8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini simbol keunggulan, gaya dan ketepatan yang merentasi dunia fesyen, sukan dan seni.
OMEGA merupakan jenama jam mewah Switzerland yang bukan sahaja terkenal dengan ketepatan teknologinya, malah dengan barisan duta jenama yang berkarisma dan berpengaruh di peringkat global. Sepanjang tahun, OMEGA telah memilih tokoh-tokoh ikonik daripada pelbagai bidang sebagai wajah jenama mereka, mencerminkan nilai kecemerlangan, ketahanan dan gaya yang elegan.

Daniel Craig
Antara duta paling terkenal ialah Nicole Kidman, pelakon pemenang Anugerah Akademi yang melambangkan keanggunan dan elegan seorang wanita. Gaya klasik Nicole selari dengan rekaan Omega yang timeless. Michael Phelps, legenda renang Olimpik, pula mewakili ketepatan dan prestasi tinggi. Nilai yang sangat sinonim dengan jam Omega, terutamanya dalam dunia sukan profesional.
Daniel Craig, yang dikenali melalui watak ikonik James Bond, membawa imej maskulin, berani dan moden kepada OMEGA. Jam OMEGA Seamaster sering dikaitkan dengan karakter Bond, menjadikannya simbol gaya dan aksi.

Cindy Crawford

Nicole Kidman
Cindy Crawford, ikon fesyen antarabangsa, menyerlahkan kecantikan dan keyakinan wanita, sekaligus mengukuhkan hubungan Omega dengan dunia fesyen. Melalui kerjasama ini, Cindy bersama keluarganya turut pernah menjayakan kempen OMEGA suatu ketika.
Pelakon Hollywood George Clooney pula menampilkan personaliti matang, berkelas dan berkarisma, sesuai dengan identiti OMEGA sebagai jam untuk individu berpengaruh. Dari Asia, Hyun Bin dan Park Bo Gum mewakili generasi moden dengan daya tarikan global, mencerminkan pengaruh budaya Korea dalam dunia hiburan dan fesyen masa kini.

George Clooney

Pierre Niney
Akhir sekali, Pierre Niney, pelakon terkenal Perancis, membawa sentuhan artistik dan intelektual Eropah kepada jenama OMEGA. Pierre Niney terkenal sejak berlakon dalam filem seperti Yves Saint Laurent (2014) dan Black Box (2021).
Artikel berkaitan: PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.











