Skip to content

JENAMA DENGAN KEMPEN MUSIM PERCUTIAN UNTUK ANDA BELI-BELAH

JENAMA DENGAN KEMPEN MUSIM PERCUTIAN UNTUK ANDA BELI-BELAH

Kongsikan artikel ini

Musim percutian akan sentiasa penuh dengan kempen percutian yang menarik anda untuk membeli-belah buat diri sendiri dan orang tersayang.

Musim percutian kini tiba, membawa semangat keriangan, kehangatan, dan momen istimewa bersama insan tersayang. Jenama-jenama mewah menampilkan kempen khas musim percutian yang bukan sekadar mempamerkan produk, tetapi mencipta pengalaman membeli-belah yang unik dan mengasyikkan. Dari koleksi hadiah berkilau yang memukau, wangian ikonik, solekan eksklusif, hingga aksesori dan perhiasan yang elegan. Setiap kempen direka dengan teliti untuk menyalakan semangat perayaan dan menampilkan kreativiti, warisan, dan gaya tersendiri jenama. Ia bukan sekadar membeli hadiah. Tetapi, merasai keajaiban musim percutian melalui setiap rekaan, setiap kemasan, dan setiap cerita di sebalik produk. Ia menjadikan setiap pilihan hadiah lebih bermakna dan meninggalkan kenangan abadi. Dengan panduan, pilihan peribadi, dan sentuhan eksklusif, kempen ini membantu anda menemui hadiah sempurna untuk setiap insan dalam senarai anda sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang penuh inspirasi dan kegembiraan.

#1 Coach

Coach melancarkan “The Gift for New Adventures”, kempen percutian terbaharu yang menampilkan jenama ini sebagai destinasi hadiah utama untuk mencetuskan keyakinan di tahun baharu. Menampilkan duta global Elle Fanning dan Charles Melton, bersama Kōki, SOYEON, Griff dan Ravyn Lenae, kempen ini meraikan semangat Courage to Be Real melalui gaya dan personaliti unik setiap bintang. Dalam rangkaian vignette yang ditampilkan, beg Coach digambarkan sebagai teman setia ketika mereka memulakan pelbagai pengembaraan baharu. Daripada perjalanan, hobi lama, hingga momen inspirasi sendiri. Ia menjadi simbol keyakinan, keselamatan dan ekspresi diri saat mereka berani memilih laluan baharu.

#2 The Ordinary

The Ordinary memudahkan musim percutian ini dengan enam set hadiah siap sedia. Setiap satu dikurasi dengan teliti untuk semua jenis kulit dan rutin kecantikan. Dilancarkan pada 30 September 2025, koleksi ini menampilkan formulasi kegemaran ramai bersama pouch boleh guna semula, aksesori dan saiz mini praktikal. Antara pilihan termasuk The Soothing & Barrier Support Serum Set (RM58) untuk menenangkan dan menguatkan skin barrier. The Mini Icons Set (RM131) yang menghimpunkan produk mini bersama kapas boleh guna semula. Selain itu, The Lip & Lash Set (RM112) dengan serum bulu mata/kening bersaiz penuh dan balm bibir. Dengan tambahan set eksklusif lain untuk setiap keperluan kulit, The Ordinary menjadikan pemberian hadiah lebih mudah, berkesan dan bermakna.

#3 Montblanc

Montblanc menyambut musim perayaan dengan kempen Happy Holidays, meraikan semangat menulis, mengembara dan memberi hadiah. Diinspirasikan daripada warisan penulisan dan perjalanan Maison, koleksi kapsul Happy Holidays menggabungkan elemen elegan dan praktikal. Kempen yang menampilkan Waris Ahluwalia, Rupert Friend, Joey King, Daniel Brühl dan Esther McGregor ini menggambarkan keriangan musim percutian dengan pilihan item Montblanc yang dikurasi rapi—sempurna sebagai hadiah bermakna.

kempen percutian

#4 Jo Malone

Tumpuan utama buat Jo Malone untuk musim ini ialah Sandalwood & Spiced Apricot Cologne baharu. Haruman hangat dan menenangkan yang menangkap kehangatan suasana perjumpaan hujung tahun. Koleksi ini turut merangkumi Twelve Day Ornament Collection yang dipenuhi miniatur istimewa, serta The Art Of Entertaining Collection. Himpunan mewah untuk tuan rumah yang ingin tampil sempurna. Pilihan perayaan lain turut kembali, termasuk Orange Bitters dalam bentuk cologne, lilin dan diffuser. Fragrant Festivities Cologne Sets yang boleh dikumpul, semuanya dibalut indah dalam gaya ikonik Jo Malone London.

#5 escentials

escentials menyambut Krismas dengan tema “Knotty & Nice”, menggabungkan elemen elegan dan nakal dalam satu koleksi perayaan mewah. Diilhamkan oleh reben merah besar yang menjadi simbol dualiti, antara keanggunan dan kenakalan, klasik dan kontemporari. Koleksi ini hadir sebagai pengalaman deria yang memikat, sama ada di butik mahupun dalam talian. Antara pilihan eksklusif termasuk Acqua di Parma Advent Calendar dan Buongiorno Set, himpunan mewah Amouage Guidance dan Purpose Gift Set, koleksi sensual Kilian Angels’ Share dan Good Girl Gone Bad, set ikonik Frederic Malle Portrait of a Lady. Serta, pilihan memukau dari Penhaligon’s seperti Halfeti dan Luna Set. Mewah, playful dan penuh pesona, escentials menawarkan hadiah yang menggembirakan. Sama ada untuk mereka yang sedikit knotty atau yang selalu nice.

#6 Louis Vuitton

Louis Vuitton mempersembahkan kempen percutian “Le Voyage des Lumières”, sebuah kisah memukau yang membawa penonton mengembara dari Asnières ke langit Paris dan pemandangan aurora yang magis, sebelum kembali ke Pont Neuf yang diterangi ribuan lentera. Diarahkan Jonas Lindstroem, kempen ini menampilkan detik hangat musim sejuk. Tawa di sisi unggun api, permainan backgammon, muzik, dan momen romantis. Turut menampilkan model dari Malaysia, Ridzman Zidaine di dalam kempen mereka, warisan pertukangan jenama melalui paparan beg ikonik seperti My Capucines, Speedy P9, Side Trunk, Christopher backpack, serta wangian dan perhiasan Louis Vuitton turut ditonjolkan. “Le Voyage des Lumières” meraikan semangat kembara dan keajaiban perayaan, dilancarkan mulai 1 November di lightbox, diikuti laman web dan platform sosial.

kempen percutian

#7 Armani Beauty

Armani beauty memperkenalkan “Holidayrama”, sebuah dunia perayaan penuh glamor dan sinematik yang menyinari musim cuti dengan kemeriahan berkilauan. Dalam suasana yang dipenuhi tona merah, biru dan perak yang mempesona, kempen yang dibintangi Greta Ferro dan Madisin Rian ini menangkap mood perayaan yang tidak berkesudahan. Merangkumi hadiah dalam warna perak, merah, emas dan biru gelap, “Holidayrama” menampilkan pilihan ikonik daripada haruman Sì dan Acqua di Giò. Selain itu, produk asas solekan seperti Lip Magnet dan Eye Tint, hinggalah ke Advent Calendar edisi terhad. Armani beauty turut menawarkan sentuhan peribadi seperti hiasan botol khas dan ukiran nama atau mesej untuk menjadikan setiap hadiah lebih istimewa dan bermakna.

kempen percutian

#8 Chaumet

Chaumet membawa anda menyelami pencarian harta penuh emosi musim perayaan, merayakan pertemuan dan reunion yang menyertainya. Di tengah-tengah Paris yang legenda dan berkilau dengan sentuhan moden, kisah ini berlangsung di antara bumbung bersalut zink dan Place Vendôme bersalji. Ia merupakan tempat di mana keajaiban berlaku. Dalam permainan hide-and-seek yang menyeronokkan ini, kotak biru Chaumet melambangkan keterujaan, kejutan dan penemuan. Ia menyingkap hadiah berharga seperti Bee de Chaumet, Liens dan Joséphine. Karya luar biasa yang menonjolkan kreativiti dan kepakaran Maison. Saatnya menyertai pengembaraan ini dan temui hadiah impian anda, berkilau dengan emas dan berlian.

kempen percutian

#9 Dior

Bersempena sambutan hujung tahun, Dior mempersembahkan sebuah filem penuh jenaka yang membawa penonton menyusuri labirin memukau dengan sentuhan nakal. Dunia Dior dan pelbagai aspeknya terungkap satu demi satu, dipenuhi kegembiraan memberi, mengejutkan, dan menginspirasikan impian. Siluet bak musa yang menawan membimbing kita melalui liku-liku taman yang menakjubkan. Sementara arkib 30 Montaigne terdedah melalui cermin magis dan jamuan megah disinari cahaya talismanik daripada pesona bertuah Maison. Seperti bayangan yang mempesona, ciptaan Dior hidup di depan mata. Daripada pakaian, jam tangan, perhiasan, set pinggan mangkuk, hingga koleksi kanak-kanak. Mereka menampilkan kehalusan dan keanggunan Dior yang memikat untuk dinikmati dalam setiap imej.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RAYA PENUH GAYA: RAIKAN KEMERIAHAN DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

PERTUNJUKAN 3D INTERAKTIF SEPHORA MALAYSIA YANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut