TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK
Kota-kota di Asia kini menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi lebih-lebih lagi buat penggemar fesyen.
Buat penggemar fesyen, seni visual dan gaya hidup estetika, Asia menawarkan rangkaian destinasi yang bukan sahaja sarat dengan budaya, malah cukup kaya dengan inspirasi gaya. Dari kota-kota yang dipenuhi butik pereka bebas, kafe trending dan pusat beli-belah bertaraf dunia, enam bandar ini menjadi destinasi wajib untuk mereka yang ingin mengembara sambil mengekspresikan gaya peribadi masing-masing. Berikut merupakan kota Asia pilihan GLAM Lelaki untuk trip jetsetter penuh gaya.
#1 Jakarta — Kota Urban dengan Sentuhan High-Street & Designer Lokal
Jakarta semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai hotspot fesyen Asia Tenggara. Dengan kemunculan pereka muda berbakat, butik independent serta pusat beli-belah mewah seperti Plaza Indonesia dan Block M, kota ini menggabungkan high-street dengan jenama lokal yang penuh identiti. Di sinilah anda boleh melihat bagaimana streetwear, modest fashion dan gaya urban Indonesia membentuk estetika unik tersendiri.

#2 Bangkok — Syurga Trendsetter Asia
Bangkok tidak pernah gagal memberi inspirasi. Dari Chatuchak ke Siam Square, kota ini ialah destinasi paling tepat untuk mereka yang sukakan gaya eklektik, playful dan eksperimental. Pereka muda Thailand terkenal dengan kreativiti luar biasa, menjadikan Bangkok pusat gaya yang hidup, penuh warna dan sentiasa bergerak. Tambahan pula, kafe dan hotel butik di sini menjadikan setiap sudut Instagram-worthy.

#3 Tokyo — Gabungan Avant-Garde & Maximalist Jepun
Tokyo ialah kota di mana fesyen menjadi ekspresi bebas tanpa batas. Daerah seperti Harajuku dan Shibuya menawarkan gaya jalanan paling ekstrem, sementara Omotesando pula mempamerkan label mewah global dan butik avant-garde. Dari Uniqlo flagship store hinggalah Comme des Garçons, Tokyo adalah destinasi bagi mereka yang menghargai keseimbangan antara eksentrik, maximalist dan craftsmanship Jepun.

#4 Seoul — Pusat K-Elegance dan Fesyen Kontemporari
Pengaruh Korea dalam dunia fesyen global tidak dapat dinafikan. Seoul menjadi pusat gaya yang melahirkan aesthetic K-fashion: clean, sleek, oversized dan effortless. Di kawasan seperti Garosu-gil, Hongdae dan Apgujeong, anda akan menemui butik pereka indie, studio kreatif dan kafe yang benar-benar menghidupkan budaya estetika muda Korea. Tidak hairan Seoul menjadi destinasi pilihan fashion set antarabangsa.

#5 Shanghai — Kota Futuristik dengan Gaya High-Fashion Asia
Shanghai merupakan gabungan estetika moden yang ultra-sleek dengan pengaruh seni tradisional China. Ia adalah kota futuristik yang menaikkan trend Asia ke pentas dunia. Dari label mewah hingga butik urban kontemporari, Shanghai menawarkan pengalaman shopping yang sangat curated. Daerah seperti Xintiandi dan The Bund menyajikan pemandangan kota yang glam, menjadikannya syurga bagi penggemar fesyen moden dan fotografi seni.

#6 Ho Chi Minh — Estetika Tropika Moden yang Semakin Bersinar
Ho Chi Minh City mungkin kelihatan sederhana, tetapi sebenarnya ia sedang berkembang sebagai destinasi estetika yang penuh karakter. Dengan kemunculan kafe minimalis, butik artisanal dan jenama lokal yang berfokuskan craftsmanship, kota ini melahirkan identiti gaya tersendiri. Estetika tropika moden Vietnam cukup bersih, earthy dan segar, menjadi pilihan ramai pencinta visual. Ho Chi Minh menjadi salah satu kota yang semakin digemari ramai sejak tahun 2025.

Pautan berkaitan: FOOD TRIP MALAYSIA : 10 BANDAR ‘MAKANAN SEDAP’
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAYBRIDGE SUITES BANGKOK SUKHUMVIT: RUMAH KEDUA DI TENGAH KOTA RAYA
Di tengah hiruk-pikuk kota sibuk Bangkok, Staybridge Suites Bangkok Sukhumvit muncul sebagai tempat penginapan moden yang tenang.
TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS
Siapa sangka, di sebalik panorama mewah dan drama panas The White Lotus, muncul satu nama yang kini hangat diperkatakan Tayme Thapthimthong!
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Nanon Korapat kini melangkah ke fasa yang lebih besar dalam kerjayanya, bersama Coach, membawa semangat keberanian, ekspresi diri, dan keyakinan di seluruh Asia Tenggara.
KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK
Kanye West telah kehilangan kontrak bernilai $20 juta di Jepun. Pembatalan ini merupakan salah satu penalti kewangan terbesar.
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK
Wajah dari serata dunia hadir memeriahkan acara-acara fesyen utama yang berlangsung sepanjang men’s fashion week bulan lepas. GLAM Lelaki memilih lima tetamu yang stylish.











