Skip to content

KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026

KUMPULAN K-POP YANG BAKAL COMEBACK TAHUN 2026

Kongsikan artikel ini

2026 menjadi tahun yang direbuti oleh kumpulan K-Pop untuk mengadakan comeback yang ditunggu-tunggu oleh peminat. 

Tahun 2026 dijangka menjadi salah satu tahun paling besar dalam sejarah K-pop. Dengan kepulangan legenda, reunion yang lama dinantikan, serta album baharu daripada kumpulan gergasi industri. Dari BIGBANG, BTS sehinggalah BLACKPINK dan EXO, peminat di seluruh dunia bakal disajikan dengan era baharu yang penuh emosi, nostalgia dan evolusi muzik. Ini senarai kumpulan K-pop yang paling dinanti-nantikan comeback mereka pada 2026.

#1 BIGBANG

Selepas bertahun-tahun spekulasi dan hint daripada G-Dragon sejak 2025, BIGBANG akhirnya dijangka membuat comeback besar pada tahun 2026. Turut bertepatan dengan ulang tahun ke-20 mereka pada bulan Ogos. Kali terakhir BIGBANG tampil bersama ialah pada tahun 2022 menerusi single ikonik “Still Life” yang menampilkan G-Dragon, Taeyang, Daesung dan bekas ahli, T.O.P.

Lebih mengujakan, BIGBANG juga disahkan akan membuat persembahan di Coachella Valley Music and Arts Festival 2026 pada bulan April. Ini merupakan satu langkah besar yang menandakan kebangkitan semula mereka di pentas global. Kepulangan BIGBANG bukan sekadar comeback, tetapi simbol dominasi legenda yang masih relevan dalam generasi baharu K-pop.

#2 EXO

EXO mencipta sejarah pada awal 2026 dengan  album studio ke-8 mereka yang bakal dilancarkan pada 19 Januari 2026, “REVERXE”. Album ini menampilkan enam ahli – Suho, Chanyeol, D.O., Kai, Sehun dan Lay – selepas isu perundangan melibatkan Xiumin, Baekhyun dan Chen.

Dengan 9 buah lagu dan single utama bertajuk “Crown”, album ini menandakan comeback penuh EXO selepas lebih dua tahun fokus kepada projek solo. Ia juga menjadi kesinambungan kepada album “Exist” (2023). Comeback ini sekali gus mengukuhkan posisi EXO sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam K-pop walaupun selepas lebih sedekad dalam industri.

#3 Wanna One

Selepas 7 tahun, Wanna One kembali, tetapi dengan pendekatan berbeza. Pada tahun 2026, mereka akan bersatu semula menerusi program realiti khas, bukannya album muzik. Seperti yang disahkan oleh Mnet pada awal Januari 2026. Program ini dijadualkan bersiaran pada separuh pertama tahun dan bakal menghimpunkan ahli-ahli Wannaone. Rancangan ini bakal memenuhi impian peminat selepas tujuh tahun perpisahan.

#4 BTS

Selepas tamat tempoh perkhidmatan ketenteraan dan fokus kepada projek solo, BTS akhirnya kembali sepenuhnya sebagai satu kumpulan. Mereka dijadualkan melancarkan album studio kelima pada 20 Mac 2026, berjudul rasmi “BTS The 5th Album”. Album ini bakal menampilkan 14 lagu baharu.

Ini merupakan album studio penuh pertama BTS sejak “Map of the Soul: 7” pada Februari 2020. Jurang enam tahun yang menjadikan comeback ini sangat signifikan. BTS juga dijangka mengumumkan jelajah dunia mereka pada 14 Januari 2026, sekali gus menandakan era baharu BTS yang lebih matang, reflektif dan kuat dari segi naratif.

#5 BLACKPINK

BLACKPINK bersedia untuk kembali dengan album baharu yang dilaporkan akan dilancarkan seawal Januari 2026. Ini merupakan album fizikal pertama mereka sejak “Born Pink” (2022). Selain itu, album pertama selepas semua ahli memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment untuk aktiviti berkumpulan pada Disember 2023.

Dalam masa yang sama, BLACKPINK akan meneruskan DEADLINE Tour pada Januari 2026, membuktikan bahawa mereka masih menjadi antara girl group paling berpengaruh di dunia. Dari segi muzik, fesyen mahupun impak budaya global.

#6 MAMAMOO

MAMAMOO mengesahkan comeback penuh sebagai kumpulan pada Jun 2026, bersempena ulang tahun ke-12 mereka. Comeback ini akan hadir bersama album baharu serta jelajah dunia berskala besar merangkumi Asia, Amerika dan Eropah.

Ini menandakan kemunculan semula MAMAMOO sebagai satu kumpulan selepas kali terakhir tampil bersama pada 2022. Dikenali dengan vokal luar biasa dan identiti muzik yang kuat, peminat menjangkakan era 2026 akan menjadi antara yang paling matang dan emosional dalam perjalanan kerjaya mereka.

#7 T.O.P (Solo Comeback)

Walaupun bukan sebagai kumpulan, kepulangan T.O.P ke dunia muzik tetap menjadi antara momen paling dinanti. Selepas mencuri perhatian melalui peranannya dalam Squid Game 2, T.O.P bakal melancarkan album solo pertamanya dalam tempoh 13 tahun. Album baharu T.O.P dijangka dengan nama “Another Dimension”.

Dia mengumumkan berita ini sendiri melalui Instagram, berkongsi video dirinya menulis “ANOTHER DIMENSION” di atas kertas putih. Posting ini disertai dengan kapsyen: “A new album is on the way. TOP SPOT – ANOTHER DIMENSION.” Album ini dijangka membawa konsep kosmik, futuristik dan artistik – sesuai dengan identiti unik T.O.P.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by T.O.P (@ttt)

#8 Apink

Apink membuka tirai 2026 dengan comeback istimewa menerusi mini album ke-11 mereka, “RE : LOVE”, yang dilancarkan pada 5 Januari 2026 sempena ulang tahun ke-15 mereka. Single utama “Love Me More” menampilkan bunyi klasik Apink yang penuh emosi dan keakraban dengan peminat.

Mereka juga bakal mengadakan konsert ke-8, “The Origin : APINK”, di Seoul pada 21–22 Februari 2026, mengukuhkan lagi status mereka sebagai antara girl group paling konsisten dan disayangi dalam industri K-pop.

Tahun 2026 bukan sekadar tahun comeback – ia adalah tahun kebangkitan legenda, penyatuan semula, dan permulaan era baharu untuk banyak nama besar dalam K-pop. Dengan BIGBANG, BTS, BLACKPINK, EXO dan ramai lagi kembali ke pentas, peminat boleh menjangkakan tahun yang penuh emosi, nostalgia dan momen bersejarah.

Pautan berkaitan: 10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025

19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025

Bacaan Lanjut
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

Bacaan Lanjut
GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA DI K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR

GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut
LAGU NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

Bacaan Lanjut