DARI TWILIGHT KE BATMAN, INI BARISAN FILEMOGRAFI IKONIK ROBERT PATTINSON
Nama Robert Pattinson bukan lagi asing dalam industri perfileman Hollywood. Sepanjang perjalanan kariernya, pelakon kelahiran Britain ini berjaya membuktikan versatiliti lakonannya menerusi pelbagai karakte. Terbaharu, Robert Pattinson sekali lagi mencuri perhatian apabila diumumkan sebagai pelakon yang bakal menggalas watak James Bond atau 007 dalam filem terbaharu francais berkenaan. Pemilihan ini menandakan satu lagi pencapaian besar buat filemografi Robert Pattinson yang sebelum ini sudah menghidupkan beberapa karakter terkenal di layar perak.
Sebelum menyaksikan transformasinya sebagai ejen rahsia Britain, mari imbas kembali enam karakter ikonik dalam filemografi Robert Pattinson sepanjang karier lakonannya.
1. Harry Potter and the Goblet of Fire – Cedric Diggory
Pattinson memulakan langkah dalam dunia perfileman menerusi watak Cedric Diggory dalam Harry Potter and the Goblet of Fire (2005). Dia mula mencuri perhatian penonton menerusi karakter pelajar Hufflepuff yang berbakat, berani dan disenangi ramai. Walaupun kemunculannya tidak panjang, nasib tragis Cedric dalam filem tersebut menjadikan watak ini antara karakter yang sukar dilupakan peminat francais Harry Potter.

2. Twilight – Edward Cullen
Tidak lengkap perjalanan karier Pattinson tanpa menyebut karakter Edward Cullen dalam francais Twilight. Menerusi lima buah filem yang diadaptasi daripada novel Stephenie Meyer, Pattinson mencipta fenomena global sebagai pontianak misteri yang jatuh cinta dengan manusia bernama Bella Swan lakonan Kristen Stewart. Watak ini melonjakkan popularitinya ke peringkat antarabangsa dan menjadikannya antara wajah paling dikenali dalam budaya pop era 2000-an.

3. The Batman – Bruce Wayne/Batman
Meninggalkan imej romantik Edward Cullen, Pattinson tampil dengan sisi lebih gelap sebagai Bruce Wayne dalam The Batman (2022) arahan Matt Reeves. Menerusi interpretasi berbeza terhadap adiwira DC Comics itu, Pattinson membawakan karakter Batman yang lebih muda, penuh konflik dan masih dalam proses memahami identitinya sebagai pelindung Gotham City. Kejayaan filem tersebut turut membuka ruang buatnya kembali menyarungkan sut Batman menerusi sekuel yang dijadualkan pada 2028.

4. Dune – Scytale
Pattinson bakal memperluaskan lagi portfolio lakonannya menerusi Dune: Part Three arahan Denis Villeneuve. Kali ini, dia akan membawa watak Scytale, karakter penting dalam dunia fiksyen sains ciptaan Frank Herbert. Kemunculannya dalam filem yang dijadualkan ditayangkan pada Disember 2026 pastinya menjadi antara perkara yang dinantikan peminat. Lebih-lebih lagi apabila dia bergandingan dengan barisan pelakon ternama francais tersebut.

5. The Odyssey – Antinous
Menerusi filem epik arahan Christopher Nolan, The Odyssey, Pattinson menghidupkan karakter Antinous. Antinous merupakan salah seorang pelamar Penelope yang berusaha merebut takhta ketika Odysseus tiada di Ithaca. Berbeza daripada karakter heroik yang pernah dibawakannya, watak Antinous memperlihatkan sisi Pattinson sebagai antagonis yang penuh muslihat dalam adaptasi karya epik klasik Homer ini.

6. James Bond 007 – James Bond
Karakter terbaharu yang bakal menambah senarai filemografi Pattinson ialah James Bond. Selepas Daniel Craig menamatkan perjalanan sebagai ejen 007 menerusi No Time to Die (2021), Pattinson kini dipilih untuk menyambung legasi karakter ikonik tersebut. Di bawah arahan Denis Villeneuve, penampilan sulungnya sebagai ejen rahsia Britain ini pastinya menjadi antara projek paling dinantikan. Ia sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah francais James Bond.

Pautan berkaitan: MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JEFF SATUR KEMBALI DENGAN SINGLE TERBAHARU GRIEF EATERS
Jeff Satur kembali dengan Grief Eaters, mengangkat kisah cinta dan kehilangan serta menandakan era baharu bersama Universal Music.
OUR NEW JAMES BOND! ROBERT PATTINSON DIUMUMKAN SEBAGAI PELAKON 007 BAHARU
Robert Pattinson secara rasmi diumumkan sebagai pemegang watak utama buat filem 007, James Bond yang baharu.
YANG CHAO-YUE & DONG SI-CHENG BINTANGI DRAMA ROMANTIK BAHARU, SUNSHINE THROUGH THE RAIN
Yang Chao-yue dan Dong Si-cheng membintangi drama romantik China, Sunshine Through The Rain yang sarat emosi di Netflix.
GOTEWELL FESTIVAL BAKAL MENGHIDUPKAN SEMANGAT FITNESS DI SENTUL DEPOT!
Gotewell memperkenalkan Gotewell Festival, acara destinasi di Sentul Depot bagi setiap pencinta kesihatan dan kecergasan.
MELON MUSIC AWARDS 2026: MALAM GEMILANG BUAT BINTANG K-POP
Melon Music Awards kembali untuk tahun 2026, dengan barisan artis Korea yang diraikan sepanjang tahun ini.
DUA DEKAD HAEL HUSAINI: ANTARA AMBISI, EVOLUSI DAN LEGASI
Menerusi solo covernya yang ketiga bersama GLAM Lelaki, Hael Husaini menyingkap rahsia yang terus menyemarakkan semangatnya untuk bertahan, berkembang dan terus bersinar dalam industri.











