MENYUSUL JEJAK ZARIF GHAZZI, BADRON MUNIRAH DAN ZAIRI AZIZ DI RADAR INDUSTRI
Dikenali kerana kemampuan lakonan yang natural dan mendalam, Zarif Ghazzi mula mencuri perhatian melalui drama “Khunsa” (2024). Namanya kian melonjak apabila drama “Seribu Tahun” (2025), gandingan bersama pelakon hebat seperti Nazief Nazri, Emma Maembong, Azhan Rani, dan Noorkhiriah, mendapat sambutan hangat daripada para penonton di Malaysia. Zarif turut meraih Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) dalam kategori Selebriti Newcomer Terhangat. Kemenangan ini diperoleh hasil daripada sokongan padu peminat menerusi undian 100 peratus rakyat Malaysia.

Selepas Zarif membuka ruang ini, industri lakonan kini mula memberi perhatian kepada dua nama yang semakin menonjol dalam dunia lakonan, Badron Munirah dan Zairi Aziz. Bukan sekadar wajah baharu, mereka hadir dengan identiti tersendiri, membawa potensi yang lebih mendalam daripada populariti sementara.
Dari Pempengaruh sehingga Pelakon Berbakat
Badron Munirah (26 tahun) ialah seorang pempengaruh dan pelakon baharu yang mula mencuri perhatian menerusi drama Putri & Phrince di Viu. Berasal dari Mukah, Sarawak, Badron berhijrah ke Kuala Lumpur pada awal 2023 untuk mengejar impian dalam bidang seni. Dikenali juga sebagai Mun, dia nekad membina kerjaya sebagai pelakon di bawah arahan pengarah ternama seperti Liyana Jasmay.
Badron membintangi drama seperti Putri & Phrince (Viu) dan Andai Kita Bersua Kembali (Sooka), menampilkan ketenangan, sensitiviti dan penghayatan dalam setiap watak yang dibawanya. Lakonannya tidak bergantung kepada dramatik berlebihan, sebaliknya menekankan nuansa emosi yang halus. Satu pendekatan jarang ditemui dalam kalangan pelakon muda kini. Badron kini aktif dalam aktiviti penggambaran filem sulung nya #RAGGING: Melawan Bungkam, yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Aniq Suhair dan Meerqeen.
Yang menjadikan Badron menarik adalah keupayaannya untuk “mendengar” watak yang dilakonkan. Setiap dialog disampaikan dengan kesedaran emosi, menjadikan kehadirannya di layar terasa tulen dan berlapis. Ini adalah jenis bakat yang berkembang perlahan, namun meninggalkan kesan jangka panjang dalam industri lakonan dan para penonton.
Zairi Aziz Karisma Layar dan Keyakinan Generasi Baharu
Zairi Aziz (23 tahun) seorang pelakon Malaysia yang mula dikenali menerusi peranannya sebagai watak utama dalam drama siri Kelas Belakang (2026). Drama terbitan Independent Pictures, diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad. Menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Amylia Aidura, Areef Amran, Farihin Arnia, Faha Azhar, dan Ryliana Azizan.
Pelakon muda ini membawa tenaga berani dan kontemporari. Karismanya mudah menarik perhatian kamera, namun kekuatannya terletak pada keyakinan mengawal ruang dan tempo lakonan. Zairi mewakili wajah pelakon lelaki moden selesa dengan identiti sendiri, fleksibel merentas genre, dan tidak terikat pada stereotaip peranan tertentu.
Selain itu, Zairi berkongsi bahawa sokongan daripada kakaknya Nasha Aziz, menjadi sumber inspirasi untuk bergerak aktif dalam dunia lakonan. Menurutnya, pertemuan pertama mereka selepas lama terpisah ketika menghadiri tayangan media filem The Voice of Hind Rajab menjadi detik istimewa yang menyuntik semangat dalam perjalanan seni lakonannya.
Artikel Berkaitan: ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA
Sepanjang penggambaran isu September 2026 GLAM Lelaki bersama ALPHA, beberapa gambar disebalik tabir dirakam.
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY
Meskipun merupakan ahli termuda bagi kumpulan ALPHA, Afiq Sky tidak pernah lekang membuktikan bakatnya dalam industri seni.
COS BAWA AW26 KE NYFW, GABUNGKAN MODENISME KORPORAT & DEKADEN 1920-AN
COS kembali ke pentas peragaan New York Fashion Week (NYFW) menerusi koleksi terbaharu mereka buat Autumn-Winter 2027.
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL
Lihatkan asal-usul dan perjalanan Ariel Fesol yang menjadi ukiran mozaiknya sebelum menjadi ahli ALPHA.
AMEERA KHAN, JEFRI NICHOL, DAN SEKUFU DALAM HUBUNGAN
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang Ameera Khan yang membincangkan hubungan masa lalunya bersama Jefri Nichol.











