10 LAGU TERBAIK SYAMEL & ERNIE ZAKRI MENURUT GLAM LELAKI
Syamel dan Ernie Zakri merupakan antara pasangan penyanyi paling serasi dan berbakat dalam industri muzik Malaysia. Bukan sahaja dikenali kerana kehebatan vokal masing-masing, malah mereka juga sering menghasilkan lagu-lagu yang menyentuh hati dan berkualiti tinggi.
Sempena konsert ‘EMPAT’ (bersama Ziana Zain dan Anuar Zain) yang bakal berlangsung minggu ini, GLAM Lelaki senaraikan 10 lagu terbaik hasil nyanyian mereka, sama ada secara solo atau duet, yang wajib didengari.
Masing-Masing (Ernie Zakri feat. Ade Govinda) (2023)
Lagu ini menceritakan kisah cinta yang tidak kesampaian dan pilihan hidup yang berbeza. Dinyanyikan bersama Ade Govinda, “Masing-Masing” menyentuh hati dengan lirik yang penuh makna serta gandingan vokal yang sangat harmoni. Lagu ini juga melayakkan Ernie mengungguli kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) baru-baru ini.
Boneka (2020)
Lagu ini merupakan salah satu karya solo Ernie Zakri yang menonjolkan keunikan vokalnya serta kekuatan emosi dalam penyampaian. Lagu ini turut menjadi finalis Anugerah Juara Lagu dan mendapat pujian kerana susunan muzik yang dramatik dan lirik yang mendalam.
Hamba Cinta (2024)
Lagu ini dilancarkan Syamel pada 2024. Salah satu lagu solo Syamel yang meneroka genre baharu dan mencari kelainan. Satu percubaan matang Syamel dalam kariernya. Lagu berentak pop jazz itu dilihat sedikit lari daripada kebiasaan lagu-lagu Syamel yang biasanya, pop balada. Lagu ini mengisahkan kisah hati yang menimpa sebuah perhubungan. Kasih sayang dan pengorbanan yang dibina akhirnya sia-sia kerana pengkhianatan.
Ku Bersuara (2019)
Salah satu lagu solo Ernie yang memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk bersuara dan bangkit dari kesakitan. Lagu ini bukan sahaja mempamerkan kekuatan vokal Ernie, tetapi juga membawa mesej pemberdayaan yang kuat. Antara lagu yang menjadi peminat Ernie untuk dinyanyikan sewaktu sesi karaoke.
Aku Cinta (2017)
Lagu ini merupakan antara duet pertama Syamel dan Ernie yang melonjakkan nama mereka sebagai pasangan duet yang serasi. Ia menjadi kegemaran ramai kerana melodi balada yang indah dan lirik yang romantik. Lagu ini bercerita mengenai cinta yang tidak kesampaian, namun perasaan itu tetap akan hadir sampai bila-bila.
Goodbye Hello (2021)
Sebuah lagu yang membuktikan keberanian mereka untuk bereksperimen dengan genre pop moden. Lagu ini lebih segar dan catchy, sesuai untuk generasi muda.
Gundah (2019)
Lagu solo Ernie yang menonjolkan sisi emosi dan kematangan vokalnya. Ia menunjukkan keupayaan Ernie menyampaikan lagu dengan penuh perasaan. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Ernie bersama Sharon Paul. Menurut Ernie lagu ini ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintainya.
Sampai Tua (2023)
Lagu duet romantik Syamel dan Ernie ini mengisahkan janji cinta sejati hingga ke akhir hayat. Dengan lirik yang menyentuh dan melodi yang tenang, “Sampai Tua” menjadi pilihan ramai pasangan sebagai lagu cinta abadi.
Hidup Dalam Mati (2015)
Antara lagu solo terbaik Syamel yang melonjakkan namanya dalam industri. Lagu ini penuh dengan emosi dan teknik vokal yang tinggi, menjadikannya antara lagu balada terbaik dalam sepanjang kerjaya seni Syamel. Sebuah lagu yang memperkenalkan Syamel dalam bidang seni hiburan.
Hal Hebat (Ernie Zakri feat. Govinda) (2022)
Kolaborasi istimewa antara Ernie dan band Indonesia, Govinda. “Hal Hebat” menonjolkan kemampuan Ernie menyesuaikan diri dalam genre muzik seberang sambil mengekalkan kekuatan vokalnya. Lagu ini mengisahkan kehebatan cinta sejati dan menjadi bukti keupayaan Ernie dalam pelbagai genre muzik.
Artikel berkaitan: 5 LAGU ERA BAHARU AFGAN YANG ‘BEST’ DIDENGAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NAJMI NIERY
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
ERNIE ZAKRI CIPTA SEJARAH DI PENTAS ANUGERAH INDONESIA
Rezeki mengiringi penyanyi genit bersuara merdu, Ernie Zakri apabila dinobat sebagai pemenang anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di Anugerah Muzik SCTV 2024.
“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.