“TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN.” – HAJJAR
GL Girl Crush kali ini membawa Hajjar, seorang pelakon baharu yang sedang membina nama dengan bakat versatilnya dalam dunia hiburann terkini.
Ada yang mengenalinya sebagai model, pempengaruh atau pengacara. Ada juga yang mengenalinya sebagai Dahlia, ‘adik annoying’ Erysha Emyra atau Kalsom dari drama bersiri Rumah Tanpa Luka. Mungkin buat peminat Insomniacks, anda mengenali Hajjar menerusi muzik video lagenda Pulang? Bakat yang begitu besar buat anak gadis muda ini. Dengan wajahnya yang unik, cukup mudah untuk mengenali Hajjar di kaca TV, mahupun media sosial. GL Girl Crush kali ini cukup berbakat, dan menawan. Mari kenali Hajjar dengan lebih dekat bersama GLAM Lelaki.
1. Hajjar dalam 3 patah perkataan?
Tegas. Mesra. Spontan.
Tegas bila perlu, mesra bila wajar, dan spontan — kerana hidup terlalu singkat untuk terlalu serius setiap masa.
2. Apakah perkembangan terkini Hajjar?
Saya sedang cuba menghasilkan produk sendiri, buatan tempatan sepenuhnya. Ia masih dalam proses, tapi sesuatu yang sangat dekat dengan hati saya. Saya suka mencipta sesuatu yang bermakna dan autentik.
3. Ramai mengenali Hajjar sebagai seorang pelakon. Apa lagi yang dilakukan oleh Hajjar, yang orang ramai perlu tahu?
Saya seorang yang sangat mementingkan privasi. Dunia ini semakin terbuka, tapi bagi saya — tak semua benda perlu dikongsi. Ada nilai dalam ‘misteri’.
4. Siapakah girl crush and boy crush Hajjar?
Norah Jones dan Keanu Reeves.
Tenang, berbakat, dan ada depth. Mereka tak perlu banyak bercakap untuk buat orang rasa — itu definisi karisma yang sebenar bagi saya.
5. Siapakah inspirasi Hajjar dalam hidup?
Arwah nenek saya. Dia simbol kekuatan yang lembut, dan kebijaksanaan yang saya masih belajar sampai hari ini.
6. Red flags ketika temu janji pertama?
Saya tahu apabila seseorang itu bukan untuk saya. Naluri selalunya tidak menipu.
7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?
Kehilangan privasi. Kadang-kadang orang lupa bahawa kami juga manusia yang perlukan ruang untuk bernafas.
8. Gambarkan lelaki idaman Hajjar?
Lelaki yang berpendirian, matang, dan ada ilmu agama yang cukup untuk membimbing saya — bukan sekadar menemani.
9. Jika anda berpeluang untuk bekerjasama dengan seorang pelakon, tidak kisah dari mana, masih hidup atau tidak, siapa itu?
Uncle Ng Man-Tat. Saya kagum dengan caranya menghidupkan watak. Setiap lakonannya punya roh tersendiri.
10.Kamu rasa lelaki itu seksi bila…
Dia tahu bila untuk diam. Ada kuasa dalam ketenangan.
Pautan berkaitan: 6 PERKARA TENTANG ‘INFLUENCER’ POPULAR KASIH IRIS LEONA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEBIH DARIPADA PELAKON: ARENA WAN & KEBERANIAN MEMILIH DIRI SENDIRI
Nama muda yang cukup dikenali, Arena Wan ialah pelakon generasi baharu yang bakal melakar dunia lakonan tempatan.
ARABELLA ELLEN, GADIS MUDA SEMAKIN MENYERLAH
Di barisan bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri hiburan, nama Arabella Ellen terus mencuri perhatian.
6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025
Barisan selebriti wanita pada tahun 2025 masing-masing menyerlah dengan cara tersendiri dari segi lakonan, nyanyian, perniagaan serta fesyen.
LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.
Ketahui lapan wanita yang menjadi 'girl crush' GLAM Lelaki. Not just sexy, tetapi memiliki personaliti dan karakter yang cukup kuat.
HEROIN PROJECT EXIT: SHASHA ABEDUL TIMBA ILMU MELALUI PENGALAMAN
Shasha Abedul kembali dengan siri Project yang terbaru, Project: Exit bersama pelakon-pelakon hebat seperti Mierul Aiman. Terkenal dengan wataknya, Jaja dalam siri Project: Anchor SPM, Shasha Abedul kini kembali dengan siri Project yang terbaru. Shasha sudah berada dalam bidang lakonan selama 6 tahun dan dikatakn suka menimba ilmu dari pengalamannya sendiri. Pelakon wanita yang berbakat…
MICHELLE YEOH CIPTA SEJARAH, PELAKON MALAYSIA PERTAMA TERCALON DI ANUGERAH OSCAR
Legenda perfileman negara, Tan Sri Michelle Yeoh menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2023.











