PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
Dunia fesyen lelaki Malaysia kini berada di ambang perubahan besar. Jika dahulu rekaan untuk lelaki hanya tertumpu pada sut klasik dan potongan formal yang konservatif, kini ia berkembang menjadi satu bentuk seni yang menyatukan tradisi, inovasi dan naratif peribadi. Pereka tempatan mula berani bereksperimen. Bukan sekadar menghasilkan pakaian, tetapi mencipta identiti baharu untuk lelaki moden Malaysia di pentas global.
Hatta Dolmat — Antara Klasik dan Kesedaran Alam
Nama Hatta Dolmat tidak asing dalam dunia fesyen tanah air. Dikenali dengan sentuhan elegan dan potongan kemas, Hatta bukan sahaja menghasilkan rekaan yang menawan mata, tetapi juga sarat dengan nilai kesedaran terhadap kelestarian alam. Koleksi eco-fashion yang diperkenalkannya membuktikan bahawa gaya dan tanggungjawab sosial boleh bergerak seiring. Untuk lelaki moden, Hatta mencipta potongan yang bersih namun tetap berkarakter. Pakaian yang menterjemahkan gaya hidup sofistikated tanpa kehilangan sentuhan kemanusiaan.
Bon Zainal — Legasi Tailoring yang Tidak Lapuk
Bon Zainal ialah simbol keunggulan bespoke menswear Malaysia. Bertahun-tahun beliau mengekalkan reputasi sebagai pakar sut yang memahami bukan sahaja anatomi lelaki, tetapi juga personalitinya. Setiap rekaan Bon memancarkan rasa yakin dan matang. Bagaikan sut menjadi perisai kepada seorang lelaki yang melangkah penuh karisma. Dalam dunia yang semakin kasual, Bon kekal relevan dengan memadukan keanggunan klasik dan citarasa moden, menjadikan tailoring sebagai seni yang tidak pernah kehilangan jiwa.
View this post on Instagram
A post shared by MISS INTERNATIONAL MALAYSIA (@missinternationalmalaysia)
Justin Yap — Eksperimen dan Tenaga Baharu
Sebagai antara wajah yang dikenali dalam dunia rekaan lelaki Malaysia, Justin Yap membawa nafas kontemporari yang segar. Karya-karyanya sering dilihat sebagai jambatan antara tradisi Asia dan sensibiliti antarabangsa. Justin memahami bagaimana pakaian boleh membentuk emosi dan naratif. Lelaki yang memakai Justin Yap tidak hanya berpakaian — mereka perform gaya mereka dengan penuh keyakinan.
Kit Woo — Arus Avant-Garde Lelaki Malaysia
Jenama Kitwoo pula antara kuasa baharu yang mentransformasi fesyen lelaki Malaysia ke tahap global. Pendekatannya jelas, seni dan fesyen adalah satu bahasa yang sama. Rekaan Kit Woo sering mencabar bentuk tradisional pakaian lelaki dengan siluet tidak konvensional, permainan struktur, dan elemen gender-fluid aesthetics. Ia bukan sekadar pakaian, tetapi satu pernyataan bahawa gaya ialah kebebasan.
MSYD
MSYD muncul sebagai salah satu kuasa baharu dalam dunia fesyen lelaki Malaysia, membawa perspektif segar terhadap streetwear tempatan. Di MSYD, visi mereka jelas: menyemarakkan streetwear dengan gabungan estetika avant-garde dan naratif budaya. Setiap rekaan bukan sekadar pakaian, tetapi medium untuk bercerita tentang identiti, perjalanan peribadi, dan keberanian menonjolkan diri yang sebenar. MSYD komited untuk menghasilkan karya yang berani, ekspresif, dan menonjolkan keaslian. Potongan dan fabrik dipilih dengan teliti untuk mencerminkan inovasi dan kreativiti, memastikan setiap helai pakaian bukan sekadar fesyen, tetapi lambang individualiti pemakainya
Masa depan fesyen lelaki Malaysia jelas tidak lagi tentang meniru gaya Barat. Sebaliknya, ia tentang menemukan suara sendiri. Pereka muda kini semakin berani menonjolkan identiti tempatan — menggabungkan unsur warisan seperti songket, batik atau potongan baju Melayu ke dalam siluet moden. Gerakan ini bukan nostalgia, tetapi reinterpretasi — cara baharu untuk memperkenalkan keindahan budaya Malaysia kepada dunia.
Kini, ia bukan sekadar pada potongan atau fabrik — tetapi pada falsafah di sebalik rekaan itu sendiri. Ia tentang membina jati diri melalui gaya, tentang keberanian menonjolkan keaslian, dan tentang semangat untuk terus bereksperimen. Dari tangan Hatta Dolmat ke sentuhan Bon Zainal, dan imaginasi Justin Yap, masa depan itu sedang dicipta — satu jahitan demi satu, di atas fabrik impian dan cita rasa yang semakin matang.
Pautan berkaitan: ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











