Skip to content

THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT

Kongsikan artikel ini

Coach terus melangkah berani ke ruang baharu yang lebih imersif, lebih ekspresif, dan lebih dekat dengan gaya hidup kini. Menyusuli kejayaan konsep kafe mereka, jenama ikonik dari New York itu kini memperkenalkan The Coach Restaurant Singapore, sebuah restoran moden steakhouse yang membuka tirainya di Jewel Changi Airport pada 31 Oktober 2025.

Disempurnakan dengan visi Expressive Luxury, Coach membawa pengalaman gastronomi yang bukan sekadar menyentuh selera, tetapi turut menggabungkan budaya, komuniti dan kreativiti dalam satu ruang yang dramatik dan penuh karakter. Menghadap panorama menakjubkan Rain Vortex, restoran 56 tempat duduk ini diolah dengan estetika yang menggabungkan identiti New York dan nuansa Asia Tenggara.

Sentuhan New York, Diterjemah Dengan Keanggunan Asia

Memasuki ruangnya, tetamu disambut dengan lengkung seni bina yang lembut, rona arkib Coach yang hangat, serta kemasan kulit glovetanned yang menghiasi menu, apron dan aksesori meja. Setiap perincian mengangkat warisan Coach sebagai American house of leather yang begitu teliti dan autentik.

Sorotan paling memukau? Sebuah teksi kuning New York bersaiz sebenar yang tergantung megah di ruang makan, menjadi simbol ikonik kepada kota kelahiran jenama ini. Ruang bar 10 tempat duduk dan chef’s counter turut menambah keintiman melalui interaksi secara langsung dengan dapur kayu api terbuka. Menjadikan setiap suapan sebahagian daripada persembahan.

Dapur Kayu Api 

Diketuai oleh Head Chef Kurt Sombero, restoran ini merayakan klasik steakhouse Amerika dengan sentuhan kontemporari. Menu dibentuk dengan bahan premium termasuk USDA Prime cuts dan Satsuma Wagyu A5. Kesemua hidangan ini dipersembahkan bersama mentega berbentuk huruf ‘C’ yang ikonik dan eksklusif.

Antara hidangan sorotan:

  • Porterhouse Steak potongan signature New York, berani dan penuh rasa, sesuai untuk dikongsi.

  • Dover Sole dengan citrus caper brown butter

  • Maine Lobster dengan black pepper hollandaise

  • Lemon Thyme Roasted Chicken

Tidak ketinggalan, Raw Bar yang menawarkan tiram Amerika segar, jumbo shrimp cocktail, dan Black and White Bagel bertatahkan kaviar. Satu anggukan penuh gaya kepada biskut klasik NYC.

Bagi mereka yang merindui “rasa jalanan” Manhattan, menu Street Eats menghadirkan kepingan piza New York-style, hot dogs dan Coach Cheeseburger.

Manisan Sebuah Pengalaman Gaya Hidup

Pencuci mulut di sini bukan sekadar penutup tetapi sebuah ‘statement’. Bayangkan kek coklat 20 lapis yang megah, PB&J Baked Alaska, cheesecake New York klasik dan sundae lembut yang nostalgia dan mewah. Semua ini dipadankan dengan senarai wain Amerika yang dikurasi oleh sommelier Jane Yoon, menyuntik perspektif baharu terhadap seni rasa melalui kaca.

Berhubung dengan butik Coach di Jewel Changi Airport, restoran ini menggabungkan fesyen dan gastronomi dalam satu bumbung. Ia menjadi cerminan arah baharu Coach yang bukan lagi sekadar mencipta produk, tetapi pengalaman yang merangkumi gaya hidup, budaya dan komuniti.

Dengan pembukaan The Coach Restaurant Singapore, Coach sekali lagi membuktikan bahawa jenama global tidak hanya berkembang melalui koleksi. Tetapi melalui naratif gaya hidup yang lebih mendalam dan elegan.

Artikel Berkaitan:

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

influencer lelaki malaysia

SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA

Bacaan Lanjut
TOMMY HILFIGER RAIKAN 'A HILFIGER HOLIDAY' BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH

TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH

Bacaan Lanjut

THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025

Bacaan Lanjut

7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut
TONTON 8 FILEM INI SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA

TONTON 8 FILEM INI SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA

Bacaan Lanjut