Skip to content

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Kongsikan artikel ini

Teks & Temubual: BATRISYIA FAISAL

GLAM Lelaki bawakan pelakon versatil Amir Ahnaf sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025. 

Istimewa buat isu cetakkan September 2025 GLAM Lelaki, kami bawakan tujuh pelakon lelaki di dalam industri lakonan tempatan mewakili Men In Cinema pilihan GLAM Lelaki. Dunia perfileman lokal terus berevolusi, dan bersama arus perubahan itu, muncul barisan pelakon lelaki generasi baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencabar batas konvensional. “Men in Cinema” merakamkan detik kebangkitan wajah-wajah baharu yang kini mendefinisikan semula maskuliniti di layar perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#1 Berkait dengan tema kali ini, Men In Cinema, apakah erti menjadi Men In Cinema bagi anda pada zaman sekarang?

Bagi saya, Men In Cinema adalah simbol kepercayaan. Kepercayaan itu datang dari pelbagai sumber iaitu pengalaman peribadi, pendidikan atau budaya. Mungkin, melalui karakter juga saya dapat kongsikan idea dan perspektif tentang budaya, pendidikan, dan juga kepercayaan. 

#2 Bagaimana sinema membentuk pandangan anda terhadap maskuliniti?

Pada masa dahulu, sinema adalah medan penyebaran propaganda. Namun, kini sinema juga utuh sebagai medan ilmu. Maksud maskuliniti tidak lari jauh dari kekuatan, keberanian, kemerdekaan, kepimpinan dan penguasaan. Sinema adalah medium dimana rakyat boleh melihat cerita disebalik maksud rasa yang dipaparkan. Bukan sekadar kuat dalam maskuliniti, tetapi ada kelembutannya. Bukan sekadar berani dalam maskuliniti, tetapi ada hemahnya.

#3 Pada pandangan anda, apakah salah tanggapan terbesar orang ramai terhadap pelakon lelaki?

Saya percaya setiap lelaki membesar dengan cara yang berbeza bermaksud tidak semua pelakon lelaki membesar dengan cara yang sama. Jadi berhentilah beranggap dan menganggap, mulalah untuk rasa dan mendengar apa yang mereka kongsikan melalui lensa. 

#4 Bagaimana anda melihat perkembangan representasi lelaki dalam dunia sinema?

Saya cukup gembira, kerana kelangsungan dan kesihatan dunia sinema kembali ‘on track’ setelah sekian lama tenggelam dek arus zaman. Semakin ramai lelaki yang tidak malu menunjukkan kejantanan emosi di dalam lensa, mengetepikan toksik maskuliniti yang mengatakan anak lelaki tidak boleh menangis. Lelaki boleh menangis jika diajar dengan cara yang betul. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

#5 Apakah filem pertama yang benar-benar menyentuh hati anda? Membuatkan anda rasa sangat dekat bagaikan anda berada di dalam filem tersebut?

Home Alone dan setiap satu franchise-nya. 

#6 Watak lelaki manakah dalam filem yang menurut anda paling ikonik sepanjang zaman, dan mengapa?

Peliknya, saya sentiasa terdorong dengan kebaikan satu karakter walaupun karakter itu jahat. Saya akan sentiasa mencari titik kebaikan itu kerana saya percaya, walau kebaikan itu sekecil zahrah sekalipun ia mampu mengubah perspektif manusia yang melihat di sinema. Apatah lagi di dunia realiti. Setiap karakter itu unik. 

#7 Bagaimana cara anda untuk kekal relevan sebagai salah seorang pelakon lelaki di dalam industri lakonan yang besar di Malaysia?

Teruskan bermain dengan karakter yang menarik. Sentiasa cabar diri dan tingkatkan lagi mutu lakonan dari hari ke hari. 

#8 Bagaimana karakter anda ketika di zaman kanak-kanak?

Saya seorang yang senang dan ceria. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

#9 Apakah impian dalam karier lakonan anda?

Untuk menjadi seorang anak melayu yang membawa nama ke persada dunia. 

#10 Bagaimana dengan impian dalam kehidupan?

Untuk membina sebuah keluarga yang cantik bangsa dan budaya. 

#11 Jika tiada sebarang batas dalam industri, apa yang anda ingin lakukan?

Saya ingin terbang 😉

Pautan berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

zizi kirana

7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN

Bacaan Lanjut

NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC

Bacaan Lanjut

EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE

Bacaan Lanjut
JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI

Bacaan Lanjut
PELAKON GEN Z WAJAH BARU PENUH AURA TERSENDIRI.

ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI

Bacaan Lanjut

MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.

Bacaan Lanjut