Skip to content

emporio armani lunar new year

EMPORIO ARMANI MENYAMBUT ‘TAHUN KUDA’ 2026 DENGAN KOLEKSI PENUH ELEGAN

Kongsikan artikel ini

Emporio Armani sekali lagi membuktikan keupayaannya menafsir budaya Timur melalui lensa fesyen moden apabila memperkenalkan Koleksi Tahun Baharu Cina 2026, yang diinspirasikan daripada Zodiak Cina: Kuda. Koleksi ini menampilkan corak dan elemen dekoratif yang memberikan gaya dan keanggunan, dengan perincian seperti ‘essence’  berlian serta teknik flocking 3D yang memberi dimensi visual eksklusif. Sentuhan paling simbolik hadir dalam bentuk loket kuda emas, melambangkan permulaan baharu, tuah dan pembaharuan.

Koleksi Lelaki Maskulin Dan Gaya Santai, Jiwa Mewah

Dari segi siluet, koleksi ini bergerak dalam bahasa Emporio Armani yang ikonik: kontemporari, santai dan sporty, namun tetap berteraskan  kemewahan. Ia direka untuk mereka yang menghargai keselesaan tanpa mengorbankan gaya. Koleksi lelaki menawarkan rangkaian yang cukup versatil.  Sut baldu yang berkarisma, jaket bomber dan hoodie, sehinggalah sweatshirt, T-shirt, polo, seluar dan set skarf bersama topi yang diselaraskan. Setiap helaian membawa aura lelaki moden seperti keyakinan, dinamik dan tidak terikat pada formaliti lama.

Koleksi Wanita,Wajah Kempen & Aksesori Ikonik

Untuk wanita, Emporio Armani menampilkan T-shirt dan top dengan motif kuda yang subtil, sut tweed dengan loket kuda emas, jeans dan skirt midi, serta kot kapas, down gilet, knitwear jersi, sweatshirt dan skarf. Semuanya dirangka untuk gaya harian yang praktikal tetapi tetap refined.

Kempen khas koleksi ini menampilkan duta global Emporio Armani, Jackson Yee. Turut bersama duta Greater China dan Asia-Pasifik, Zeng Shunxi dan Bai Lu. Mereka ini antara wajah- wajah yang melambangkan generasi baharu gaya Asia.

Dalam kempen tersebut, Zeng Shunxi tampil dengan jam automatik lelaki Emporio Armani 2026 Chinese New Year. Direka dengan dial openwork dan tali kulit coklat yang memberikan sentuhan maskulin dan matang. Penampilannya dilengkapi dengan rantai leher dan gelang berwarna gunmetal dengan rekaan rantai dua lapis serta perincian zircon, selain cermin mata dan sunglasses yang mengimbangi gaya dan fungsi.

Bai Lu pula mempersembahkan jam tangan wanita Emporio Armani 2026 Chinese New Year dengan dial mother-of-pearl bercorak serpihan halus serta perincian batu berbentuk ladam kuda di kedua-dua sisi sarung jam. Digandingkan dengan tali croco burgundy dan sarung rose gold, rekaan ini menyerlahkan keanggunan feminin dengan sentuhan perayaan. Aksesori rantai dan gelang rose gold dua lapis melengkapkan gaya yang mewah tetapi bersahaja.

Artikel Berkaitan: MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26

Bacaan Lanjut
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN'S SS26

HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26

Bacaan Lanjut
Stronger With You Armani

A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU

Bacaan Lanjut

5 JENAMA MESTI MILIK DIGEROBOK LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut

PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN HARI BAPA, LIMA AKSESORI EMPORIO ARMANI BUAT BAPA

Bacaan Lanjut