KOLEKSI RAYA 2026 UNTUK ANDA ‘LOOK FORWARD’ MULAI SEKARANG
Dunia fesyen tempatan semakin rancak memasuki tahun 2026, dan pencinta gaya Raya tentunya sudah mula memerhati jenama mana yang bakal mendominasi musim ini.
Dari rekaan moden-minimalis hingga sentuhan tradisi yang diperhalusi, lima jenama ini KHATAM, PUTIH, SAMPIN EXCLUSIVEMY, FIZIWOO dan OMAR ALI adalah antara label yang paling dinanti-nantikan.
#1 KHATAM
Jenama yang sinonim dengan potongan bersih, warna-warna bumi pastel dan tailoring maskulin dan potongan klasik. Jenama ini sering menjadi pilihan lelaki urban yang mencari baju Melayu moden dengan vibe understated luxury: sleek, sharp dan effortless. Tahun ini, KHATAM hadir dengan siri OG’ 26, mengembalikan keaslian gaya dalam baju melayu teluk belanga mereka. Siri OG 26 ini hadir dengan potongan klasik kekek dan pesak serta design detail seperti leher bulat dan butang cangkuk. Seluar yang diinspirasikan daripada seluar Gunting Acheh tersedia dengan dua gaya iaitu seluat ikat dan seluar moden menjadikannya antara koleksi paling dinantikan untuk para lelaki bagi persiapan menjelang Aidilfitri 2026.
#2 PUTIH
Jenama PUTIH kini bukan sekadar tentang estetika minimal tetapi ia tentang pengalaman berpakaian dari saat anda menerima baju sampai ke hari Raya. Setiap set Baju Melayu PUTIH dilengkapi dengan garment bag PUTIH dan hanger kayu PUTIH. Manakala sesetengah set lelaki dan kanak-kanak menampilkan butang Baju Melayu eksklusif reka bentuk PUTIH yang menaikkan rasa eksklusif. Dijahit dengan teliti untuk memberikan tailored fit seakan bespoke, koleksi ini menggunakan material cotton yang sesuai untuk cuaca tropika supaya anda kekal selesa sepanjang hari. Pilihan warnanya pula melampaui jangkaan dengan lebih 200 pilihan warna untuk lelaki. PUTIH juga mempunyai koleksi samping dalam lebih 10 warna, menjadikan PUTIH pilihan ideal untuk mereka yang mahukan potongan bersih, kualiti premium dan fleksibiliti warna bagi gaya Raya yang kemas dan terurus.
#3 SAMPIN EXCLUSIVE MY
Nama yang semakin memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SAMPIN EXCLUSIVEMY terus memperjuangkan seni tenunan tradisional. Jenama ini lebih menfokuskan kepada sampin dan juga aksesori baju melayu seperti butang zircoin dan juga tali pinggang sampin. Tetapi jangan risau kerana SAMPIN EXCLUSIVEMY juga mumpunyai seleksi baju melayu dan juga kurta untuk melengkapkan gaya pagi Syawal anda. Untuk 2026, ramai menjangka keluaran sampin eksklusif dengan motif baharu, warna bold dan sentuhan heritage yang penuh nilai seni. koleksi SAMPIN RAYA 2026 mereka SAMPIN KITA, BUNGA SERI, PADI, SERI ISTANA dan banyak lagi.
#4 FIZIWOO
Berbanding mana-mana jenama lain, Fiziwoo sentiasa menjadi antara koleksi Raya paling dinantikan kerana rekod prestasinya yang konsisten dan memukau. Tahun lalu, mereka hadir dengan Raya Lux ’25, sebuah koleksi yang disambut hangat kerana penekanan pada glamor moden, fabrik mewah, dan siluet yang memeluk tubuh tanpa menenggelamkan elemen tradisi. Diikuti pula dengan Journey Raya ’25, yang lebih puitis dengan identiti melalui potongan yang lebih lembut serta palet warna membumi. Dua koleksi ini mengukuhkan reputasi Fiziwoo sebagai rumah fesyen yang bukan sekadar menghasilkan pakaian, tetapi mencipta momen Raya.
Dengan momentum sebegitu kuat, peminat kini mula berteka-teki tentang Raya 2026. Ramai menjangkakan Fiziwoo akan kembali dengan sesuatu yang lebih berani. Mungkin eksplorasi bold tailoring, manipulasi drape yang lebih halus, serta permainan tekstur yang menggabungkan tradisi dengan couture-inspired detailing. Jika ada satu koleksi yang pasti memenuhi jangkaan tinggi peminat fesyen tahun depan, Fiziwoo adalah nama yang kekal teratas dalam radar setiap lelaki yang mahu tampil penuh karakter dan keanggunan Raya 2026.
#5 OMAR ALI
Omar Ali sudah terbukti sebagai antara jenama paling konsisten dalam mempertahankan keanggunan baju Melayu klasik. Potongan tajam, kemasan sempurna dan pemilihan fabrik premium menjadikan setiap keluaran Omar Ali “investment piece” untuk lelaki. Bagi Raya 2026, jenama ini dijangka kembali dengan koleksi BAJU MELAYU SEJARAH dan juga BAJU MELAYU SINAR SATIN. Koleksi baju melayu ini nyatanya lebih refined dan lebih halus. Mungkin melalui palet warna segar, tekstur halus dan penambahbaikan kecil yang membawa tradisi ke standard yang lebih tinggi.
Artikel Berkaitan: 6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI
Serlahkan gaya maskulin anda dengan lima jenama lokal pilihan GLAM Lelaki, menawarkan rekaan hebat untuk lelaki moden.
RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Debaran kian terasa, kita sudah semakin hampir dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Pasti ada di antara anda yang masih buntu untuk mencari baju raya yang tepat untuk melengkapkan penampilan Hari Raya dengan penuh bergaya.










