POP-UP ROSIE DARI ROSÉ KINI HADIR KE PULAU PINANG
Pop-up Rosie dari ROSÉ kini menjejakkan kaki ke Pulau Pinang selepas kejayaannya di Kuala Lumpur pada Jun 2025 yang lalu.
Selepas debut yang mengujakan di Kuala Lumpur pada Jun 2025, ikon global K-pop, ROSÉ kini membawakan pop-up store Rosie ke Pulau Pinang selepas kejayaan siri pop-up di Tokyo, Seoul, New York, Hong Kong dan Kuala Lumpur awal tahun ini, edisi Penang bakal berlangsung dari 27 Oktober hingga 2 November 2025. Bertempat di Gurney Plaza Shopping Centre, ia menawarkan pengalaman imersif yang membawa para peminat menyelami dunia album solo debut ROSÉ, Rosie.

Pop-up ini dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Rosie bakal menampilkan barangan eksklusif, instalasi interaktif, serta peluang untuk memenangi koleksi barangan edisi terhad yang pastinya menjadi buruan peminat.
Pop-up Rosie Dibawakan oleh ALLSTAR IP
Rosie pop-up ini dibawakan khas kepada para peminat oleh ALLSTAR IP, pemegang hak eksklusif untuk barangan rasmi Rosie di Malaysia. Sebagai syarikat peneraju dalam bidang pelesenan jenama dan pengurusan harta intelek, ALLSTAR IP memainkan peranan penting dalam membawa barangan eksklusif dan pengalaman bermakna kepada peminat tempatan.
“Kami sangat teruja untuk membawa pop-up ‘Rosie’ ke Malaysia. Ia memberikan peminat peluang untuk mendapatkan kandungan serta barangan eksklusif yang tidak boleh didapati di tempat lain. Acara ini mencerminkan komitmen kami untuk menghubungkan budaya pop global dengan penonton tempatan melalui cara yang menarik dan autentik,” ujar Esther Goh, Pengarah Syarikat ALLSTAR IP.

Sorotan Utama Pop-up ‘Rosie’
Dapatkan koleksi pakaian dan aksesori edisi terhad yang diinspirasikan oleh album Rosie. Selain itu, termasuk rekaan yang memaparkan motif daripada lagu-lagu popular seperti “Number One Girl”. Nikmati juga latar belakang dan paparan imersif yang membawa pengunjung menyelami tema album Rosie. Ia merupakan perjalanan penemuan diri dan kisah patah hati yang penuh emosi oleh ROSÉ.
Eksklusif:
• Setiap pembelian akan menerima dua rekaan photocard eksklusif.
• Belanja minimum RM199 untuk mendapatkan Photocard A edisi terhad eksklusif Penang.
• Belanja minimum RM399 untuk mendapatkan Photocard A & B edisi terhad eksklusif Penang.

Butiran Pop-up Store Rosie
Tarikh: 27 Oktober – 2 November 2025.
Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam setiap hari.
Lokasi: Gurney Plaza Shopping Centre – Main Wing, Aras Bawah,
Gurney Drive, Pulau Tikus, 10250 George Town, Pulau Pinang.
Pautan berkaitan: SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











