Skip to content

LECLERC TERKEJUT GEMBIRA DENGAN PODIUM MENDADAK DI MEXICO, FERRARI NAIK KE TEMPAT KEDUA DALAM KEJUARAAN PASUKAN

Kongsikan artikel ini

Charles Leclerc, meneruskan momentum positifnya apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix Mexico City 2025 di tempat kedua. Seminggu selepas menaiki podium di Austin. Hasil itu bukan sahaja memberi kejutan manis buat pemandu Monaco itu, tetapi turut melonjakkan Ferrari ke kedudukan kedua dalam Kejuaraan Konstruktor, mengatasi Mercedes.

LECLERC

Bermula dari petak kedua, Leclerc antara empat jentera yang bersaing sengit menuju selekoh pertama. Walaupun terpaksa berpuas hati di belakang Lando Norris (McLaren), kedudukannya sering digugat oleh Max Verstappen (Red Bull)sepanjang 71 pusingan perlumbaan. Namun, strategi yang bijak serta kehadiran Virtual Safety Car di penghujung perlumbaan memberi kelebihan kepada Leclerc untuk mengekalkan posisi podium.

“Saya sangat gembira dengan hujung minggu ini,” ujar Leclerc selepas perlumbaan. “Kami tidak menjangka keputusan seperti ini. Untuk berada di podium sekali lagi memang satu kejutan yang indah. Saya benar-benar berterima kasih kepada pasukan atas kerja keras mereka.”

Leclerc turut mengakui bahawa insiden di selekoh pertama antara dirinya, Lewis Hamilton dan Max Verstappen hampir menamatkan perlumbaan mereka lebih awal. Namun, pengalaman dan ketenangan jelas membantunya mengawal situasi genting tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FORMULA 1® (@f1)

Dengan hanya empat perlumbaan berbaki, termasuk Grand Prix São Paulo pada 7 hingga 9 November. Leclerc menyifatkan dua podium berturut-turut ini sebagai bukti kemajuan pasukan Ferrari.

Kejayaan ini sekali lagi menegaskan bahawa semangat juang Ferrari masih menyala. Dan bagi Charles Leclerc, podium di Mexico bukan sekadar kejutan tetapi satu isyarat bahawa kuda jantan merah itu masih punya tenaga untuk menamatkan musim dengan penuh bergaya.

Artikel Berkaitan: PIASTRI RAIH KEMENANGAN DRAMATIK DI GRAND PRIX BELANDA.

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR

ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR

Bacaan Lanjut
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut