KETAHUI 6 BINTANG THAILAND YANG PALING MENYERLAH SEPANJANG 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan bintang-bintang Asia seperti Thailand yang semakin hari semakin popular dengan bakat mereka.
Industri hiburan Thailand terus berkembang pesat, menghasilkan bintang-bintang berbakat yang mencuri perhatian bukan sahaja di Asia, malah di peringkat global. Sepanjang tahun 2025, enam nama ini dijangka menjadi tumpuan utama dengan projek-projek menarik dan pengaruh besar dalam pelbagai bidang. Berikut adalah enam bintang Thailand yang paling menyerlah dan popular bagi GLAM Lelaki, yang mencapai tahap antarabangsa.
1. Gulf Kanawut (กลัฟ คณาวุฒิ ไตรพิพัฒนพงษ์)
Gulf Kanawut kekal sebagai salah satu nama terbesar dalam industri lakonan. Popularitinya melonjak naik berikutan kejayaan siri terdahulu seperti TharnType dan Dhevaprom: Laorchan. Pada tahun 2025, dia terus mengukuhkan kedudukannya dengan projek-projek lakonan arus perdana seperti Tokyo Holiday dan kerjasama dengan jenama-jenama mewah antarabangsa. Dikenali dengan senyuman menawan dan bakat lakonan yang serba boleh, Gulf menjadi duta global buat jenama fesyen seperti Gucci dan Onitsuka Tiger. Ini menjadi bukti bahawa Gulf merupakan ikon fesyen dan hiburan yang berpengaruh.
2. Mew Suppasit (มิว ศุภศิษฏ์ จงชีวีวัฒน์)
Sebagai seorang yang versatil, Mew Suppasit tidak hanya cemerlang dalam lakonan, tetapi juga sebagai penyanyi, penerbit, dan usahawan. Dia semakin menyerlah dengan pengeluaran muzik antarabangsa yang lebih matang, bekerjasama dengan artis global seperti BUMKEY dan Charlotte Austin. Selain muzik, Mew juga aktif dalam projek-projek filem dan siri yang menonjolkan kemampuan lakonan yang mendalam. Lakonannya dalam siri TharnType dan Homeroom 29 Hostages membuktikan dia adalah seorang penghibur yang menyeluruh dan berwawasan. Jenama mewah seperti Fred Jewelry dan Medi Jewelry Thailand turut menyunting Mew sebagai duta global mereka.
3. Fourth (โฟร์ท ณัฐวรรธน์ จิโรชน์ธิกุล)
Fourth Nattawat adalah bintang muda yang popularitinya memuncak dengan pantas. Digelar sebagai salah seorang ‘Raja Gen Z’ dalam industri hiburan, Fourth menarik perhatian dengan karisma yang ceria dan bakat semula jadi dalam lakonan dan nyanyian. Pada tahun 2025, beliau terus menjadi kegilaan ramai, terutamanya dalam siri-siri remaja yang berjaya seperti My School President atau drama pertamanya, F4 Thailand: Boys Over Flower. Nama Fourth juga besar dalam industri fesyen apabila menjadi duta jenama Louis Vuitton dan Tommy Hilfiger. Ini membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang bintang masa hadapan industri yang paling cerah.
4. Gemini (เจมีไนน์ นรวิชญ์ ฐิติเจริญรักษ์)
Gandingan serasi Gemini Norawit bersama pasangan muzikalnya, Fourth menjadikannya fenomena global. Gemini dikenali dengan vokal yang hebat dan imej yang moden. Pada tahun 2025, beliau menyerlah dalam siri-siri popular seperti My Love Mix-Up dan My School President. Dia juga menceburi dunia muzik secara serius. Gemini memiliki daya tarikan yang unik dan mampu membawa watak dengan emosi yang kuat, menjadikannya aset penting dalam mana-mana produksi. Bersama tiga lagi jejaka kacak, Gemini merupakan salah seorang duta jenama Tommy Hilfiger.
5. Tayme Thapthimthong (เทมส์-เทพรัตน์ ทับทิมทอง)
Tayme Thapthimthong mungkin merupakan nama yang lebih baru di mata peminat antarabangsa, tetapi beliau telah mula mendapat pengiktirafan meluas berkat lakonan yang kuatnya di dalam siri White Lotus. Pada tahun 2025, doa dijangka membuat kejutan dengan peranan dalam genre yang lebih mencabar, menunjukkan potensi besar untuk menjadi bintang aksi dan drama terkemuka di Thailand. Kehadirannya yang kuat di layar kaca menjadikannya bintang yang patut diberi perhatian.
6. Jeff Satur (เจฟ ซาเตอร์)
Jeff Satur adalah seorang seniman yang memiliki identiti artistik yang sangat unik. Diabukan sahaja seorang penyanyi dan penulis lagu yang berbakat dengan vokal yang unik, tetapi juga seorang pelakon yang memukau. Pada tahun 2025, popularitinya meningkat melalui lagu Ride or Die dan konsert jelajah dunianya. Gayanya yang unik dan kemampuannya untuk mencampurkan genre muzik menjadikannya ‘trendsetter‘ yang berpengaruh, membezakannya daripada artis-artis lain. Jeff juga merupakan duta jenama pertama Thailand buat jenama Valentino dan Ray-Ban.
Enam bintang ini bukan sahaja berbakat besar dalam bidang masing-masing, tetapi juga mempunyai pengaruh yang besar di media sosial dan dunia komersial. Mereka adalah duta bagi budaya pop Thailand yang semakin diterima dan dicintai di seluruh dunia, menjadikan 2025 sebagai tahun yang menarik untuk hiburan Thailand.
Pautan berkaitan: TEMUBUAL EKSKLUSIF GLAM LELAKI BERSAMA RANGGA, EL PUTRA SARIRA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TAYME THAPTHIMTHONG: AKTOR THAILAND THE WHITE LOTUS
Siapa sangka, di sebalik panorama mewah dan drama panas The White Lotus, muncul satu nama yang kini hangat diperkatakan Tayme Thapthimthong!
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Blue Pongtiwat akan membuat penampilan istimewa pada 24 May ini untuk meraikan pelancaran butik Prada di The Exchange TRX.
KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.
5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI
Siapa tidak kenal jejaka berbakat dari Thailand, Gulf Kanawut yang kini semakin menyerlah dengan gaya fesyen yang sering dikongsi di laman sosial beliau?
25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Milan Fashion Week 2024 di kota fesyen Itali kali ini?











