Skip to content

SENSASI HEATED RIVALRY BAWA HUDSON WILLIAMS KE RUNWAY DSQUARED2

Kongsikan artikel ini

Ketika dunia masih hangat berbicara tentang fenomena televisyen Heated Rivalry, nama Hudson Williams terus menanjak bukan sahaja di skrin, tetapi juga di gelanggang fesyen antarabangsa. Pelakon muda berusia 24 tahun ini baru sahaja menandakan fasa baharu dalam kerjayanya dengan debut runway di Milan Fashion Week bersama jenama fesyen terkenal, Dsquared2.

Sensasi Heated Rivalry 

Heated Rivalry, siri drama sukan romantik yang kini menjadi buah mulut ramai, telah menempatkan Williams sebagai salah satu wajah paling disukai generasi baharu pelakon lelaki. Popularitinya melonjak bukan hanya kerana lakonannya yang berkesan sebagai pemain hoki Shane Hollander.  Tetapi juga kerana kehadirannya yang kuat di acara red carpet sebelum ini, termasuk Golden Globes baru-baru ini. Kemunculan semula Williams di arena hiburan ini begitu luar biasa sehingga berpeluang untuk berjalan di salah satu runway paling berprestij di dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Runway Debut Yang Menggema di Milan

Pada 16 Januari 2026, Hudson Williams membuka pertunjukan Dsquared2 Fall/Winter 2026 di Milan Men’s Fashion Week. Merupakan momen yang menarik perhatian media antarabangsa. Yang menarik, catwalk itu direka seperti landskap musim sejuk lengkap dengan fake snow dan suasana yang mengingatkan pada tema sukan ais.  Selari dengan akar watak yang dibawakan Williams dalam Heated Rivalry.

Menjadi pembuka acara memberikan Williams sorotan maksimum.  Williams berjalan di atas runway dengan gaya tegas, memakai gabungan jaket denim dan nylon rekaan unik yang melambangkan semangat musim sejuk. Dipadankan dengan snow boots berstail tinggi lengkap dengan elemen yang menghormati estetika Kanada. Tanah kelahirannya sendiri, serta asal usul pengasas jenama Dsquared2, Dean dan Dan Caten.

Budaya Pop Bertemu Fesyen

Debut ini bukan sekadar berjalan di atas runway. Ia adalah manifestasi bagaimana budaya pop kini meresap ke dalam dunia fesyen. Lebih menarik lagi, laporan media mencatat bahawa sambutan terhadap penampilan Williams begitu hebat. Sehinggakan berlaku lonjakan besar dalam trafik laman web Dsquared2 ketika tayangan langsung ditayangkan secara digital.

Melangkaui Satu Peranan

Bagi Hudson Williams, ini bukan sekadar langkah karier yang dramatik. Tetapi juga simbol kemampuan generasi pelakon baharu untuk merentasi batasan tradisional. Dari ice rink ke runway runner. Dia menunjukkan bahawa bakat yang dicungkil melalui watak fiksyen boleh diterjemahkan menjadi magnet dalam dunia sebenar.

Dalam lanskap hiburan yang berubah pesat, Heated Rivalry telah mencipta sejarah baharu.  Bukan sahaja watak Shane Hollander di skrin, tetapi Hudson Williams sebagai wajah serba boleh yang kini curi tumpuan Milan Fashion Week 2026.

Artikel Berkaitan:

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ridzman zidaine

5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26

EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26

DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN'S SS26

HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26

Bacaan Lanjut
milan fashion week

GAYA MENSWEAR SELEBRITI HOLLYWOOD DI MILAN FASHION WEEK 2025

Bacaan Lanjut

KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK

Bacaan Lanjut