HYROX: 5 NAMA YANG AKTIF BERTANDING DALAM ARENA KECERGASAN GLOBAL
HYROX adalah pertandingan kecergasan global yang menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental dan disiplin diri pada tahap tertinggi. Menggabungkan elemen larian dan latihan fungsional berintensiti tinggi, sukan ini menjadi simbol gaya hidup aktif lelaki yang berani mencabar batas diri.
Dalam arena ini, beberapa nama tampil konsisten dan serius, bukan sekadar menyertai, tetapi benar-benar menjadikan HYROX sebagai sebahagian daripada identiti kecergasan mereka.
#1 Hakiminoordin
Hakiminoordin dikenali sebagai antara figura yang membawa disiplin dan fokus tinggi dalam dunia kecergasan berprestasi. Penyertaannya dalam HYROX membuktikan komitmen terhadap latihan intensif yang menuntut kekuatan fizikal serta strategi mental. Dengan rutin latihan yang tersusun dan konsisten, Hakiminoordin mencerminkan semangat atlet HYROX yang berdaya tahan, fokus dan tidak mudah mengalah.
#2 Ikmal Amry
Ikmal Amry tampil sebagai antara selebriti lelaki yang serius mengangkat kecergasan ke tahap kompetitif. Dia juga pernah berganding dengan Hakimi Noordin semasa penyertaannya di HYROX Open Asian Championship. Gandingan duo ini juga telah membuahkan hasil dengan Ranking No. 1 Wall Ball Asia Station. Penyertaannya dalam HYROX menyerlahkan dedikasi Ikmal terhadap latihan berintensiti tinggi yang menguji ketahanan tubuh dan mental.
#3 Dr Say Shazril & Dr Azura
Pasangan ini menjadi inspirasi dalam dunia kecergasan apabila Dr Say Shazril dan Dr Azura sama-sama aktif menyertai HYROX. Gabungan latar belakang profesional dan gaya hidup sihat menjadikan mereka contoh bagaimana kecergasan boleh diintegrasikan dalam kehidupan seharian yang sibuk. Penyertaan mereka dalam pertandingan berintensiti tinggi ini membuktikan bahawa disiplin, ilmu dan konsistensi adalah kunci utama untuk kekal cergas dan kompetitif.
#4 Dini Schatzmann
Dini Schatzmann membawa tenaga kompetitif yang segar ke arena HYROX. Dini menjadikan sukan ini sebagai platform untuk menguji kemampuan sebenar di luar zon selesa. Pendekatannya yang serius terhadap latihan dan prestasi menyerlahkan karakter lelaki yang berani, fokus dan sentiasa mahu melangkah lebih jauh dalam perjalanan kecergasan.
#5 Lee Tuck
Lee Tuck merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Malaysia yang berjaya melakukan transisi luar biasa ke arena kecergasan berprestasi tinggi melalui HYROX. Kejayaannya merangkul pingat emas di Kejohanan HYROX Asia 2025 bagi kategori Men’s Open 35–39 membuktikan tahap stamina, kekuatan dan kecergasan fizikal yang masih berada pada tahap elit. Dikenali dengan etika kerja yang tinggi sejak zaman bola sepak profesional. Lee Tuck kini menyerlah dalam sukan kecergasan hibrid yang menggabungkan daya tahan dan kekuatan mental.
HYROX menjadi medan pembuktian bahawa gaya hidup aktif memerlukan komitmen, keberanian dan ketahanan yang konsisten. Dalam dunia grooming dan gaya hidup lelaki, kecergasan bukan lagi trend malah ianya merupakan satu bentuk identiti diri.
Artikel Berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
4 GAYA FESYEN DINI SCHATZMANN & JANNA NICK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM lelaki menyenaraikan empat gaya berpasangan selebriti terkenal Dini Schatzmann dan Janna Nick mengikut kedudukan yang terbaik.
“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023
Untuk edisi digital November 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak, Dini Schatzmann yang baharu sahaja melangkah ke fasa baharu sebagai suami kepada Janna Nick.











