Skip to content

8 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI 'HOLY GRAIL' BUAT LELAKI

5 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI ‘HOLY GRAIL’ BUAT LELAKI

Kongsikan artikel ini

Bagi lelaki yang tahu nilai gaya dan keyakinan diri, memiliki produk grooming yang betul ibarat menemui holy grail peribadi.

Dalam dunia lelaki moden hari ini, rutin grooming bukan lagi sekadar mencukur dan menyembur deodoran. Ia tentang menjaga diri dari hujung rambut hingga ke hujung dagu. Ini semua agar anda sentiasa tampil kemas, segar dan berkeyakinan sebagai seorang lelaki. Sama ada anda seorang minimalis atau grooming enthusiast, berikut antara 10 produk “holy grail” yang menjadi pilihan lelaki moden untuk gaya yang effortless tetapi refined.

#1 Aesop Moroccan Neroli Shaving Duet

Produk shaving premium ini direka khas untuk lelaki yang mahukan pengalaman mencukur yang halus dan mewah. Teksturnya lembut dan aromanya maskulin—sesuai untuk anda yang sudah mempunyai rutin penjagaan kulit yang rapi dan ingin menaik taraf pengalaman mencukur harian.

PRODUK HOLY GRAIL GROOMING

#2 Aveda Men Pure‑Formance Grooming Cream

Krim gaya rambut yang ringan tetapi efektif untuk tampilan kemas dan natural. Memberi pegangan lembut tanpa rasa melekit. AvedaMen merupakan pilihan tepat untuk mereka yang sukakan gaya sleek dan effortless, sama ada ke pejabat mahupun acara santai hujung minggu.

PRODUK HOLY GRAIL GROOMING

#3 Salt & Stone Santal & Vertier Natural Deodarant

DeodoranT semula jadi dengan bauan santal dan vetiver yang maskulin, elegan, dan tahan lama. Formulanya bebas aluminium dan menggunakan bahan semula jadi seperti shea butter serta probiotik untuk mengawal bau tanpa mengeringkan kulit. Sesuai untuk lelaki yang aktif tetapi mahukan produk yang mesra kulit dan selamat digunakan setiap hari — ia memberikan kesegaran premium tanpa meninggalkan kesan pada pakaian putih atau hitam anda.

#4 Schick Hydro5 Kit

Antara kit pisau cukur paling praktikal dan mudah didapati di pasaran. Dengan harga mampu milik dan reka bentuk ergonomik, ia memastikan setiap cukuran lebih selesa tanpa iritasi kulit — pilihan ideal untuk lelaki aktif dengan rutin cepat tetapi teliti.

#5 Bath & Body Works Men’s Grooming Kit Gift Box Set

Satu set lengkap yang bukan sahaja sesuai dijadikan hadiah, tetapi juga indulgence untuk diri sendiri. Dengan kombinasi sabun badan, losyen dan mist, ia memberi pengalaman grooming yang wangi dan menyegarkan setiap kali digunakan.

Pautan berkaitan: KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RUTIN GROOMING LELAKI 2025: LEBIH DARIPADA ‘CUKUR & SIKAT’

RUTIN GROOMING LELAKI 2025: LEBIH DARIPADA ‘CUKUR & SIKAT’

Bacaan Lanjut

TIGA HARUMAN BAHARU SETIAP LELAKI MESTI MILIKI

Bacaan Lanjut
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
kulit berjerawat

KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI

Bacaan Lanjut

COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS

Bacaan Lanjut
lelaki kulit kusam

5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut