, VOKALIS & GITARIS INSOMNIACKS, DINOBATKAN SEBAGAI “STAIL TERBAIK”-GL THE MAN AWARDS 2025. STAIL YANG SENTIASA LUAR BIASA, MODEN, BERANI DAN MENCERMINKAN PERJALANAN SENINYA DALAM MUZIK. SETIAP PENAMPILAN ADA CERITA DAN IA TENTANG BAGAIMANA MUZIK DAN FESYEN BERSATU.
Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?
Tahun 2020 penuh dengan ketidaktentuan tentang masa depan, terutamanya ketika pandemik COVID-19. Untuk saya dan Insomniacks, kami tidak pasti bagaimana industri muzik akan berubah berbanding sebelumnya. Kami selalu ingatkan diri kami, selagi kami ikhlas dengan karya kami, semuanya akan baik. Alhamdulillah, lima tahun kemudian, kami masih berkembang dan menikmati perjalanan ini.
Tahun ini, kami genap 10 tahun. Saya bukanlah tidak sangka kami boleh berada sejauh ini, kerana kesetiaan terhadap kumpulan ini memang sudah ada sejak awal lagi.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Risiko terbesar yang saya dan banda saya, Insomniacks pernah ambil ialah apabila salah satu lagu kami ditolak oleh label dan hampir dibatalkan. Namun, kami tetap berkeras untuk meneruskannya. Bagi kami, jadi atau tidak, biarlah. Akhirnya lagu itu menjadi satu hits yang mengubah hidup kami, Pulang.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Saya minat bersukan, terutamanya bola sepak. Saya mula bermain bola pada umur 15 tahun, agak lewat berbanding orang lain. Tapi sampai sekarang ia jadi salah satu minat utama saya selain muzik. Pasukan kegemaran saya ialah Arsenal.
Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Bagi saya, gaya yang baik bukan diukur daripada apa yang seseorang itu pakai, tetapi sejauh mana dia selesa dengan apa yang dipakai. Keselesaan itu paling penting.
Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri hiburan?
Dengan team saya yang sentiasa saling menyokong. Itu yang buat saya rasa seperti seorang ‘Boss’. Saya tak terlalu fikir tentang relevan atau tidak. Selagi orang yang saya sayang masih bersama saya, itu sudah cukup.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini. Industri fesyen tanah air kini semakin rancak berkembang. Rekaan pereka tempatan mula mendapat tempat di pentas peragaan dunia. Bakat kreatif anak watan ini berjaya menarik perhatian selebriti antarabangsa. Ini adalah 5 pereka fesyen lelaki Malaysia yang…
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.











