Skip to content

5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU

5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU

Kongsikan artikel ini

Wajah hadapan Februari 2026 GLAM Lelaki, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi berkongsi 5 fakta tentang diri mereka yang anda semua perlu tahu.

Dalam dunia hiburan dan media sosial Malaysia, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi menjadi nama yang semakin mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana bakat mereka, tetapi juga kerana personaliti dan keunikan mereka yang membuatkan ramai peminat ingin lebih mengenali mereka. Kedua-dua pelakon yang sedang hangat ini juga pernah bergandingan bersama di dalam drama hangat Hilang Dalam Rindu. Oleh itu, chemistry antara mereka berdua ketika penggambaran cover GLAM Lelaki cukup kuat.

GLAM Lelaki semopat berbual bersama dua cover star bulan Februari 2026 ini. Menerusi TikTok GLAM Lelaki, Jazmy dan Zarif berkongsi 5 fakta masing-masing yang patut diketahui. Berikut adalah lima fakta menarik tentang kedua-duanya:

Jazmy Juma

1. Mempunyai Kacukan Melayu dan Pakistan

Jazmy Juma membawa warisan budaya yang unik, gabungan Melayu dan Pakistan. Kacukan ini memberi perspektif yang pelbagai dalam cara beliau melihat dunia, serta mencerminkan identiti yang kaya dengan budaya. Ramai yang keliru tentang bangsanya, dan Jazmy ialah orang Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

2. Ambivert

Kata Jazmy, dia bukan sepenuhnya ekstrovert atau introvert. Jazmy selesa berada di tengah-tengah, boleh bersosial bila perlu tetapi juga menghargai masa bersendirian untuk berehat.

3. Sukakan Coklat

Siapa yang tidak suka coklat? Bagi Jazmy, coklat bukan sahaja makanan kegemaran tetapi juga “comfort food” yang membuatkan hari-hari biasa terasa lebih manis, seperti wajahnya.

4. Hobi – Memancing & Main Bola

Antara hobi kesukaan Jazmy ialah memancing untuk menghilangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Selain itu, dia juga aktif bermain bola, yang membantu mengekalkan kecergasan fizikal dan membentuk semangat berpasukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

5. Sukakan Ketenangan

Walaupun aktif dalam media sosial dan kerjaya, Jazmy menghargai ketenangan. Masa bersendirian atau di tempat yang tenang adalah penting untuknya menyegarkan diri dan mengekalkan keseimbangan hidup.

@glamlelaki_my

@Jazmy juma, wajah pembuka tahun 2026 GLAM Lelaki berkongsi 5 fakta mengenai dirinya yang kita semua patut tahu! #GLAMLelaki #jazmyjuma

♬ Back And Im Better Trap Remix – 𝑪𝒍𝒖𝒃𝑪𝒂𝒎𝒐

Baca: GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA

Zarif Ghazzi

1. Orang Johor

Zarif Ghazzi berasal dari Johor, negeri yang terkenal dengan budaya dan kulinari yang kaya. Latar belakang ini membentuk selera dan gaya hidupnya.

2. Suka Asam Pedas Tetel

Antara makanan kesukaannya ialah asam pedas tetel. Ini menunjukkan bahawa Zarif gemar makanan pedas dan tradisional Malaysia yang berani rasa. Mungkin juga kerana darah Johornya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

3. Berumur 22 Tahun

Ramai yang tidak tahu, pelakon ini sebenarnya masih muda. Tahun ini, Zarif baru berusia 22 tahun. Zarif telah mula menonjol dalam dunia media sosial dan hiburan, membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

4. Gemini

Sebagai seorang Gemini, Zarif dikenali dengan sifatnya yang fleksibel, komunikatif dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

5. Suka Bercuti ke Jakarta

 Zarif gemar melancong, terutamanya ke Jakarta, Indonesia. Perjalanan ini bukan sahaja memberi pengalaman baru, tetapi juga membuka ruang untuk menikmati budaya, makanan dan suasana berbeza.

@glamlelaki_my

@Zarifun$ wajah pembuka tahun 2026 GLAM Lelaki berkongsi 5 fakta mengenai dirinya yang kita semua patut tahu! #GLAMLelaki #zarifghazzi

♬ original sound – CA2 ®

Pautan berkaitan: GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI

Bacaan Lanjut
zarif ghazzi khunsa

GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA

Bacaan Lanjut
5 PELAKON WANITA YANG PERNAH BERGANDING BERSAMA JAZMY JUMA

5 PELAKON WANITA YANG PERNAH BERGANDING BERSAMA JAZMY JUMA

Bacaan Lanjut
WATAK LAKONAN ZARIF GHAZZI DENGAN 'SECOND LEAD SYNDROME'

WATAK LAKONAN ZARIF GHAZZI DENGAN ‘SECOND LEAD SYNDROME’

Bacaan Lanjut
duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut