5 WATAK IKONIK LAKONAN TIMOTHEE CHALAMET
Timothée Chalamet muncul sebagai simbol lelaki moden. Rapuh namun berani, sensitif tetapi berprinsip. Setiap watak yang dibawanya bukan sekadar lakonan, tetapi cerminan emosi, konflik dan pencarian identiti.
Inilah lima watak paling ikonik yang membentuk legasi lakonan Timothée Chalamet
#1 Marty Supreme
Dalam Marty Supreme, Timothée Chalamet membentuk watak Marty sebagai seorang hustler muda yang tidak pernah berhenti bergerak. Dengan senyuman nakal yang menggoda, mata yang jernih dan ceria, Marty ialah lelaki yang sangat licik penuh dengan tipu helah tersendiri. Namun di sebalik segala helah dan tipu muslihat itu, tersimpan satu ‘kebenaran’ bahawa setiap permainan kotor, setiap penipuan kecil, akhirnya akan membawa kepada sesuatu yang jauh lebih besar daripada sekadar muslihat semata-mata. Chalamet menjadikan Marty bukan sekadar penipu, tetapi simbol ambisi mentah lelaki muda yang percaya masa depan boleh dibina melalui keberanian dan kelicikan.
#2 Elio Perlman (Call Me by Your Name)
Elio Perlman, Timothée Chalamet membawakan watak remaja 17 tahun yang cerdas, intelektual dan matang dari segi minda, namun masih naif secara emosi. Elio ialah seorang anak muda yang sensitif, kaya dengan pengetahuan buku tetapi belum benar-benar mengenali kehidupan. Segalanya berubah apabila musim panas yang singkat mempertemukannya dengan Oliver. Sebuah pengalaman cinta yang membangkitkan keinginan, kekeliruan dan keterujaan cinta pertama. Melalui perjalanan ini, Elio berkembang, merasai kerentanan, pergolakan remaja, kerinduan yang mendalam dan akhirnya patah hati yang sunyi dan menyelubungi dirinya. Chalamet menangkap setiap emosi ini dengan intensiti senyap, lakonan yang halus tetapi penuh penjiwaan, menjadikan Elio satu potret cinta pertama yang jujur, naif dan menyayat hati.
#3 Paul Atreides (Dune: Part Two)
Sebagai Paul Atreides, Timothée Chalamet membentuk potret seorang messiah yang enggan, kompleks dan sarat dengan konflik dalaman. Bermula sebagai pewaris bangsawan muda yang naif, Paul perlahan-lahan menjadi pemimpin berkuasa yangmengaburkan moralnya. Mempersoalkan makna takdir dan harga sebuah kepercayaan. Watak ini mengangkat trope klasik “chosen one”, namun menyelam jauh ke sisi gelap dirinya. Fanatisme, pengorbanan dan keganasan yang lahir daripada keimanan membuta tuli. Transformasi Paul mencapai kemuncaknya selepas meminum Water of Life, detik yang mengubahnya daripada manusia biasa kepada figura yang disembah dan ditakuti. Chalamet menzahirkan perjalanan ini dengan keseimbangan antara kerentanan emosi dan autoriti mutlak, menjadikan Paul seorang pemimpin yang berbahaya kerana kepercayaannya sendiri. Tidak hairanlah pengarah Denis Villeneuve menyifatkannya sebagai “Michael Corleone dunia sci-fi”. Seorang lelaki sadis yang akhirnya menerima takdir yang dahulu ditentangnya, lalu mencetuskan perang suci yang tidak dapat dielakkan.
#4 Theodore “Laurie” Laurence (Little Women)
Dalam adaptasi Little Women (2019) arahan Greta Gerwig, Timothée Chalamet menyuntik dimensi baharu ke dalam watak Laurie dengan daya tarikan moden yang hampir androgini. Kacak tetapi indah, menjadikannya ikon ‘heartthrob’ generasi baharu. Persona yang kekok tetapi memikat, digabungkan dengan intensiti romantik yang nyata. Menjadikan Laurie terasa dekat dan relevan dengan para penonton masa kini.
Kekuatan utama lakonan Chalamet terletak pada penghayatan emosinya. Detik ikonik ketika Jo menolak lamaran perkahwinannya dipersembahkan dengan penjiwaan yang naif. Wajah yang retak, suara yang tenggelam, dan kesunyian seorang lelaki yang cintanya tidak berbalas. Ia adalah gambaran pedih tentang kerinduan dan penolakan, yang bergema kuat dalam jiwa penonton moden.
@sonypictures time for a rewatch 🙃 #LittleWomen #timotheechalamet #saoirseronan #jomarch #laurielaurence ♬ Add Little Women To Your Library – Sony Pictures
#5 Kyle Scheible (Lady Bird)
Dalam Lady Bird, Kyle Scheible muncul sebagai prototaip lelaki “cool”. Sinikal, kononnya matang dan anti-‘establishment’, berlawanan dengan impian Lady Bird untuk melarikan diri dari Sacramento. Dia memposisikan diri sebagai figura artistik dan intelektual: bermain gitar dalam band, membaca buku politik, dan mengaku dirinya anarki. Namun semuanya lebih kepada posturing, sebuah personaliti siap-pakai untuk kelihatan berbeza. Dimensi sebenar watak ini hanya terserlah apabila Lady Bird mengetahui ayah Kyle sedang nazak. Sekali gus mendedahkan sikap dinginnya sebagai mekanisme perlindungan terhadap kesakitan keluarga. Dengan sentuhan kemanusiaan yang halus, Timothée Chalamet memastikan Kyle bukan antagonis satu dimensi, sebaliknya seorang remaja lelaki yang rapuh, berpura-pura kuat, dan masih belajar memahami dirinya sendiri.
Artikel Berkaitan: FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL
Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia
PIQUADRO LANCAR CORNER BACKPACK YANG MENGGABUNGKAN INOVASI & GAYA MODEN ITALI
Jenama beg dan aksesori pengembaraan mewah dari Itali, Piquadro, baru-baru ini memperkenalkan inovasi terbaharu mereka, Corner Backpack.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
ZENITH CHRONOMASTER SPORT SKELETON TONJOLKAN KEHEBATAN EL PRIMERO
ZENITH CHRONOMASTER Sport Skeleton di Watches and Wonders 2026 dengan dial skeleton moden yang memberi fokus pergerakan mekanikal El Primero.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.












