Skip to content

RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025

RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia pop dan haute couture, fesyen BLACKPINK Deadline Tour menjadi bukti bagaimana gaya pentas boleh berubah menjadi momen ikonik.

BLACKPINK kembali mencetus fenomena.  Bukan sahaja melalui persembahan penuh tenaga, tetapi juga barisan fesyen yang mendefinisikan status mereka sebagai ikon global. Untuk Deadline Tour 2025, setiap ahli tampil dengan identiti gaya tersendiri. Jisoo dengan feminitinya yang elegan, Jennie dengan sentuhan high-fashion sensual, Rosé dalam estetika rock-chic minimalis dan Lisa sebagai figura futuristik penuh edge. Setiap busana bukan sekadar pakaian pentas, tetapi naratif visual yang menggabungkan jenama couture, arkib fesyen, dan rekaan eksklusif. Hasilnya? Konsert yang terasa seperti runway premium. Bold, curated dan benar-benar BLACKPINK-coded. Cukup sukar buat GLAM Lelaki untuk memilih look kegemaran kami, tetapi saya memilih 3 look kegemaran buat setiap ahli BLACKPINK sepanjang Deadline Tour 2025 in!

#1 Jisoo

jisoo

Jisoo mengekalkan keanggunan klasik dan aura femininnya yang lembut, menjadikan setiap penampilannya di Deadline Tour 2025 kelihatan timeless dan menawan. Salah satu penampiannya menampilkan set dua potong daripada Self-Portrait. Baju crop yang dihiasi dengan perincian mutiara lembut dan skirt mini putih sepadan memberikan getaran bak puteri moden yang sopan tetapi ceria. Jisoo turut menyalurkan rupa yang lebih kasual namun bergaya, memilih rekaan halter neck seperti jubah daripada Grace Elwood yang diserasikan dengan seluar pendek gaya cowboy. Ia menampilkan sisi estetika bohemian yang santai. Sebagai duta besar, Jisoo berada di dalam rekaan daripada Dior, jenama yang diwakilinya. Kali ini, dia mengenakan busana yang disesuaikan daripada organza merah jambu dengan potongan dramatik dan ilusi sheer.  Satu penghormatan kepada keanggunan haute couture yang menjadi identitinya.

#2 Jennie

fesyen blackpink deadline tour

Jennie sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon fesyen global di Deadline Tour 2025 dengan tiga gaya yang berani, playful dan penuh personaliti. Untuk look pertama, Jennie memilih mini dress GCDS bertona pastel dengan perincian bulu lembut di bahagian lengan. Ini mewujudkan aura dreamy namun sensual. Seterusnya, aura edgy dan high-fashion muncul apabila Jennie tampil dalam look Chanel serba ikonik lebih-lebih lagi sebagai duta jenama mereka. Crop top putih, oversized leather jacket dan jeans longgar dengan rantai statement sebagai aksesori utama. Untuk penampilan terakhir, Jennie menghidupkan semula semangat punk-meets-couture dengan set tweed Vivienne Westwood potongan mikro yang bold, lengkap dengan fit yang memeluk tubuh dan attitude yang hanya Jennie boleh bawa. Tiga look, tiga mood — satu jenama: Jennie Ruby Jane, the fashion blueprint.

#3 Rosé

fesyen blackpink deadline tour

Rosé menyerlah dalam Deadline Tour 2025 dengan gaya yang sleek, rebellious dan sangat selari dengan signature aesthetic-nya, edgy tetapi tetap feminin. Untuk look pertama, Rosé memilih corset lace dari Didu dipadankan bersama mini skirt kulit oversized. Gaya ini mencipta siluet bold yang menggabungkan sensualiti dan kekuatan. Seterusnya, sentuhan artisanal Gyouree Kim hadir melalui busana berperincian fringe metalik dan jaket plaid bersaiz besar. Ia memberikan vibe rocker luxe yang penuh attitude. Sebagai penutup, Rosé tampil dalam Saint Laurent, rumah fesyen yang melamarnya sebagai duta. Oversized leather coat dan pinstripe shorts, mencerminkan gaya Parisian rock-chic yang ikonik. Setiap look bukan sekadar fesyen, tetapi versi paling autentik Rosé: minimal, misteri, dan tak pernah silap langkah.

#4 Lisa

fesyen blackpink deadline tour

Lisa membuktikan bahawa pentas ialah wilayah fesyen ekstremnya, dan Deadline Tour 2025 menjadi runway peribadi untuk gaya futuristik penuh attitude. Look pertama menampilkan jumpsuit Mark Gong bertaburan kilauan ombré yang memeluk tubuh, dipadankan dengan trench coat bercorak kilat. Satu visual yang menyerupai watak superhero cyberpunk. Untuk penampilan kedua, Lisa memilih rekaan berani daripada koleksi ATiSSU oleh Felix Stray Kids, lengkap dengan potongan dramatik dan sarung tangan neon, memberi vibe avant-garde yang edgy dan memukau. Sebagai kemuncak, Lisa tampil dalam Louis Vuitton, jenama yang diwakilinya. Dengan set armor-inspired yang sleek dan thigh-high boots, menjadikan dirinya seperti ikon pop futuristik. Bold, groundbreaking, dan tiada siapa yang buatnya seperti Lisa.

Pautan berkaitan: 6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025

DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025

Bacaan Lanjut
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

Bacaan Lanjut
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

Bacaan Lanjut
JISOO

NEWTOPIA: JISOO BLACKPINK & PARK JEONG-MIN DI TENGAH APOKALIPS ZOMBI

Bacaan Lanjut