5 FILEM HERO FIENNES TIFFIN DENGAN RATING TERTINGGI
Walaupun dikenali ramai menerusi watak Hardin Scott dalam francais After. Kerjaya lakonan Hero Fiennes Tiffin sebenarnya bermula lebih awal dan merangkumi pelbagai genre. Daripada fantasi epik “Harry Potter” hingga drama romantik “After”.
Berikut ialah lima filem dengan rating tertinggi yang menampilkan pelakon Britain ini pilihan GLAM Lelaki.
1. The Woman King (2022)
Filem epik sejarah ini merupakan antara karya dengan penilaian tertinggi yang menampilkan Hero Fiennes Tiffin, dengan skor sekitar 94% di Rotten Tomatoes. Filem ini mengisahkan pasukan pahlawan wanita Dahomey yang mempertahankan kerajaan mereka pada abad ke-19. Walaupun peranan Hero bukanlah watak utama, kehadirannya dalam produksi besar bersama pelakon seperti Viola Davis memperlihatkan langkah penting dalam kerjayanya di Hollywood.
2. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
Ramai mungkin tidak menyedari bahawa Hero Fiennes Tiffin pernah muncul dalam francais Harry Potter. Dalam filem keenam siri tersebut, dia memegang watak Tom Riddle muda. Versi remaja kepada Lord Voldemort watak yang dimainkan oleh bapa saudaranya, Ralph Fiennes. Filem ini menerima rating tertinggi oleh peminat filem Harry Potter dan dianggap antara instalmen penting dalam perkembangan kisah Harry Potter.
3. The Ministry of Ungentlemanly Warfare (2024)
Dalam filem aksi perang arahan Guy Ritchie ini, Hero tampil sebagai Henry Hayes dalam kisah yang diinspirasikan daripada operasi rahsia British semasa Perang Dunia Kedua. Filem ini menampilkan gabungan aksi, humor gelap dan strategi perang yang unik. Menjadikannya salah satu projek moden paling menonjol dalam filmografi Tiffin.
4.After (2019)
Walaupun rating kritikalnya tidak setinggi filem lain dalam senarai ini, After tetap menjadi karya paling ikonik dalam kerjaya Hero. Dalam filem adaptasi novel Anna Todd ini, dia memainkan watak Hardin Scott. Seorang pelajar misteri yang terlibat dalam hubungan romantik penuh drama dengan Tessa Young. Filem ini mencetuskan fenomena global dan melahirkan beberapa sekuel yang menjadikan Hero bintang dalam genre romantik moden.
5. The Silencing (2020)
Filem thriller ini menampilkan Hero bersama pelakon terkenal seperti Nikolaj Coster-Waldau. The Silencing berkisar tentang misteri pembunuhan di sebuah kawasan hutan terpencil, di mana watak-wataknya cuba membongkar identiti seorang pembunuh bersiri. Walaupun filem ini menerima ulasan bercampur, ia tetap menjadi salah satu projek genre thriller penting dalam perjalanan kerjaya Hero.
Artikel Berkaitan: HERO FIENNES TIFFIN: BINTANG YOUNG SHERLOCK YANG MEMBAWA NAMA BESAR FIENNES
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
SUPERCAR TRAVIS SCOTT BERNILAI USD 5.5 MILLION
Travis memiliki kereta paling eksklusif dalam koleksinya—sesuatu yang hampir mustahil untuk dilihat di jalan-jalan di Amerika Syarikat.
A$AP ROCKY BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 24 TAHUN?
A$AP Rocky berdepan hukuman penjara sehingga 24 tahun bakal kehilangan Rihanna dan anak-anak! Bagaimana pula dengan kerjaya seninya?
RAMI MALEK DEDAH PENGALAMAN PERKAUMAN OLEH POLIS
Rami Malek telah berkongsi di dengan media kejadian mengejutkan yang didakwa berprofil perkauman oleh polis kerana penampilannya. Pelakon Mesir-Amerika itu, yang ibu bapanya berhijrah ke Amerika Syarikat dari Kaherah sebelum kelahirannya. Ini bukan kali pertama dia menerima layanan teruk di Amerika Syarikat. Malek bercerita tentang cabaran yang berkaitan dengan warisannya. “Saya tercampak pada bonet kereta…











