5 ‘KEY TREND’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2026
Musim bunga/panas 2026 menandakan era baru dalam fesyen. Di mana struktur klasik, nostalgia retro dan ekspresi kreatif bertemu dalam satu musim membuatkan ia versatil. Pentas peragaan Spring/Summer 2026 memperlihatkan perubahan ke arah potongan yang lebih santai, tekstur unik, gabungan corak yang berani dan aksesori yang mempengaruhi keseluruhan gaya lelaki moden.
Berikut lima trend utama yang patut ada dalam radar fesyen anda untuk SS26:
#1 Fluid Tailoring & Seluar Potongan Bebas
Siluet tradisional yang ketat kini diganti dengan potongan yang lebih longgar dan mengalir (fluid). Barisan seluar potongan lebar, seluar pleated yang santai, serta cargo pants yang fluid menjadi pilihan ramai pereka fesyen. Memberi kebebasan bergerak tanpa mengorbankan estetika fesyen. Trend ini selari dengan permintaan fesyen moden yang mengutamakan keselesaan tanpa kehilangan struktur reka bentuk yang elegan. Trend ini juga seiring dengan suasana SS26 secara umum. Di mana nilai complimentary wearability menjadi fokus utama pada pakaian yang bukan hanya cantik tetapi juga praktikal untuk dipakai harian. Di Milan Fashion Week, Emporio Armani juga memperlihatkan suai padan tradisional yang lebih santai dengan potongan longgar, selaras trend baharu fluid tailoring.


#2 Retro Luxe & Kebangkitan Gaya 70an / 80an
Gaya retro untuk rumah fesyen tidak pernah pudar. Tetapi untuk SS26, inspirasi dari dekad 70an dan 80an muncul semula dengan gaya luxe dan boho-chic dengan potongan lebih terperinci. Potongan deep V-neck, motif paisley serta fabrik berkilat, memberi rasa nostalgia namun tetap moden. Trend ini ditemui dalam beberapa pertunjukan fesyen besar Spring/Summer yang menanamkan gaya klasik lama dengan sentuhan kontemporari, membuka ruang bagi gaya vintage kembali relevan dalam fesyen musim ini. Koleksi lelaki Spring/Summer 2026 oleh Saint Laurent menunjukkan rujukan gaya 70an dengan kemeja sutera dengan potongan bahu lebar, kemeja “stripes” serta unsur gaya Paris klasik yang santai namun maskulin. Memberikan nuansa vintage retro yang halus tetapi kuat.

Gambar dari Yves Saint Laurent S/S26
#3 Kebangkitan Suede & Tekstur Semula Jadi
Koleksi SS26 juga menunjukkan kebangkitan semula fabrik suede. Penggunaan suede bukan sahaja untuk jaket, tetapi juga kasut dan aksesori. Suede menawarkan tekstur yang halus dan mewah sebagai alternatif kepada kulit biasa. Kembalinya bahan ini menunjukkan bahawa trend kini lebih menekankan visual dan tekstur. Sekali gus membawa dimensi baru dalam reka bentuk pakaian. Ini juga selari dengan cara pereka menekankan bahan semula jadi dan tactile dalam koleksi mereka musim ini.

Gambar dari TOD`s

Gambar dari TOD`s
#4 Gabungan Corak Bold & Tekstur Eksentrik
Runway SS26 memperlihatkan cara kreatif dalam penggunaan fabrik bercorak. Dari checkers, plaids, hingga polka dots, semua dalam satu outfit yang kontras dan berani. Trend ini bukan untuk mereka yang memilih gaya ‘aman’, tetapi bagi mereka yang ingin memakai fesyen sebagai medium ekspresi diri. Corak gabungan ini memberi kehidupan kepada busana harian. Sekali gus, penggunaan fabrik bercorak ini mencipta kontras yang dinamik dan penuh visual.

Issey Miyake’s IM MEN SS26

AMIRI SS26
Trend ini juga tidak terbatas pada pakaian sahaja. Tekstur dan percubaan inovatif pada fabrik turut bermain peranan, di mana motif glitch checks dan sunset florals. Mencerminkan gaya baru dalam SS26, menggabungkan elemen tradisional dan futuristik.
#5 Accessorized “Soft” Suiting
Walaupun sut kekal sebagai asas fesyen lelaki, pendekatannya dalam SS26 tidak lagi kaku. Sut kini lebih lembut, disuai dengan aksesori seperti tali leher bersiluet “athleisure”, beg vintaj dan jam tangan kecil yang halus. Pendekatan ini menjadikan busana formal lebih fleksibel dan sesuai dipakai dalam pelbagai suasana. Dari majlis rasmi ke gaya jalanan yang sempurna. Trend aksesori ini juga selari dengan apa yang dilihat pada pentas peragaan, di mana elemen seperti mini pouch dan tote bag modern menjadi titik fokus yang memberikan identiti lebih kepada helaian klasik. Dalam pertunjukan Paris Men’s Fashion Week SS26, LV menampilkan suai padan tailoring bergaya klasik dan elemen kasual yang memberi nuansa bebas dan kontemporari.

Ridzman Zidaine menutup pentas peragaan Louis Vuitton S/S 26
Artikel Berkaitan: MILAN FASHION WEEK 2026 DIBUKA DENGAN PERNYATAAN GAYA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KEJAYAAN BESAR KABILAN JELEVAN DALAM DUNIA MUAY THAI
Penghias wajah hadapan GLAM Lelaki isu Ogos 2026, Kabilan Jelevan hadir dengan barisan kejayaan sebagai satu kebanggaan di Malaysia.
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
“KUIL CHEEN SWEE SEBAGAI INSPIRASI UTAMA KOLEKSI ALPHINE & ALCHEMY HUNTILANAK,” – RYAN
Koleksi Alphine & Alchemy dari Huntilanak menjadi salah satu koleksi yang dibualkan oleh pencinta fesyen tempatan sepanjang KLFW 2026.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.











