LEVI’S UMUM KERJASAMA GLOBAL BERSAMA IKON K-POP ROSÉ
Ikon K-pop ROSÉ kini menjadi wajah kolaborasi global Levi’s. Membuka lembaran baharu buat jenama denim ikonik itu dalam dunia fesyen wanita.
Jenama denim ikonik Levi’s secara rasmi mengumumkan kerjasama global berbilang tahun bersama penyanyi dan penulis lagu sensasi, ROSÉ. Kolaborasi ini menyatukan dua kuasa besar yang sinonim dengan semangat keaslian dan ekspresi diri. Ia turut memperluaskan momentum daripada kemunculan ROSÉ dalam kempen global “Behind Every Original”, yang membuat penampilan sulungnya ketika acara sukan terbesar Amerika, Super Bowl. Menerusi kempen tersebut, identiti kreatif ROSÉ yang unik serta pengaruh globalnya. Baik sebagai ahli kumpulan fenomena Blackpink mahupun sebagai artis solo.

Kerjasama strategik ini dijangka membuka lembaran baharu buat Levi’s, khususnya dalam memperkukuh pengaruhnya dalam kategori pakaian wanita di peringkat global. Dalam masa yang sama, ia turut memberi peluang kepada peminat untuk mengekspresikan gaya peribadi mereka menerusi koleksi eksklusif kali ini. Koleksi tersebut dijangka menggabungkan estetika tanda tangan ROSÉ yang moden dan effortless dengan warisan denim Levi’s yang telah lama menjadi simbol gaya klasik.

Bagi meraikan kolaborasi ini, Levi’s turut memperkenalkan aktiviti istimewa buat komuniti peminat. Bermula 16 Mac 2026, ahli Levi’s® Red Tab™ berpeluang menebus satu set photocard ROSÉ daripada kempen “Behind Every Original”. Penebusan boleh dilakukan di beberapa butik Levi’s terpilih di seluruh Malaysia. Termasuk di Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, The Exchange TRX, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, One Utama, Gurney Plaza, Mid Valley Southkey, East Coast Mall dan Imago Mall.
Kolaborasi ini sekali lagi membuktikan bagaimana Levi’s terus relevan dalam budaya pop global, dengan menggabungkan warisan denimnya bersama figura ikonik generasi masa kini.
Artikel Berkaitan: POP-UP ROSIE DARI ROSÉ KINI HADIR KE PULAU PINANG
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











