Skip to content

6 LOKASI UNTUK ANDA SAMBUT NEW YEAR'S EVE 2026!

6 LOKASI UNTUK ANDA SAMBUT NEW YEAR’S EVE 2026!

Kongsikan artikel ini

New Year’s Eve di Kuala Lumpur menampilkan lokasi-lokasi yang istimewa untuk anda sambut bersama keluarga atau rakan terdekat. 

Detik peralihan ke tahun baharu sentiasa dinanti. Ianya bukan sekadar sebagai simbol penutup tahun lama, tetapi juga sebagai permulaan harapan, azam dan cerita baharu. Menjelang New Year’s Eve tahun ini, lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang kembali meriah dengan pelbagai sambutan countdown yang menjanjikan pengalaman berbeza. Daripada pesta bunga api berskala besar hinggalah suasana santai yang lebih intim.

Sama ada anda ingin meraikan bersama keluarga, sahabat karib, atau sekadar menikmati detik 12 tengah malam dengan latar kota yang ikonik, enam lokasi ini menjadi pilihan terbaik untuk menyambut ketibaan tahun 2026 dengan penuh gaya.

#1 Sunway Velocity Mall

Bagi mereka yang gemarkan suasana meriah dan penuh tenaga, Sunway Velocity Mall sering menjadi tumpuan utama. Acara biasanya bermula seawal petang dengan pelbagai aktiviti hiburan termasuk persembahan DJ, konsert artis tempatan, serta bazar makanan dan minuman.

Tahun ini, Sunway Velocity bawakan Kiiras, Masdo, Layla Sania dan ramai lagi sempena konsert New Year’s Eve Countdown mereka. Acara dimulakan dengan The ROWS Market yang bermula seawal jam 4 petang. Kemudian, diikuti dengan cabaran tarian K-pop pada awal malam. Suasana kemudiannya diteruskan dengan set DJ dan remix yang menghangatkan acara sehingga detik 12 tengah malam.

#2 The Exchange TRX

Sebagai salah satu ikon baharu bandar, The Exchange TRX menawarkan pengalaman New Year’s Eve yang lebih moden dan urban. Ruang terbuka di kawasan plaza sering menjadi lokasi utama acara countdown dengan persembahan muzik, instalasi cahaya, serta pertunjukan bunga api yang dramatik. The Exchange TRX cukup terkenal dengan konsert New Year’s Eve countdown mereka.

Ini menjadikan The Exchange TRX sebagai salah satu lokasi terhangat New Year’s Eve setiap tahun. Buat masa ini, TRX masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi berkaitan sambutan New Year’s Eve tahun ini. Namun begitu, satu hebahan jemputan vendor yang tular untuk acara bertajuk “Countdown Fireworks 2025/26” di kawasan RainTree dan zon parkir memberi bayangan bahawa pertunjukan bunga api sedang dirancang.

#3 The Curve

The Curve turut menjadi pilihan ideal tahun ini. Kawasan ini menawarkan suasana malam yang hidup dengan deretan restoran dan kafe yang menjadi tempat berkumpul untuk menunggu detik 12 malam. Tahun ini, The Curve berkolaborasi Love Music Festival MY demi mengadakan CURVECHELLA 2025. Barisan persembahan akan dilakukan sempena menyambut tahun baru. Insomniacks, Emptypage, Elizabeth Tan dan K-Clique antara yang bakal membuat persembahan di CURVECHELLA 2025.

#4 KLCC Park

Tiada yang lebih ikonik daripada menyambut tahun baharu dengan latar Menara Berkembar Petronas. KLCC Park kekal sebagai lokasi klasik pilihan ramai setiap tahun. Orang ramai biasanya berkumpul di kawasan taman dan sekitar pusat bandar untuk menikmati suasana countdown. Selain itu, panorama lampu kota, dan kemeriahan orang ramai. Walaupun kawasan ini sering sesak, pengalaman menyambut tahun baharu di jantung Kuala Lumpur tetap memberikan rasa magis tersendiri.

lokasi new year's eve

#5 KL Tower

Untuk pengalaman yang lebih eksklusif dan berbeza, KL Tower menawarkan sambutan New Year’s Eve dari perspektif ketinggian. Dengan pemandangan panorama bandar yang luas, sambutan di sini sering disertai muzik, acara khas dan peluang menyaksikan bunga api dari sudut yang unik. Ia sesuai untuk mereka yang ingin meraikan tahun baharu dengan suasana lebih premium dan istimewa.

lokasi new year's eve

#6 LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC)

LaLaport BBCC membawa pendekatan sambutan yang lebih kreatif dan interaktif. Dengan konsep acara bercahaya, persembahan seni, aktiviti komuniti dan suasana urban Bukit Bintang, lokasi ini sesuai untuk generasi muda dan mereka yang ingin merasai sambutan tahun baharu yang lebih santai tetapi tetap meriah. Ia juga mudah diakses dan berdekatan dengan kawasan hiburan lain di pusat bandar.

Lay Back and Reset NYE Countdown akan berlangsung di Central Rooftop Garden, Aras 4. Ia merupakan pilihan yang ideal jika anda inginkan suasana countdown yang meriah tetapi tidak terlalu sesak seperti di KLCC atau Bukit Bintang.

Sama ada anda mengimpikan pesta countdown penuh warna, pengalaman eksklusif di atas menara, atau sambutan santai bersama insan tersayang, New Year’s Eve 2026 menawarkan pelbagai pilihan lokasi untuk diraikan. Pilihlah destinasi yang paling sesuai dengan gaya dan mood anda, rancang perjalanan lebih awal, dan bersedia untuk melangkah ke tahun baharu dengan penuh semangat dan harapan.

Pautan berkaitan: 5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SEBAB ANDA PERLU RAI AKHIR TAHUN DI THE CHOW KIT HOTEL

Bacaan Lanjut
HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI

HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

DIOR PERSIAPKAN KOLEKSI KAPSUL KHUSUS TAHUN LUNAR

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN CNY2021 MERAIKAN MUSIM PERAYAAN

Bacaan Lanjut
Idea Bingkisan Ideal Tod's

IDEA BINGKISAN IDEAL TOD’S

Bacaan Lanjut

MCM LUNAR NEW YEAR

Bacaan Lanjut